Berhati-hati kepada para pem'blog' sekalian. Jangan sesekali cuba mengeruhkan keadaan dengan artikel dalam blog anda. Komen dan chat kat 'shout' pun boleh detect tu. Jadi hati2 semasa mengeluarkan komen mahupun pandangan.
Penulis blog AdukaTaruna tetiba je menjadi masyhur. Blognya menerima hit mencapai ratusan ribu hit sehari sejak berita beliau disaman kerana menghina Almarhum Sultan Johor. Adakah ini salah satu usaha untuk mencari populariti murahan?
Selepas kemangkatan Sultan Johor Jumaat lalu, Aduka Taruna didakwa menyiarkan artikel di blognya adukataruna.blogspot.com yang didakwa menghina Almarhum.
Tulisan tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai. Sekurang-kurangan 25 laporan polis dibuat terhadap penulis blog berkenaan.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dilaporkan berkata, pihaknya menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat perkara itu dan seterusnya "mengheret penulis berkenaan ke mahkamah". Sumber : Malaysia Kini
Susulan kemarahan itu, Aduka Taruna kelmarin menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjurannya.

Kenyataan menteri beliau takkan dikenakan tindakan jika meminta maaf dan menarik balik kandungan blognya itu nyata tidak boleh diterima. Biarlah ianya menjadi peringantan kepada pemblog lain agar WASPADA dengan setiap TULISAN anda.
No comments:
Post a Comment