2012? - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

24 November 2009

2012?

Semua dok kalut pasal filem 2012 yang dikatakan tragedi bakal berlaku pada tahun 2012. Ada yang dok bising cakap semua tu mengarut dan propaganda barat yang mahu memesongkan akidah umat Islam kat muka bumi ini. Namun ada yang mengatakan sebaliknya. "Ini hanyalah filem semata dan hanya ditonton sebagai hiburan...". Ok la tu. Tapi bagi penulis, tak salah jika filem begini ditafsirkan untuk menginsafkan umat-umat Nabi Muhammad S.A.W agar sedar bahawa umur kita semakin lanjut, begitu juga dengan bumi yang kita diami ini. Semoga semua orang akan sedar dan cuba untuk berubah. Cuma jangan terlalu yakin bahawa kiamat pada 2012 kerana hanya Allah tuhan yang maha mengetahui bila alam ciptaannya ini akan berakhir.

Mengikut fakta NASA, ada sebuah planet X (tak tahula tahi bintang ke atau sbgnya...) akan melintas pada 21.12.2012 dan menyebabkan kehancuran 1/3 bumi jika ia menghempap bumi ini.

Ada pula yang menyebarkan hadis nabi yang menceritakan peristiwa tersebut. Iaitu kejadian huru-hara yang akan berlaku pada malam 15 Ramadhan (hadis ni tak pasti palsu ke tak...rujuk pada yang lebih arif). Pada bulan Ramadhan tahun 2012, 1 Ramadhan jatuh pada 20 July 2012 bersamaan hari Jumaat dan 3 Ogos 2012 juga jatuh pada hari Jumaat 15 Ramadhan.

Bagi penulis kita harus bersedia setiap masa. Setiap hari kita mesti senatiasa mengingati 'hari kemudiannya' agar kita tidak leka dan mengabaikan tanggungjawab kepada-NYA.
Subhaanallah..

HANYA 1/3 BUMI AKAN SELAMAT?

Apa kata anda?

KITAKAH YANG BERADA DI 1/3 BUMI TERSEBUT?

p/s: penulis belum sempat tengok filem 2012 coz tengah berkursus....

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot