Pertemuan perlawanan timbal balik pertama di Kuala Lumpur pada 23 Februari ini memerlukan skuad Malaysia mencipta kemenangan besar sebagai bekal sebelum ke Pakistan awal Mac ini. Pakistan yang menghuni tangga 173 dunia dalam ranking FiFa (last updated 2 Februari) nyata tidak boleh dipandang remeh. Walaupun dari segi kedudukan ranking Malaysia berada ditangga 140, Ketua Jurulatih Skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee tidak mahu para pemainnya terlalu pandang rendah pada lawan.
Ong Kim Swee kehilangan beberapa tonggak utamanya berikutan masalah kecederaan. Namun demikian ammboi tetap menaruh harapan tinggi kepada 'Super Fahmi' untuk mempertahankan gawang Malaysia sebaik mungkin.
Tekanan pasti dirasai oleh skuad muda ini apabila kejayaan demi kejayaan yang dicatatkan oleh skuad negara sebelum ini nyata telah memberi harapan menggunung terhadap mereka untuk sekurang-kurangnya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2012 nanti.
SENARAI PELATIH SKUAD OLIMPIK MALAYSIA
Khairul Fahmi Che Mat - Kelantan
Ahmad Shakir Ali , Mohamad Faizal Abu Bakar - Kedah
Ahmad Fakri Saarani - Negeri Sembilan
Abdul Syukur Jusoh , R Gary Steven , K Gurusamy , V Kavi Chelvan , Mahalli Jasuli , Mohamad Muslim Ahmad , Mohamad Fadli Mohd Shas , Mohd Affize Faisal Mamat , Mohd Faizal Muhamad , Mohd Fandi Othman , Mohd Ferris Daniel Mat Nasir , Mohd Irfan Fazail , Mohd Izham Tarmizi , Muhammad Zamir Selamat , Nazirul Naim Che Hashim , S Sivanesan , A Thamil Arasu , Wan Zack Haikal Wan Nor , Wan Zaharulnizam Wan Zakaria - Harimau Muda A
Muhammad Nazmi Faiz , D Saarvindran - Harimau Muda B
No comments:
Post a Comment