Kejayaan pasukan Kelantan menarik minat pasukan negeri dan kelab yang lain untuk bersama-sama membangunkan industri bolasepak Malaysia. Walaupun pasukan 'wira merah' tidak mampu menjulang Piala Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia, namun kejayaan menarik minat peminat negeri sudah cukup menggentarkan pasukan lawan. Puluhan ribu peminat sanggup hadir ke stadium untuk bersama-sama menyokong pasukan Kelantan. Tidak kiralah dimana-mana gelanggang pun.
Mungkin ia sudah cukup untuk menarik minat pemain berstatus bintang lain datang ke Kelantan untuk bersama-sama menikmati kemeriahan bolasepak Kelantan. Tanpa 'keganasan' penyokong Kelantan, bolasepak di Malaysia yang semakin suram akan terus suram dan kelam. Ia bukan bermakna penulis menyokong keganasan penyokong Perwira Merah, tetapi alangkah baiknya jika penyokong Kelantan terus menyokong dengan penuh bersemangat dan perkataan 'GANAS' boleh diklasifikansikan dalam kategori lain yang lebih bermakna baik.
KAFA juga sudah mula melangkah ke era yang lebih efisyen. Kejayaan skuad negeri membuka ruang persatuan untuk mencari pendapatan tambahan. KAFA dilaporkan dengan mendaftarkan persatuan dengan Perbadanan Harta Interlek untuk mengeluarkan produk sendiri. Kira produk original la ni. Sebelum ni semua sedia maklum, barangan cenderamata kelab banyak terjual. Namun ia banyak yang cetak rompak. Jadi satu tindakan yang bijak jika persatuan mengambil peluang menjual barangan cenderamata seperti mug, jersi, tuala, key chain, sapu tangan, stiker dan berbagai-bagai lain barangan original yang bermutu. Hatganya pun jangan terlampau mahal la pula yer... hehee...
Sebelum ini juga, pihak persatuan dan pengurusan stadium negeri telah memaklumkan bahawa pembelian tiket bagi setiap perlawanan akan menggunakan kad 'touch n go'. Ia adalah salah satu cadangan yang baik. Sekurang-kurangnya takdela masalah tiket cetak rompak lagi yer...

No comments:
Post a Comment