October 2009 - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

28 October 2009

Tahniah Red Warrior

28.10.09 1
Kejayaan menewaskan Perlis 2-0 di Kota Bharu memberi ruang yang cukup luas untuk Kelantan meneruskan langkah ke saingan Final Piala Malaysia 2009 November nanti. Namun skuad wira merah tidak seharusnya alpa dengan aksi timbal balik di Kangar nanti. Tumpuan dan fokus sepenuh hati seharusnya diberikan. Kerana Singa Utara ibarat Singa yang terluka mahu mencuci aib digelanggang keramatnya nanti.

GOMO KELATE GOMO!

Sathia mesti terus mengamalkan corak menyerang dan bukan hanya menahan asakan lawan. Serangan balas yang pantas mungkin boleh memberikan mata buat Kelantan.

Jumpa Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti yer....

GOMO KELATE GOMO!

Read More

Beban Kad Kredit

28.10.09 0
Hutang Oh Hutang!

Entah apa ke jenis perasaan yang penulis nak gambarkan, tentang perasaan hati ini bila mendengar dan melihat beberapa keputusan kerajaan semasa bajet 2010 yang lepas. Nak kata gembira tak (tarak bonus kot..), nak kata sedih pun tak jugak, sayu dan pilu tu adala kot... (ai...sm je tu maksudnya).

Kerajaan memutuskan untuk mengenakan caj RM50 kepada pemengang kad kredit dan RM25 untuk kad tambahan. Katanya untuk mengurangkan kadar hutang rakyat yang semakin meningkat akibat penggunaan kad kredit. Kononnya untuk mengurangkan bilangan pengguna kad kredit la tu. Tapi apa yang penulis lihat dan dengar, pengguna kad kredit kat Malaysia ini mencecah 11 juta orang. Banyaknya tu. Tak ke kerajaan sesaja je nak amik kesempatan untuk mencari pendapatan?

Penggunaan Kad Kredit sememangnya tidak digalakkan.

Kos RM50 dilihat sebagai terlampau banyak dan rakyat pula akan semakin dibebani hutang. Bukannya nak kurangkan hutang tu.

Kenapa pengguna kad kredit meningkat?

Penulis sendiri rasai, kos sara hidup kat Malaysia ni semakin tinggi. Setiap hari mesti ada je duit yang perlu dibelanjakan. Bukannya pihak kerajaan tak tahu. Cuma depa seolah-olah pejam mata. Celik mata cuma time nak pilihanraya! Maaflah kalau terkasar bahasa. Apa rasionalnya mengenakan caj kad kredit selain daripada kerajaan sengaja mengambil kesempatan.

Tangga gaji kat Malaysia boleh dikatakan antara paling rendah dikalangan negara membangun. Sebab itu ramai dikalangan yang berpendidikan tinggi dan mempunyai peluang untuk bekerja diluar negara mengambil keputusan untuk bekerja diluar Malaysia sahaja. Bayangkan, dengan berpendapatan RM2000 sebulan kita yang hidup di Bandaraya seperti Kuala Lumpur ni masih boleh dikategorikan RAKYAT TERMISKIN lagi. Itu adalah salah satu punca kenapa kadar penggunaan kad kredit semakin meningkat. Dengan gaji RM1500 keatas, seseorang sudah layak untuk memohon kad kredit. Paling mengejutkan penulis apabila ada yang bergaji dibawah RM1500 pun lepas untuk memohon kad kredit. Penguatkuasaan yang lemah dah ketara kat situ.

Bebanan kakitangan yang bergaji isi rumah di bawah RM3000 boleh dilihat semakin teruk. Ni penulis nak nyatakan contoh kos yang perlu ditanggung di KL (berkeluarga, anak 2 la contohnya):

Sewa rumah = RM500.00 (Flat area KL, Cheras, Pandan, dan kawasan sekitar)
Tol = RM30.00 sebulan (p/b)
Kereta = RM400.00 (ansuran)
Minyak = RM250.00 (sebulan)
Pengasuh anak = RM300.00 (2 orang anak kecik) murah dah tu....tu pun sdn. bhd.
Makan-minum = RM400.00 (sebulan)
Belanja kat opis = RM300.00 (tu pun bajet RM5 je sehari utk 2 org)...sedey.....
Susu anak = RM150.00
Lain-lain (anak) = RM200.00 (mcm pampers dan dll la...)
Lain-lain (isirumah) = RM150.00 (bil & sebagainya....)

Kos keseluruhan = RM2680.00

Baki yang tinggal hanya RM 320.00 je sebulan tu pun ada jer yang tetiba jer nak pakai duit. Anak sakit la, kereta rosak la, tayar botak la, dan macam-macam lagi la.

Tu baru senarai bulanan. Cuba renungkan yang untuk tahunan pula. Macam raya dan insuran kenderaan. Bebanan yang ditanggung semakin membuatkan rakyat sengsara.

Kos yang macam tahunan pula insuran kenderaan pun dah RM1200.00 sebulan (kot la...) time nak raya perlukan dalam RM500.00 (paling sikit termasuk pakaian dan minyak kereta + tol). Jika dicongak kat situ dah RM1700.00 setahun dibahagi plak dengan 12 bulan jadilah RM141.00 sebulan. Korang tolak la dengan baki yang atas tadi.

Semoga kerajaan renung-renungkanlah hak rakyat Malaysia semula. Beban kad kredit janganlah ditambah dengan beban yang lain pula. Dengar cerita minyak pun akan hilang subsidinya. Apa ada pada kerajaan? Dimana ungkapan, "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"?

Read More

27 October 2009

Zaman Gelap MSL Akan Berterusan

27.10.09 0
Penulis rasa agak terkilan apabila saingan Piala Malaysia langsung tidak mendapat liputan yang sepatutnya. Apatah lagi apabila pasukan pilihan seperti Selangor (seolah-olah penganjur) tersingkir dari saingan. Zaman kegelapan liga Malaysia akan berterusan jika perkara sebegini berlarutan. FAM nyata sudah gagal, siapa lagi nak disalahkan?

Peminat?

Penaja?

Kerajaan?

atau.....Penyiar Rasmi LIGA MALAYSIA????

Jika peminat disalahkan, kita sendiri pun takkan nak buang masa pergi tengok perlawanan yang sudah tentunya pasukan pilihan kita akan kalah kan? Jika ada siaran langsung, pastinya peminat akan mula mendalami hal pasukan mereka. Mungkin akan lebih mengenali dari jauh dahulu sebelum ke stadium. Ni tak setahun hanya sekali jer pasukan tertentu ada kat kaca tv. Dasaaaaatttt.....!

Penaja, kelemahan mencari penaja juga nampaknya semakin ketara. Samada di peringkat pusat mahupun persatuan/kelab negeri masing-masing. Penajaan kurang menyebabkan pasukan mengalami masalah ekonomi. Kekurangan sumber ini juga boleh menjadi punca putus asa mahupun lemah semangat (yela..bila main gaji tak masyuk....). Cuba contohi pasukan Kelantan. Peranan pemimpin negeri memainkan peranan yang sepatutnya. Bukan hanya bercakap saja. Bukan niat nak puji Kelantan jer, Selangor pon bagus jugak....

Kerajaan, sentiasa terbuka. Namun usul sebelum ini agar pengecualian cukai dilaksanakan kepada mana-mana penaja yang sudi menaja persatuan/kelab bolasepak ni masih gagal mendapat perhatian kerajaan. Tambahan pula takde pun disebut dalam pembentangan bajet yang lepas.

Penulis sememangnya nak bedal RTM. RTM seolah-olah hanya goyang kaki semata. Tunggu buah yang gugur datang bergolek ke kakinya sahaja. RTM, bgai penulis telah gagal sepanjang mereka menjadi hos penyiar rasmi LIGA MALAYSIA. Tidak seperti zaman TV3 dahulu. Liga Malaysia nyata meriah dengan pelbagai promo. Sahkan nak harapkan siaran langsung 2 kali seminggu, iklan pun jarang-jarang keluar kat kaca televisyen (ada ke????).

Yer...ada iklan dok nyayi lagu liga Malaysia, namun apa yang penulis tekankan adalah promo berkenaan mana-mana pasukan yang akan berentap. Sekurang-kurangnya panaslah sikit telinga dan hati sesiapa yang berkenaan dan mereka akan turut sama memeriahkan stadium bagi menyokong pasukan mereka.

RTM selaku hos penyiar juga gagal memanfaatkan fungsinya sebagai saluran rasmi yang benar-benar konsisten dan matang. Kerana ada pengulas sukannya nampak sangat berat sebelah. Bila la bolasepak kita nak maju. Jika RTM sudah tak mampu, apa kata lepaskan saja 'hak' mereka tu. Dulu dengki dengan orang, tapi hakikatnya sememanganya RTM tak mampu. Tak mampu! Dan memang tak mampu!

Kajian semula hak penyiar liga Malaysia sepatutnya dijalankan. Penulis syorkan Media Prima diberi ruang untuk menyiarkan Liga Malaysia. Senang cerita, penulis sukakan penyiraran Liga M era TV3 yang menjadi penyiar rasmi.

Apa kata korang???

Read More

26 October 2009

Penyokong Fanatik?

26.10.09 0
Jangan biar luka lama berdarah kembali!!!

Segelintir penyokong Kelantan masih lagi dibawah tahap kesedaran yang sebenar. Kes mercun masih lagi banyak dilontarkan, acara kutuk-mengutuk sering saja menghangatkan aksi luar padang. Pa nak jadi la...

Kes kat Kota Bharu dulu masih lagi berparut luka. Namun penyokong Kelantan yang ' tersumbat ni' masih tetap berdegil nak tunjuk power. Apa barang setakat ko yang sesaja cari nahas tapi orang lain yang kena tanggung jugak. Bahalollll namanya tuh...

Sedarlah, kita tengah tengok bola, bukannya gusti mahupun muay thai. Tau la pengadil tu berat sebelah ke, pemain lawan main jahat ker, setakat kutuk tu ok lagi, sampai tahap nak merusuh tu memang melampau la. Orang lain nak tengok bola pun rasa tak selesa.

Namun demikian pujian tahap melampau penulis nak sampaikan kepada semua peminat Kelantan. Kerana anda sememangnya peminat yang TOP!. Bolasepak Malaysia akan kembali menyinar jika semua peminat bola kat Malaysia ni terus menyokong pasukan mereka tak kira masa macam kat Kelantan. Sememangnya Malaysia perlukan penyokong yang FANATIK untuk mengahangatkan suasana bolasepak negara.

FANATIK?

Biarlah berpada-pada yer...

GOMO LAGI KELATE!!!

Read More

Kelanta Mara Ke Aksi Separuh Akhir

26.10.09 0

Kelate Loni Tok Serupo Muloo!

Itulah ungkapan dari setiap penyokong fanatik Pasukan Kelate.

Sapo tok kenal Kelate Loni???

Yer, pasukan wira merah telah berjaya menundukkan KL Plus di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV pada malam Sabtu lepas dengan keputusan 3-0. Sebelum itu Skuad The Reds Warrior diikat 1-1 di Stadium KLFA Cheras. Penulis turut sama hadir bagi memeriahkan sokongan skuad Kelantan. TerkeZut penulis tengok, punyalah ramai yang datang. Semua penyokong wira merah belaka. Bagi KL Plus, mereka hanya dlm lingkungan 10% jer dpd keseluruhan penyokong malam tersebut walaupun mereka adalah tuan rumah.

Penulis terpaksa pariking kereta jauh nun di belakang sana. Namun ia nyata tidak mematahkan semangat penulis untuk hadir. Penulis baru jer kawin, tapi dek kerana bola dengan bini pon penulis sanggup pi. Nasib baiklah bini penulis spoting. Hahaha...

Nyata debaran aksi di Kota Bharu lebih terasa berbanding perlawanan di KLFA, Cheras. Ini kerana penulis terpaksa tunggu laporan dari masa ke semasa sahaja. Nak balik tak pasal la. Takpelah, dah puluhan ribu peminat di sana dok stanby nak memeriahkan stadium. Kemenangan 3-0 di Kota Bharu nyata memberikan laluan yang luas buat Kelantan untuk bertemu dengan Perlis pada hari Selasa ni.

Semoga skuad Kelantan terus maju dan maju!

GOMO KELATE GOMO!

Read More

Belacan Punya Angkara

26.10.09 0
Heboh kat tv dan surat khabar dok mengetopkan isu makcik tokey belacan kena saman. Sebab apa? Kerana kurang kandungan protein hanya sebanyak 1.25% berbanding syarat yang ditetapkan oleh pihak yang berkenaan sebanyak 25%.

Penulis tertarik hati nak join kutuk pasal isu ni bila terbaca komen pembaca Berita Harian yang menyatakan ketidakpuasan hatinya berkenaan isu ni. Betul jugak kata pengomen tersebut. Isu makcik tokey belacan ini mengalahkan isu rasuah seluruh negara!. Malu la sikit. Kesian kat makcik tu, ntah dia tau ke tak apa kebenda protein tu la yer??? Dia cuma buat belacan secara konvensional kot. Belajar dari turun-temurun. Kalau boleh pihak yang berkenaan bagi la nasihat dahulu. Apa-apapun pandangan ke, komen ke kat dia. Ni tak, tak pasal2 kena saman dah. Kot yer pun kasilah kursus la kat dia, berkenaan alat pekebenda yang diperlukan untuk sukat kandungan protein tu kan... : D.

Read More

13 October 2009

Pengecualian Cukai : Penaja Pasukan Liga Malaysia

13.10.09 0
Penulis setuju sangat dengan cadangan DS Raja Ahmad Zainuddin tu untuk pengecualian cukai kepada mana-mana syarikat yang sudi menaja pasukan liga bolasepak di Malaysia. Sepatutnya kerajaan menjalankan kaedah ini sejak dari dulu lagi. Pengecualian cukai boleh dijalankan mengikut keadaan/prestasi semasa. Tak ruginya jika prestasi/populariti bolasepak Malaysia semakin meningkat kan...?

"Pada saingan Piala Malaysia musim ini banyak pasukan yang mahu menarik diri kerana kekangan kewangan dan saya percaya masalah sedemikian akan terus berulang setiap tahun.

"Justeru, langkah penyelesaian perlu diperkenalkan kerajaan dan sudah tiba masanya syarikat-syarikat besar yang menjadi penaja sesebuah pasukan itu tidak perlu melunaskan cukai kepada kerajaan atas apa yang mereka laburkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang kawasan Larut di Batu Kurau, Taiping semalam.

Petikan Kosmo! Online

Isu bolasepak Malaysia tidak seharusnya kerajaan pandang remeh lagi. Ianya merupakan sukan paling popular di seluruh pelusuk dunia sekarang. Jika kerajaan berlumba-lumba mahu mempromosikan 1MF1 Team, kerajaan juga tidak boleh buat-buat tak nampak dengan arena bolasepak tanah air juga. Pentas saingan Piala Asia, Piala Dunia sangat-sangat membantu mempromosikan negara. Peluang akan ada jika kerjasama dari semua pihak dapat digerakkan.

Penajaan pasukan bolasepak di Malaysia dapat membantu pasukan terbabit dari segi kewangan dan sebagainya. Sekarang isu gaji tertunggak, pasukan gagal menjelaskan EPF dan lain-lain semakin ketara. Jika sesebuah kelab/persatuan mendapat penajaan isu sedemikian pasti dapat diatasi.

Had bajet juga perlu dikawal agar sesebuah pasukan tidak terlalu boros untuk berbelanja. Ini kerana ada sesetengah pasukan yang 'menggila' mengejar pemain berstatus bintang agar pasukan mereka berjaya memenagi liga @ piala. Namun tindakan sedemikian hanya merosakkan reputasi kewangan pasukan. Malahan ada pasukan yang terpaksa menarik diri kerana muflis. Contohnya seperti MPPJ Selangor dan kini pasukan Sarawak pula mengalami nasib yang sama.

Syarikat swasta sekarang tidak suka menghabiskan wang mereka untuk dibazirkan oleh pasukan bolasepak. Ini kerana mereka tetap juga kena bayar cukai kan.. Jika tiada cukai, semestinya banyak syarikat swasta bakal tampil membuat penajaan.

Semoga cadangan DS Raja Ahmad Zainuddin diterima oleh pihak yang terlibat...

Read More

09 October 2009

Hiburan Petang Jumaat daaa..

9.10.09 1
Samat baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Samat ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20 kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini.

Sejak Samat duduk di rumahnya... cepat sangat barang-barang dapur habis. Samat betul betul menghabiskan borehhh... Kebaikan Samat pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu... Waktu maghrib seronok depan tv tengok roda impian... lepas tu sambung tengok berita... lepas tu makan... lepas tu tidur..esok bangun pukul 8... pergi kedai kopi... bersembang, sampai tengahari. Balik makan, kemudian tidur... petang pergi kedai kopi lagi... main dam, berborak mengalahkan orang politik. Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan.

Tetapi dia terus mencari idea... macam mana nak kenakan si Samat ni.. Bengang betul dia... dah lah tak kerja... melantak kuat pulak tu... Suatu hari dia dapat idea... nak kenakan Samat.. "Samat, mari kita main dam haji... " katanya kepada Samat... "Boleh juga... " kata samat tanpa mensyaki sesuatu. Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Samat... Dia hulur, Samat makan, hulur lagi... Samat makan lagi... hulur lagi makan lagi, dan lagi... dan lagi... . " Eh ko ni Samat... kuat betul makan laa... .agak-agaklaa... " katanya tersenyum.. "Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni... mentang-mentang aku kuat makan" fikirnya dalam hati... tapi tak apa... Mereka bermain set kedua... Bapa mertuanya hulur... dia tak makan... hulur lagi, tak makan juga... kena tangkap... tak macam set pertama... dia dah bijak sikit... Bila tak makan, mestilah kena tangkap... (sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini... )... kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji... Apa lagi... . "Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke... ? Merah padam muka bapa mertuanya... dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena... .

Selepas dari itu, Samat tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim... tak tinggal sembahyang lagi... sekarang ni ada kat mekah kerjakan umrah... Nak pergi haji belum ada seru... katanya laa...

Moral cerita : Jangan malu nak menegur kesilapan orang lain, jika untuk kebaikan.

Petikan : VirtualFriend

Read More

Gelombang Ikan Duri Di Bachok, Kelantan

9.10.09 0
Memang pelik apabila ribuan ikan duri muncul kat Bachok, Kelantan. Sehinggakan nelayan kat situ mampu membawa hasil tangkapan hampir 5000 kg. Biasanya dalam 1000 kg sahaja. Kata nelayan tersebut ia adalah rezeki bagi mereka. Namun kena hati-hati juga. Semoga kita dijauhi dari sebarang malapetaka.

Jabatan Meteorologi Wilayah Timur memaklumkan bahawa fenomena tkemunculan ribuan ikan dari dasar laut terjadi berikutan kejadian bencana alam di kawasan asalnya. Ikan akan mencari kawasan yang lebih selamat.

"Biasanya haiwan seperti ikan laut ini mempunyai ketajaman deria yang kuat dan sensitif dan setiap kali berlaku bencana alam seperti gempa bumi dan seumpamanya, ia berkumpul dan timbul di sesuatu kawasan yang sama dalam kuantiti yang luar biasa banyaknya," katanya kepada Bernama di Jerteh hari ini.

Jika benar ikan tersebut mencari kawasan yang selamat untuk berlindung, maka perairan Bachok dan kawasan sekitarnya di Kelantan adalah selamat la kan. Begitulah hendaknya. Insyaallah...

Sumber : MalaysiaKini

Read More

Kaedah Penentuan Arah Kiblat : Ramai Masih Keliru?

9.10.09 0
Umat Islam di Malaysia masih ramai yang keliru dengan kaedah penentuan arah kiblat. Mengikut Sumber berita MalaysiaKini yang pengomen baca, kaedah penentuan arah kiblat bukannya berpandukan arah matahari terbenam sedangkan perlu mengikut hukum falak syarie yang telah di tetapkan oleh JAKIM.

Ramai yang masih beranggapan bahawa arah kiblat adalah di arah matahari terbenam, sedangkan hanya 2 kali setahun sahaja matahari berada betul-betul tepat di tengah Kaabah. Iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai.

Mengikut kajian ilmu falak, terdapat dua hari iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai sahaja dalam setahun, kedudukan matahari terletak di tengah-tengah Kaabah, yang boleh dijadikan panduan untuk menentukan kiblat umat Islam ketika bersembahyang.

Oleh yang demikian, JAKIM dengan mengadakan Kursus Falak (Qiblat) di Kota Bharu dengan kerjasama beberapa jabatan dan agensi negeri. Pihak JAKIM berharap dengan penganjuran kursus tersebut, peserta yang terlibat dapat memberi/menyebarkan maklumat kepada masyarakat tentang kaedah penentuan arah Qiblat.

Sumber : MalaysiaKini

Read More

08 October 2009

Indonesia Mungkin Sedang Memusuhi Kita

8.10.09 1
Malaysia perlu berwaspada!

Tak akan pengomen nafikan, banyak negara sedang mencemburui negara kita, Malaysia. Negara kita semangnya aman, makmur dan senang-lenang rakyatnya mempunyai ruang untuk mencari rezeki seluasnya tanah Malaysia yang ada. Mereka cuma sedang mengintai ruang dan waktu untuk cuba menjatuhkan Malaysia. Itupun jika mereka terdaya kan?

Dulu kita hampir 'bergaduh besar' dengan Singapura. Kini, jika hubungan baik dengan Indonesia tidak dijaga kemungkinan 'pergaduhan' yang lagi dasat mungkin timbul. Media Indonesia seolah-olah sengaja melaga-lagakan kedua-dua buah negara. Nyata hasutan mereka menjadi dan sebahagian rakyatnya yang memang 'gila bangat' terpengaruh dan cuba melakukan demonstrasi untuk maluahkan rasa tidak puas hati mereka.

Tindakan membakar Jalur Gemilang sememangnya kurang ajar!

Kenapa? Hanya kerana tarian Pandet dan hak cipta lagu Terang Bulan? Bodohnya! Mereka lupakan jasa Malaysia dengan sebegitu sahaja. Negara kita Malaysia telah banyak membantu ketika Indonesia sedang mengalami bencana mahupun sebagainya. Rakyatnya pula ramai datang ke Malaysia untuk mencari rezeki dan kita tidak langsung mengugut rakyat mereka yang datang secara haram ke Malaysia malahan dihantar pulang secara baik pula.

Mereka mahu 'ganyang' kita, Malaysia

Hanya kerana salah faham tersebut, gerakan BENDERA mahu melancarkan perang dengan Malaysia. Rakyat Malaysia di sana diancam dengan buluh runcing. Dan mereka juga mengatakan mahu 'menggempur' Malaysia pada 18 Oktober ini. Subhanallah.

Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi keamanan Negaraku Malaysia.

Read More

Hanya Tuhan Saja Yang Tahu

8.10.09 0
Salam Perpaduan

Tragedi di Indonesia seolah-olah satu bala yang sangat besar bagi rakyatnya. Pencabulan tehadap agama Islam semakin berleluasa. Kebebasan beragama juga nampaknya semakin ketara. Tanpa ada tindakan undang-undang (syariah) yang tegas, kerajaan Indonesia nampaknya gagal untuk mendidik rakyatnya ke jalan yang betul.

Perkahwinan campur di Malaysia sememangnya tidak asing lagi kan. Cuma beza bangsa namun agama kenalah sama. Islam dengan Islam, yang beragama lain tidak boleh mengahwini individu yang beragama Islam. Kecuali setelah memeluk agama Islam dengan sepenuh rela hati dan keinsafan. Namun lain yang jadinya di Indonesia. Kontroversi saja yang bingit namun kejadian tetap berlaku tanpa ada apa-apa hukuman yang sewajarnya. Contohnya perkahwinan salah seorang artis ternama Indon yang beragama Islam dengan suaminya yang beragama Kristian nyata tiada siapa yang boleh menyanggahnya.

Memalukan, apabila si wanitanya itu masih tetap berpuasa ketika menyambut Ramadhan yang lepas dan si suaminya (mengikut agama Islam tidak sah) pula berkata kepada media dia menghormati isterinya yang sedang berpuasa walaupun dia bukannya beragama Islam.

Aib dan sangat mengaibkan.

Mungkin banyak kejadian laknat yang terjadi di muka bumi Indonesia ini. Sehinggakan kejadian alam tidak putus-putus menghukum mereka (itu yang penulis gambarkan...). Jika diambil kira dari segi teori sains dan geologi, kejadian yang berlaku adalah kerana Indonesia terletak di kawasan mukabumi berisiko gunung berapi dan gempa bumi. Namun hanya Allah S.W.T. yang maha mengetahui. Renungkanlah ketika ummat nabi terdahulu yang ingkar dan terus melakukan perkara mungkar, maka hukuman Allah S.W.T. adalah dengan menterbalikkan muka bumi dan mereka tenggelam ke perut bumi hidup-hidup.

Hanya tuhan saja yang tahu....

Read More

Kelantan Layak Ke Suku Akhir!

8.10.09 0
PENYOKONG skuad Wira Merah tidak pernah serik.


Mungkin kejayaan melangkah ke suku akhir Piala Malaysia dianggap bonus buat Kelantan, namun tingkah laku kurang cerdik segelintir penyokong fanatiknya itu boleh mengakibatkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berdepan musibah.Masih tidak serik-serik lagi dihukum, gelagat segelintir penyokong fanatik Kelantan yang bertindak membaling objek dan membakar mercun di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV ternyata mengundang padah.

Insiden itu pastinya diperhatikan oleh ‘mata-mata’ daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).Sebelum ini, KAFA telah membayar denda hampir RM200,000 ekoran tingkah laku kurang bijak segelintir penyokongnya.“Masih ada yang tak serik lagi, nak juga baling botol, bakar mercun walaupun sudah dipesan berulang kali.

“Kafa bayar hampir RM200,000 untuk kesalahan yang sama, rasa macam duit habis begitu saja tanpa dimanfaatkan sebaiknya,” kata Timbalan Presiden KAFA, Ahmad Jazlan Yaakub selepas perlawanan antara Kelantan dan Pulau Pinang dalam saingan Piala Malaysia, malam kelmarin.

April lalu, penyokong Kelantan mencemari bola sepak negara dengan membakar kenderaan polis, merosakkan harta benda awam serta merusuh setelah tidak berpuas hati dengan kekalahan 0-1 kepada Negeri Sembilan dalam kempen Piala FA.

Disebabkan itu, Kelantan diarahkan bermain di gelanggang berkecuali, Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk baki saingan Liga Malaysia (Liga M) selama tiga bulan.

Menurut Jazlan, jumlah bayaran denda yang dibayar itu merupakan satu kerugian besar kerana ia seharusnya digunakan untuk tujuan pembangunan pasukan dan kemajuan bola sepak di Kelantan.

“Nasihat sudah berkali-kali diberi tetapi nampaknya keadaan ini tetap berterusan, kami sekali lagi merayu kepada penyokong Kelantan supaya tertib dan menunjukkan sikap sebagai peminat sukan yang bersopan,” katanya.

Beliau berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu bukan saja menyebabkan Kafa berdepan hukuman, malah boleh membahayakan penonton yang lain termasuk kanak-kanak yang datang menyaksikan perlawanan dengan penuh semangat kesukanan.

Petikan : Kosmo! Online

Kejayaan mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia sangat membanggakan. Apatah lagi bila pasukan Kelantan mara dengan rekod bersih tanpa kalah dengan berbaki dua perlawanan lagi. Peminat fanatik wira merah sememangnya harus berbangga dengan pasukan mereka. Tetapi biarlah dengan berpada-pada.

Peminat wira merah seolah-olah telah lupa, sikap rakus dan taksub mereka telah menghukum pasukan Kelantan sendiri dalam kancah saingan Liga Super yang lepas. Kelantan dihukum bermain di gelanggang berkecuali dan gagal mengekalkan rentak untuk terus memberi saingan, sedangkan prestasi pasukan pula semakin merudum.

Penyokong Kelantan seharusnya berhati-hati. Jika mereka mahu melihat WIRA MERAH gah menggondol Piala Malaysia, peminat dan penyokong yang berdisiplin haruslah dibentuk dan dipupuk. Kejayaan pasukan Kelantan banyak bergantung kepada sokongan peminat sekalian.

Apa tindakan FAM seterusnya?

Kita tunggu dan lihat. Diharap FAM tidak lagi 'membenci' pasukan Kelantan. Ekoran insiden tersebut, FAM tak perlulah dok kalut kan. Masih dalam kawalan....

Read More

07 October 2009

Aksi Empat Penjuru : Malaysia Tempat Kedua

7.10.09 0
Skuad Harimau Muda - Pelapis Negara

Sedih tengok aksi Skuad Harimau Muda semalam. Teruk sangat pengomen rasakan. Tapi heran plak macam mana suratkhabar hari ni boleh tak kutuk pulak? Pujian pula dihamburkan walaupun anak buah Ong Kim Swee nyata goyah pada pertemuan dengan Laos itu. Boleh dikatakan permainan banyak dikuasai oleh Laos (tempat sendiri kot...). Gerakan yang Laos rencanakan juga cepat, tepat dan cantik serta mereka berjaya menggusarkan pertahanan pasukan bawah 20 tahun kebangsaan kita.

Perlawanan siri persahabatan

Aksi hebat semasa siri jelajah nyata tidak menjadi semalam. Hantaran kurang tepat dan gerakan seperti biasa lambat dan mudah dibaca lawan. Pengomen yg tengok dengan mood baik (lepas makan...perut kenyang.....haha) pun jadi celaru. Rasa mcm nak masuk dalam tv jer...

Penulis akui, pemain Malaysia sudah berjuang dengan sehabis daya. Namun kekurangan fokus dan konsentrasi nyata menjadi penghalang. Tindakan Ong Kim Swee yang banyak protes terhadap pengadil juga memberikan tekanan buat pemain. Sampaikan pengomen nampak Kapten dan Penjaga Gol dok tolak-menolak seperti mahu bergaduh. Tindakan tersebut penulis dapat andaikan seperti tidak ada sefahaman yang sepatutnya dalam pasukan tersebut. Aksi kelam kabut menyerap asakan lawan juga menampakkan kelemahan Malaysia. Nyata tugas jurulatih Laos cukup mudah dengan mangaturkan pemainnya agar sentiasa bergerak dari posisi sayap kiri dan kanan diselang-selikan dengan gerakan hantaran panjang (cukup tepat) dari tengah. Kawalan udara dalam kawasan Malaysia seolah-olah berjaya dikawal sepenuhnya oleh aksi bersemangat Laos.

Meraikan kejuaraan Liga Perdana

Barisan serangan juga tampak sedikit bersifat tamak dan gagal membantu rakan sepasukan. Ketika menyerang barisan serangan gagal bergerak dengan pantas. Hantaran juga gagal menemui rakan dan berjaya dikawal oleh lawan. Contohilah Didier Drogba, walaupun beliau menghadapi saingan sengit dalam perebutan posisi penyerang Chelsea, namun sikap terpuji beliau membantu rakan penyerang sangat dibanggakan. Seseorang penyerang bukan sahaja berfungsi sebagai pencetak gol kerana permainan bolasepak adalah perlawanan berpasukan.

Malaysia ketinggalan 1-0 setelah gerakan cantik Laos disempunakan oleh pemain gantiannya. Pengomen mula rasa resah, seolah-olah tiada harapan lagi buat Malaysia. Namun gol pendahuluan Laos dibayar tunai dalam masa nyata 2 minit kemudian menerusi gol tandukan Muslim (kapten) setelah menerima hantaran daripada sepakan percuma. Malaysia mendapat keyakinan semula dan berusaha sedaya upaya untuk mengasak lawan. Kedudukan kekal sehingga tamat masa perlawanan.

Malaysia seri 1-1 dengan Laos.

Daripada pengamatan pengomen, Laos sudah mula mempamerkan peningkatan. Mereka anak muda yang cuba memulihkan imej bolasepak Laos yang pasa suatu ketika dahulu merupakan pasukan belasahan di Asean. Tidak mustahil bolasepak Laos akan meningkat dan Malaysia seharusnya berhati-hati dengan ancaman mereka di kemudian hari.

Read More

06 October 2009

Aurat Wanita?

6.10.09 0
Sedih tgk pemakaian perempuan/wanita/gadis zaman sekarang. Sampaikan nampak mcm betul2 tak cukup kain sesangat. Adusss...

Yela, ada sorang artis tu memang kat nama pun ada letak perkataan 'Islam' tapi pakaiannya membuatkan pengomen mengucap panjang. Subhanallah. Jgn ada yang sebut Alhamdulillah dah la. hehe...

Pakaian kurang kat sana, kureng kat sinun, dan mcm2 mcm lg la. Pengomen pun jd heran. Diorang ni tak malu ke berpakaian camtu. Nak tunjuk kat sapa? Kesian la gak kat Malaikat sebelah kiri tu nak catit amalan buruk korang tu. Sedar la sikit!

Sebelum ni pengomen ada baca kat artikel sorang sahabat blogger, berkenaan pakaian wanita-wanita Islam ni lah. Pakai cam baik, ada tudung tapi baju nipis sampai nampak pakaian dalam. Pastu pakai blaus kot namanya, tapi ada plak skirt pendek menghiasi kat luar 2. Apa kejadah pesen namanya tu?

Nampaknya ramai yg masih tak tau batasan aurat wanita dan hukum-hukumnya ni. Kena la pi blajar fardu Ain smula. Jangan malu-malu dan segan. Anda yang berpakaian tak senonoh tu sememangnya layak mengikuti kelas tersebut.

Bila timbul kes rogol korang salahkan lelaki, tapi yang nyata korang memang sengaja mengumpan lelaki untuk menjadi peROGOL. Ntah2 pempuan sebegini sebenarnya yang syok sendiri mahupun dalam ayat lain 'GILA SEKS'! Tak gitu ker?????

p/s: apa pendapat korang?

Read More

05 October 2009

Malang Buat Indon

5.10.09 3
Tu la.. Busuk hati sangat. Sebab tu la Allah S.W.T. turunkan bala kepada mereka yang nyata busuk hati dan terlalu naif. Rakyat Malaysia diugut dengan buluh runcing bagi menunjukkan mereka begitu marah dan geram dengan negara kita Malaysia. Mereka menuduh Malaysia mencuri lagu dan budayanya. Apa ada pada nilai yang mereka pertahankan tu berbanding dengan nyawa orang seagamanya.

Sememangnya "pasukan bendera merah putih" tersebut belum melakukan perkara yang dimaksudkan. Namun kata-kata ugutan yang dihebahkan nyata sedikit sebanyak mengancam kedudukan rakyat Malaysia di Indonesia. Gerakan "ganyang" Malaysia nyata semakin berkembang. Cuma ia tidak disiarkan media agar perkara ini reda dengan aman.

Mereka sememangnya tidak sedar diri dan terlalu mengecilkan kita, Malaysia. Tindakan mereka membakar jalur gemilang nyata sudah melampau. Tapi apa tindakan kerajaan Malaysia? Hanya berdiam diri. Kerajaan Malaysia seharusnya lebih tegas. Tindakan segera perlu diambil. Sewajarnya badan-badan korporat, swasta, dan lain-lain agensi juga turut sama berganding bahu memulaukan Indon!!!. Berhenti siarkan lagu mahupun filem/drama Indon sebagai tanda protes terhadap kerajaan Indonesia yang nyata tidak mengambil tindakan terhadap perusuhnya yang membakar bendera negara kita.

Apa nak ditakutkan, banyak lagi lagu, filem dan drama tempatan yang menunggu untuk disiarkan. Buat apa nak habiskan duit untuk drama Indon Melampau ni.

Gempa bumi yang melanda Indonesia, negara kita juga yang bertungkus-lumus menghantar bantuan. Namun ia langsung tidak dihargai sebahagian rakyatnya yang pula bertungkus lumus merusuh untuk 'menghukum' rakyat Malaysia. Tak payah dok kalut nak tolong. Mereka sememangnya tak kenang budi. Ramai yang mengatakan Malaysia seolah-olah melepaskan anjing yang tersepit. Biar jer diorang terkepit. Kalau boleh biar kena kepit dengan kepala keretapi!.

Read More

Kelantan Mengekalkan Rekod Tanpa Kalah

5.10.09 0
Rekod tanpa kalah Kelantan kekal sepanjang saingan Piala Malaysia. Setelah memenangi kesemua 3 perlawanan awal, Kelantan sudah sebelah kaki untuk melayakkan diri kepusingan seterusnya. The Reds Warrior berjaya menundukkan lawan seperti Kedah, ATM dan Pulau Pinang dan mengekalkan rekod bersih tanpa kalah.

Lawannya sebelum ini, Kedah semakin hilang bisa apabila hanya mampu seri dan kalah dalam 2 perlawanan. Manakala ATM semakin mempamerkan semangat juang yg tinggi setelah berjaya mengikat Kedah dan Pulau Pinang.

Wira Merah kini sedang mandahului kumpulan setelah mengumpul 9 mata maksimun. Diharapkan pasukan Kelantan terus mengekalkan rentak permainan terbaik agar berjaya menjulang Piala Malaysia.

Read More

Post Top Ad

Your Ad Spot