AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

LightBlog

Post Top Ad

Your Ad Spot

18 July 2018

PEKERJAAN ARTIS MALAYSIA SEBELUM POPULAR

18.7.18 0
Apa pekerjaan artis sebelum popular? Sebelum ini ammboi.com ada mengeluarkan info mengenai keputusan SPM artis kita. Sekarang jom baca mengenai pekerjaan artis kita sebelum bergelar pelakon terkenal.
Read More

04 July 2015

AZWAN ALI SELAR AZHAR SULAIMAN - 'KAU SIAPA NAK NASIHAT AKU'

4.7.15 0
Alahai. Nampaknya kontroversi Azwan Ali makin lama makin hangat! Sebelum ini pelakon Azhar Sulaiman ada menegur Azwan Ali mengenai sikap brutalnya dalam beberapa isu sejak kebelakangan ini.
Kalau anda baca teguran Azhar Sulaiman tu langsung tak ada kutuk Azwan Ali. Teguran Azhar Sulaiman itu boleh disifatkan daripada rakan untuk rakannya yang semakin sesat dalam kontroversinya.

Namun begitu, ia rupanya bukan mudah untuk diterima oleh selebriti sensasi bertaraf 'DIVA' itu. Kali ini, giliran Azhar Sulaiman pula diselar oleh Azwan Ali. Menurut Azwan Ali, dia hanya akan terima teguran dari artis yang mempunyai level lebih tinggi seperti Datuk Aznil dan Aaron Aziz. Jadi, Azhar Sulaiman adalah bukan sesiapa baginya.

"Kepada Azhar Sulaiman, saya bukan tak boleh dengar nasihat, pada saya, saya tak pernah ketuk pun pintu rumah dia. Apa masalah dia? Kau siapa nak nasihat aku, respect aku sikit. I got all my reason doing such. Jadi, kepada Azhar Sulaiman dan mana-mana artis yang nak interframe, its a shame, kerana awak yang menjolok sarang tebuan. Kau siapa nak nasihat Azwan Ali, kau bukan Aaron Aziz, bukan Datuk Aznil. Level meraka yang nak tegur saya adalah level seperti itu, siapa Azhar Sulaiman?"
Read More

HASRAT CHE TA SAMBUT RAYA SAKAN TERJEJAS, ZAIN SAIDIN MASUK HOSPITAL

4.7.15 0
Hasrat pelakon jelita, Rozita Che Wan, 43, untuk beraya ‘sakan’ terjejas apabila suaminya yang juga pelakon Zain Saidin, 31, terpaksa menjalani pembedahan lutut Isnin lalu akibat cedera selepas bermain futsal.

Punca Zain Saidin masuk hospital? Zain dimasukkan ke pusat perubatan swasta, di sini, Jumaat lalu selepas mengadu lutut kirinya semakin sakit sejak bermain futsal beberapa hari sebelum Ramadan lalu. 

Pemeriksaan doktor kemudian mendapati ligamen lutut kirinya terkoyak dan perlu menjalani pembedahan segera. Disebabkan itu, Zain perlu bertongkat selama lebih sebulan selain dinasihatkan tidak terbabit dengan aktiviti lasak selama enam bulan. 
Rozita ketika dihubungi mengakui persiapan Aidilfitri mereka sedikit terganggu dengan kecederaan yang menimpa suaminya itu. “Pemandu kami pula bercuti Aidilfitri ini, jadi saya pening memikirkan siapa yang akan memandu kereta nanti,” katanya. 

Baru-baru ini sumber media melaporkan Rozita sudah membuat persiapan Aidilfitri ‘beria-ia’ termasuk sudah menyediakan 20 pasang baju raya untuk diri sendiri dan anaknya, Aaisyah. Rozita turut mengakui berbelanja sakan mengikut kemampuan untuk membeli pakaian raya adalah antara rutin wajibnya setiap tahun selain ia adalah keperluan bersesuaian dengan kerjaya selebriti. 

Ditanya adakah selepas ini dia menghalang Zain untuk bermain futsal dan bola sepak, Rozita berkata, dia berharap suaminya akan memilih sukan yang kurang mendatangkan kecederaan. 

“Dia bukannya pemain bola sepak dan tak berbaloi jika berlaku kecederaan hingga terpaksa dibedah,” katanya. 

Sementara itu, Zain berkata, selepas pembedahan dia perlu menjalani fisioterapi setiap hari. “Doktor menasihatkan saya, jika mahu segera sembuh ia perlu konsisten selama tiga bulan. Setiap kali rawatan mengambil masa dua jam.
Read More

05 April 2014

RESPON ADI PUTRA ISU GAMBAR SEPARUH BOGEL TERSEBAR?

5.4.14 0
Kecoh baru-baru ini apabila sekeping foto yang didakwa Adi Putra dalam keadaan separuh bogel dengan hanya bertuala tanpa baju tersebar di internet. Foto tersebut didakwa telah dimuat naik ke laman Instagram oleh bekas suami kepada wanita yang didakwa mempunyai skandal dengan Adi Putra sebelum ini. 


 Menurut Adi Putra, dia mengambil pendekatan untuk berdiam diri dan hanya mampu bersabar selagi dakwaan tersebut tidak ditujukan kepada isteri dan keluarganya.





"Saya tak tahu dan tak ambil tahu apa yang berlaku. Malah saya tidak akan mengambil tindakan apa-apa selagi ianya tidak melampaui batas. Saya sekarang belajar untuk bersabar sahaja dan tidak mampu untuk memarahi mereka. Sedangkan Rasul pun pernah diduga dengan pelbagai musibah sehingga dibaling tahi ke mukanya tapi dia masih bersabar. Biarlah orang nak kata cara saya membiarkan pihak sana membuat suka hati ni nampak seperti saya yang bersalah kerana ianya tidak memberi apa-apa kesan kepada saya selain Allah sendiri meletakan salah itu kepada saya," jelasnya.
Read More

04 April 2014

PENJELASAN ZIELA JALIL ISU GAMBAR ‘MESRA’ DENGAN KEITH FOO

4.4.14 0
Ramai yang terkedu apabila melihat gambar yang dimuatnaik oleh penerbit drama Ariana Rose, Ziela Jalil di akaun Instagram nya. Sekali tengok, lagak mesranya bergambar dengan pelakon kacak, Keith Foo macam pasangan kekasih.


Ramai yang berpendapat, gambar tersebut kurang sesuai jika dibandingkan dengan penampilan Ziela sebagai wanita bertudung. Ia turut menimbulkan pelbagai reaksi negatif daripada para pengikut akaun tersebut yang nyata tidak senang melihat aksi penerbit itu. 



Menerusi Harian Metro, Ziela memberi penjelasan: 


“Saya dikata macam-macam seolah-olah ada hati dan nak menggatal dengan mereka. Kalau suka, aksinya tak begitu. Baik saya peluk saja mereka dari belakang! Saya anggap mereka semua ini macam adik-beradik. Apatah lagi muka Keith pun ada iras muka anak saya Jufri. Saya tak fikir soal lain pun. 

 “Keith datang bertemu saya berkenaan isu kontraknya yang ada masalah sebelum ini. Sesudah itu kami bergambar. Ketika itu saya terfikir kalau masukkan gambar ini di Instagram pasti akan jadi isu. Tapi apa salahnya saya berkongsi gambar ini dengan peminat. Memang betullah selepas itu teruk saya kena kutuk. 

“Mulanya saya tak nak jawab kerana beranggapan suka hatilah sesiapapun nak kutuk. Tapi saya bengang apabila ada yang kaitkan nama anak saya dan suruh mereka ajar saya. Tak perlulah nak ajar mereka sampai begitu sekali. Cara mereka bukannya nak menasihat tapi lebih untuk mengaibkan orang. 

 “Saya sebenarnya tak nak jawab mereka banyak-banyak kerana nanti tiada kesudahan. Sebenarnya saya tak pernah kata benda itu betul. Saya tak pernah nak halalkan benda yang tak betul. Memang saya pegang tangan Keith dan saya tak katakan perbuatan ini betul, tapi cara menegur itu salah. 

 “Saya bukan sempurna, bagaimanapun sebagai manusia kita perlu amalkan adab hubungan dengan Allah SWT dan hubungan dengan manusia. Sekali lagi saya katakan cara menegur itu yang tak kena kerana ayat yang digunakan sangat melampau.” 

Ditanya adakah dia akan memadamkan gambar tersebut, ini jawapannya: 

“Saya tak akan buat begitu. Sebabnya saya nak ajar peminat ini agar orang menilai kata-kata mereka. Biar orang tahu cantiknya bahasa manusia. Tak dinafikan anak-anak saya amat marah dengan peminat ini, tapi saya minta biarlah saya selesaikan sendiri dan minta mereka hormat pada orang tua. 

“Apapun saya tak nak bersangka buruk dan menasihatkan mereka baik-baik dan berada dalam rahmat Allah SWT. Saya tak suka bergaduh dengan peminat selagi mereka tak sentuh mengenai anak-anak, arwah suami dan ibu. Saya akan marah jika disentuh soal itu.” 

Itu antara penjelasan Ziela Jalil dalam laporan berkenaan. Bagaimana? Anda boleh terima? Apapun sebagai manusia kita tak akan lari dari melakukan kesilapan. Cuma berdasarkan penjelasan dari Ziela diatas, beliau terima orang mengkritik atas kesalahannya namun dia kecewa dengan sesetengah daripada mereka yang lebih-lebih mengaibkannya.

Sumber: AMMBOI
Read More

03 April 2014

5 FOTO PASANGAN ‘KEKASIH SEJATI’ PALING BANGANG DAN MEMUALKAN

3.4.14 0
Err… Serba salah nak sampaikan cerita ini. Namun rasanya wajar disiarkan bukan sahaja sengaja mahu mengaibkan si bangang ini namun diharap jadi pengajaran kepada calon bakal bangang yang lain. 


Pengajaran pula bukan untuk memesan kepada mereka agar berhati-hati melakukan hubungan bangang tu supaya tidak upload ke laman sosial, namun pengajaran yang menunjukkan ramai membenci golongan ini dan mereka sememangnya berada di jalan yang salah. 

Terbaru ia berkaitan dengan beberapa foto dua remaja lelaki yang selamba cium mulut dan menyebarkannya ke laman sosial Fabecook. Entah apa yang difikirkan oleh mereka pun tidak tahu. Tambah meloyakan mereka siap meletakkan status ‘bersama kekasih sejati’.



Adess.. pasangan gay bangang Apapun semoga mereka diberikan kesempatan dan petunjuk untuk insaf. Itu sahajalah yang mampu kita doakan…. 


p/s: Maaf, gambar terpaksa blur. Tak sanggup nak tengok, romantik sangat….

Sumber: AMMBOI
Read More

10 KEPUTUSAN SPM ARTIS DAN SELEBRITI POPULAR DI MALAYSIA?

3.4.14 0
Kali ini MNH nak berkongsi mengenai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 10 artis popular di Malaysia. Bukan apa, selain berkongsi mengenai cerita artis, boleh juga dijadikan pembekal semangat kepada adik-adik kita dimana kalangan selebriti kita bukan calang-calang juga. 


Jom kita lihat keputusan para artis yang berjaya dikorek. Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya. Untuk pengetahuan, tahun 90an, SPM menggunakan aggregate untuk menilai. Dan aggregate yang dikumpul akan menentukan gred atau pangkat. Semakin sikit aggregate semakin bagus la keputusan tersebut. Gred 1 pula adalah adalah lebih bagus dari gred 2 dan gred 3.



Berikut adalah 10 keputusan SPM artis/ selebriti Malaysia:

  1. Neelofa – 10A (7A1 + 3A2), 2006 
  2. Syura – 3A spm, 2004 
  3. Siti Nordiana – 5A spm ,2000 
  4. Dato Fazley –Gred 1 Agregat 7 
  5. Diana Danielle -2A 5B 
  6. Sheila Rusly – Gred 2 
  7. Dato Siti Nurhaliza – Gred 2, Dikatakan mendapat tawaran Uitm Arau tetapi tidak lapor diri. 
  8. Syafinaz Selamat – Gred 1, Aggregate 8. SPM 1990 
  9. Najwa Latif 4 A 
  10. Nasha Aziz – mungkin Gred 1 [ada kekeliruan pada keputusan beliau] hihi, mohon maaf

Wah, hebat-hebat kan. Walau ada antara mereka yang sibuk dengan kerja sebagai penghibur, tetapi mereka tidak lupa pada tanggungjawab sebagai pelajar. Kira ok la tu. Jadi pada adik-adik yang bakal duduki apa-apa peperiksaan pun, semoga boleh jadikan kejayaan artis/selebriti diatas sebagai pendokong semangat anda. 

p/s: Banyak lagi idola lain selain daripada artis kita, cuma ini salah satu contoh. Ambil yang baik, yang mana tak elok tu buang jauh-jauh. Jadikan sebagai panduan dan pengajaran. Insya ALLAH… 

Nota: Keputusan SPM sumber dari internet.

Sumber asal: AMMBOI
Read More

2 FOTO: REAKSI NORMAN HAKIM JUMPA SUAMI BARU ABBY ABADI

3.4.14 0
Sebagaimana yang kita tahu bekas pasangan suami isteri Norman Hakim dan Abby Abadi kini sudah memiliki kehidupan sendiri. Masing-masing sudah mempunyai pasangan baru dimana, Norman sudah bernikah dengan Memey Suhaiza manakala Abby pula sudah menjadi isteri Farhan. 


Kita juga tahu, hubungan Norman dan Abby tetap baik apatah lagi mereka memiliki anak-anak. Abby juga dilihat begitu rapat dengan Memey. Boleh dikatakan mereka selalu memuat naik gambar ketika bersama. 

Bagaimana pula dengan Norman? Apa reaksinya ketika berjumpa Farhan?


Kalau sebelum ini agak kurang gambar Norman dan Farhan. Namun baru-baru ini Norman sempat bersemuka dengan suami baru Abby Abadi itu ketika sama-sama menyambut hari ulangtahun kelima anaknya. 

Berikut ialah beberapa keping gambar menarik antara Norman Hakin dan Farhan yang sempat dimuatnaik di laman sosial sebagai tatapan peminat: 

Gambar ini menurut sumber mungkin buat kali pertama dua jejaka ini berjumpa dan mereka berdua kelihatan sangat gembira dan santai. Perasaan benci dan dendam langsung tidak ada pada mereka. Baguslah kalau macam tu. Dah ada kehidupan masing-masing buat apa nak bising lagi kan. Semoga berbahagia semua hendaknya. Amin. 

Sumber: AMMBOI
Read More

Post Top Ad

Your Ad Spot