Makan Besar - Sebelah Keluarga Isteri Ammboi - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

17 February 2011

Makan Besar - Sebelah Keluarga Isteri Ammboi

Salam 1Malaysia Semua

Oh, lambatnya ammboi buat entry pasal ni. Makan besar ni ialah sempena balik kampung cuti raya cina yang lepas. 2 Minggu dah tu. Takpela, saja jer nak update entry kekeluargaan pulak. Sebelum ni dok asyik layan entry SEO jer. Sampai ke sudah ranking tak naik-naik jugak. Hehehe...

Aktiviti ni langsung tak dirancang sama sekali. Makan besar ni pada mulanya cuma cakap-cakap mulut. Dan tak disangka ianya menjadi jugak. Rancangan asalnya nak cari restoran kat Kota Bharu. Tapi ada masalah pulak. Apa masalahnya?


Makan Besar....?
Petang Sabtu (5/2/11)

Permulaan kepada gossip mengenai "makan besar" ni. Ia dimulakan oleh beberapa individu yang mempunyai kepentingan dalam konspirasi ini. Ia semakin tersebar dan menjadi tanda tanya pada semua yang terlibat. Perkara ini semakin 'tegar' apabila pulang ke rumah dari tempat kenduri pada hari berkenaan.

7.30 mlm

Tidak ada tanda-tanda aktiviti makan besar berkenaan akan berjalan seperti yang dihebohkan. Masing-masing membuat hal sendiri seperti 'berkemas' untuk pulang ke KL atau sebagainya. Kecoh kat ruang tamu membincangkan hal ini. Khabarnya 'makan besar' ini akan ditaja oleh mak mentua ammboi..hehehe... getah mahal kan sekarang.

7.45 malam

Masing-masing masih kaku ni. Nak buat ke tak, buat ke tak. Adli pon dok tidur. Mmmm..masing-masing pening dok fikir macam mana ni. Ada yang nak pegi dan ada yang taknak. Uih..apa kehelnya ni.

7.59 malam

Akhirnya keputusan dibuat. Semua setuju untuk ke 'makan besar' berkenaan. Hehehe..alamaknya abang ipar dan kak ipar ammboi kena tambah cuti ler esokannya. Yela, Terengganu mana cuti hari Ahad.

Sekitar jam 8.00 lebih-lebih

Kami semua pun bergeraklah dengan dua buah kenderaan jer. Cukuplah tu kan. Bukannya ramai pun. Semua masih keliru lagi nak ke mana. Huhu... ada yang cakap nak ke Kota Bharu dan ada pula yang cakap ke Wakaf Che Yeh pon cukuplah. Yela, KB time raya macam ni alamaknya makan jem ler. Ni kan pulak dah lewat malam.

Pertengahan perjalanan, program 'makan besar' ni akan menuju ke Pengkalan Chepa. Jauh tu...huhu.. Ikut jela... Ops...akhirnya keputusan akhir dibuat.


Makan Besar Di McD Wakaf CheYeh

Hahahaha...akhirnya ke Wakaf Che Yeh jugak. Ramai betul orang malam ni. Nasib baik ada tempat. Dan Program Makan Besar pon berlangsung...........




p/s : sekian......

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot