BICARA AGAMA | LIMA SEBAB DOA TIDAK DITERIMA ALLAH - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

04 June 2011

BICARA AGAMA | LIMA SEBAB DOA TIDAK DITERIMA ALLAH

Sempena hari yang tenang ini ammboi nak menyebarkan la sedikit panduan sebagai rujukan dan juga panduan kita bersama dalam menempuh hari-hari mendatang ni. Kali ini ammboi telah memetik artikel dari sebuah laman berkenaan DOA. Ya, doa yang kita mohon, kita pinta dari Allah S.W.T. itu tak kiralah bila masa atau selepas solat ke, kekadang kita sudah sempurnakan adab dalam berdoa namun demikian doa kita tu sebenarnya masih belum sempurna jika ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan doa kita ditolak. Kadang-kadang perkara ini tidak kita sedari dan ammboi harap panduan ini berguna untuk kita semua. Ada lima (5) perkara yang membuatkan kita terhijab atau ditolak doa oleh Allah s.w.t. iaitu:


1. Dosa kerana mengingkari pemimpin.

Pemimpin terbahagi kepada dua iaitu pemimpin atasan dan pemimpin bawahan. Perintah mereka wajib ditaati selagi tidak bercanggah dengan syariat. Pemimpin yang dimaksudkan di sini ialah pemimpin yang adil kepada orang bawahan, soleh lagi berjiwa tauhid, bukan pemimpin yang fasik dan berbuat mungkar kepada Allah s.w.t. Jadi ukurlah diri masing-masing sejauh mana ketaatan kepada pemimpin.

BACA JUGA YANG INI

2. Dosa kerana tidak taat guru.

Guru orang yang bertanggungjawab mendidik dan mengasuh kita. Segala ajarannya perlu diikuti. Jangan sampai guru berasa muak dengan kita, supaya kita tidak ditimpa malapetaka seperti susah menerima ilmu, gelap hati, keras hati, malas beribadat, doa dan amalan tidak terangkat dan tidak dapat memperbaiki akhlak.


3. Dosa kerana menderhaka dengan ibu bapa.

Ibu bapa berkorban untuk menjadikan kita insan yang berguna di dunia dan akhirat. Jika kita menderhaka atau menyakiti hati mereka sedangkan perintahnya bertepatan dengan syariat Islam, Allah pasti murka pada kita. Awas, doa anak derhaka tidak diangkat malaikat ke hadrat Ilahi. Oleh itu, tidak ada perubahan atau peningkatan pada diri kita kerana doa mereka ditolak. Jadilah kita orang yang rugi di dunia dan akhirat.

4. Dosa kerana derhaka kepada suami.

Isteri yang menderhakai suaminya tidak layak mencium bau syurga. Allah murka dan melaknat isteri yang membelakangi suaminya. Rasulullah bersabda, maksudnya: "Jika Allah membenarkan manusia sujud kepada manusia selain-Nya, aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya." Besarnya kedudukan seorang suami di sisi Allah. Seorang isteri walaupun ibadatnya sehebat ibadat Siti Maryam (ibu Nabi Isa), tiada nilai sedikitpun di sisi Allah jika masih menderhakai suami.

5. Dosa kerana menganiaya atau menzalimi orang.

Golongan yang suka menganiaya dan menzalimi orang termasuk juga orang yang gemar menabur fitnah, mengadu domba, buruk sangka sesama manusia, suka menyakiti hati orang lain, sama ada dengan lidah, perbuatan atau tingkah laku. Jika kita melakukan satu daripada lima perkara ditegah di atas, terhijablah doa dan amalan kita. Oleh itu, jika ingin doa kita dimakbulkan Allah, jauhkan diri daripada melakukan perkara yang mengundang kemurkaan Allah itu


p/s : jika ada teguran atau kesilapan sila bantu ammboi.
Petikan : VF

8 comments:

mama aini said...

semuga kita tidak tergulungan didlm kelompok org2 diatas...insyaallah..thanks!! semuga info ini dpt jadi tauladan buat semua...

Ringgo said...

semoga kita tak termasuk dalam 5 golongan tu ..

PenDekAr LauT said...

Terima kesih atas artikel yg membina.

Fathiah Hamim said...

thank you!

ammboi said...

@MaMa AiNi insyaallah.. jauhi perkara yg dilarang dan senantiasa dekatkan diri padaNYA yang ESA...

ammboi said...

@Ringgo insyaallah ringgo...

ammboi said...

@PenDekAr LauT terima kasih juga sebab sudi baca yer...

ammboi said...

@Fathiah Hamim sama-sama...hihi

Post Top Ad

Your Ad Spot