AZWAN ALI SELAR AZHAR SULAIMAN - 'KAU SIAPA NAK NASIHAT AKU' - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

04 July 2015

AZWAN ALI SELAR AZHAR SULAIMAN - 'KAU SIAPA NAK NASIHAT AKU'

Alahai. Nampaknya kontroversi Azwan Ali makin lama makin hangat! Sebelum ini pelakon Azhar Sulaiman ada menegur Azwan Ali mengenai sikap brutalnya dalam beberapa isu sejak kebelakangan ini.
Kalau anda baca teguran Azhar Sulaiman tu langsung tak ada kutuk Azwan Ali. Teguran Azhar Sulaiman itu boleh disifatkan daripada rakan untuk rakannya yang semakin sesat dalam kontroversinya.

Namun begitu, ia rupanya bukan mudah untuk diterima oleh selebriti sensasi bertaraf 'DIVA' itu. Kali ini, giliran Azhar Sulaiman pula diselar oleh Azwan Ali. Menurut Azwan Ali, dia hanya akan terima teguran dari artis yang mempunyai level lebih tinggi seperti Datuk Aznil dan Aaron Aziz. Jadi, Azhar Sulaiman adalah bukan sesiapa baginya.

"Kepada Azhar Sulaiman, saya bukan tak boleh dengar nasihat, pada saya, saya tak pernah ketuk pun pintu rumah dia. Apa masalah dia? Kau siapa nak nasihat aku, respect aku sikit. I got all my reason doing such. Jadi, kepada Azhar Sulaiman dan mana-mana artis yang nak interframe, its a shame, kerana awak yang menjolok sarang tebuan. Kau siapa nak nasihat Azwan Ali, kau bukan Aaron Aziz, bukan Datuk Aznil. Level meraka yang nak tegur saya adalah level seperti itu, siapa Azhar Sulaiman?"

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot