Malaysia Bermula Garang! - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

03 December 2009

Malaysia Bermula Garang!

Skuad B-23 sumbat 11 gol


SKUAD negara melangkah ke padang untuk memulakan aksi menentang Timor Leste semalam.


SKUAD bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan tampil garang pada aksi sulung dalam acara bola sepak Sukan SEA 2009 apabila membelasah Timor Leste 11-0 di Stadium Nasional Laos di Vientiane petang semalam.

Nyata penundaan 24 jam penerbangan skuad negara ke Laos tidak menjejaskan rentak anak-anak buah K. Rajagobal itu, malah mereka mungkin mahu melepaskan geram dengan Timor Leste menjadi mangsa pertama mereka.

Nak Baca Lagi? Klik Kosmo! Online


Penulis :

Skuad bolasepak kebangsaan sememangnya telah mempamerkan peningkatan yang amat baik sepanjang tahun ini. Ini boleh dibuktikan dengan beberapa keputusan perlawanan persahabatan antarabangsa di beberapa buah negara yang jauh memiliki reputasi yang berbeza dengan Malaysia.

Namun perlawanan pertama ini tidak boleh dijadikan sandaran sepenuhnya betapa skuad negara hanya menentang pasukan kerdil seperti Timor Leste. Rekod jarinagn kejohanan jua dipecahkan namun cabaran sebenar Malaysia hanya akan bermula apabila menentang Vietnam Ahad ini. Kemenangan dengan Vietnam jualah yang mampu membuka ruang kepada skuad muda negara untuk meneruskan saingan ke peringkat seterusnya.

Terkilan....

Tiada pun siaran secara langsung dibuat. Kenapa? Sudah tentu kerana tiada penaja. Sedangkan perlawanan pusingan pertama Piala FA England boleh disiarkan, inikan pula kejohanan besar serantau. Kesian rakyat Malaysia....


No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot