TIDAK keterlaluan jika dikatakan bahawa inilah barisan terbaik skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan untuk menamatkan kemarau 20 tahun tanpa kilauan pingat emas dalam acara bola sepak pada temasya Sukan SEA.
Kali terakhir skuad bola sepak meraih pingat emas ialah pada Sukan SEA 1989 yang berlangsung di Kuala Lumpur dan mereka hampir menamatkan kemarau itu pada Sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur tetapi tewas kepada Thailand pada perlawanan akhir.
Dua edisi berikutnya pada 2003 dan 2005, Malaysia sekadar meraih pingat gangsa tetapi pencapaian lebih teruk dialami selepas itu apabila skuad B-23 negara pulang tanpa sebarang pingat pada temasya di Korat, Thailand pada 2007.
Nak Baca Lagi? Klik Kosmo! Online
Sememangnya inilah peluang terbaik skuad kebangsaan kita. Aksi yang dipamerkan sepanjang kempen kelayakan Piala Asia dan persahabatan antarabangsa menampakkan peningkatan yang sangat baik. Namun kita tidak boleh lupa, harapan yang tinggi jika diletakkan di bahu pemain kebangsaan akan menjanjikan kegagalan kepada rakyat Malaysia. Media tidak boleh terlalu memberi harapan, sedangkan jika pasukan kebangsaan mengalami kegagalan, medialah 'orang pertama' yang teruk mengutuk skuad kebangsaan.
Kita juga tidak boleh alpa dengan prestasi negara serantau yang lain. Thailand, Vietnam, Indonesia juga menunjukkan mereka semakin gah di pentas antarabangsa. Ketika Indonesia menundukkan Kuwait pada perlawanan kelayakan Piala Asia baru-baru ini, Malaysia mengalami kekalahan kali ketiga untuk kempen kelayakkan tersebut.
Skuad kebangsaan perlu lebih fokus dan berusaha dengan lebih keras jika mahu menyaingi Thailand, Vietnam, dan Indonesia. Malahan kekuatan Myammar, Laos dan Singapura juga pelu diberikan perhatian.
Ketika ini ranking FIFA Malaysia jatuh 2 tangga dari kedudukan 150 bulan lepas ke tangga 152 sekarang. Jika benar inilah peluang Skuad Harimau Malaya membuktikan kekuatan yang sebenar? Buktikan!!!
No comments:
Post a Comment