











Siapa yang tak terkejut beruk bila dengar cerita mengatakan TIKET BAS dah habis. Siapa yang masih boleh buat muka selamba bila dapat info tiket KERETAPI sebanyak 20,000 keping juga dah habis dijual? Mungkin bagi orang yang balik kampung dengan kenderaan sendiri tak kisah. Tak kiralah naik kereta ke, motosikal ke, kalu mampu dengan BASIKAL pun tak kisah, asalkan sampai kan... Bagi yang pulang ke kampung dengan menaiki kenderaan sendiri pasti akan menikmati keseronokkan pulang beraya dengan penuh celaru apabila terpaksa menempuhi jalan yang jem tahap melampau dan kepadatan kenderaan di jalan nanti. Pengalaman aku, pernah dari Kelantan ke KL dengan perjalanan selama 15 jam. Kebiasaannya hanya dalam 6-7 jam. Dari KL ke Kelantan pula aku bertolak sehari sebelum raya, jam 5.30 petang dan sampai kat kampung jam 8.30 pagi (time tu dah dok takbir raya.. sedeyy).



More RAMADHAN graphics

EPL telah memulakan saingannya. Kelab elit EPL memulakan rentak dengan baik. Man Utd menang 1-0 keatas Birmingham, Arsenal membelasah Everton 6-1, manakala Chelsea menundukkan Hull 2-1 melalui kecemerlangan Drogba. Namun demikian nasib malang buat Liverpool apabila kalah 2-1 kepada Tottenham.
Bagi Man Utd dan Chelsea pula, kelibat Rooney dan Drogba nyata amat ditagih sedangkan beberpa tonggak serangan lain nampak tumpul dan sukar untuk membantu pasukan. Dengan Berbatov yang lemah, Owen pula gagal menemui sentuhannya lagi buat pasukan barunya.

Apa itu H1N1?
Viral novel influenza type A H1N1. Ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yang lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.
Jangka Hayat Virus
Oleh kerana ia adalah viurs yang air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja . Jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host (badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yang baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.
Apa Yang Anda Perlu Tahu
Asal virus ini .
Sebenarnya telah terdapat outbrake ini di US sebelum terjadi outbrake di mexico tetapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetusla outbrake di mexico.
Virologi Virus H1N1
Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari. Ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkiti pesakit . Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat - lewatnya hari ke - 4 . H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.
Cara Serangan
Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan . Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS) . Pada peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' . Jika t idak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru - paru dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' dan ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi .
Simptom - Simpton
Day 1-Rasa kurang sihat, tak bermaya
Day 2-Selsema, batuk dan demam yang kekal (demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)
Day 3-Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Day 4-Sakit dada yg teruk, jumpa doktor dengan segera
Day 5 and > Lung collapse @ koma
Langkah - Langkah Kawalan
1. Golongan - golongan yang berisiko, elakakan daripada kesesakan (kawasan yang padat dengan orang ramai)
2. Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
3. Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'
4. Jika kurang sihat, elakan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
5. Jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang - kurangnya 3 ply mask)
6. Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.
7. Jika ada tanda - tanda simptom di atas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8. Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.
9. Tak perlu ambil anti-viral @ apa - apa ubat influenza!!!!!!!!!!. Jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kepada vaksin @ ubat - ubat untuk merawat jika terkena jangkitan.Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubat - ubat tersebut terlebih awal.
10. Vaksin hanya akan 'wujud' seawal - awalnya pada Oktober dan hanya untuk 'frontliner' sahaja dan untuk orang awam selewat - lewatnya pada 2010.
11. Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di Malaysia. Ia mengambil masa 6 jam untuk run test kepada 1 batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama - sama menghadapi outbrake ini. Sama -samalah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.
Amin.
Ini Adalah Sumber Dari Taklimat H1N1 Oleh Pengarah Kawalan Penyakit Berjangkit Dari Kementerian Kesihatan Malaysia Di Pan Pacific KLIA Pada 01.08.2009.
Petikan Daripada Email

Isu ketiadaan gula lani semakin panas. Dasat.. Saban tahun kes takde gula tetap ada. Macam isu wajib dah jadiknya. Apakah tindakan pihak yang berkenaan? Dah banyak kali kes serupa berulang tapi tiada tindakan yang sepatutnya dilakukan.
Sekarang banyak kan kes bomoh palsu/tipu/dusta/kianat/jahat dan perkataan lain yang sama maksud dengannya. Dalam paper banyak boleh kita baca tentang kes bomoh jahat ni. Tak tau la. Aku sebenarnya kurang percaya (tak sampai tahap tak percaya lagi la..) pada geng bomoh ni. Kalau sampai perasap kemenyan dan membaca mantera entah apa2 ntah mengarutnya baik xyah la.





Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam satu kenyataan semalam berkata, wanita obes itu meninggal dunia pada 5 Ogos lalu selepas mendapatkan rawatan di Hospital Ranau pada 1 Ogos setelah mengalami demam dan batuk selama empat hari.
Sementara itu, warga emas terbabit yang juga penghidap jantung kronik meninggal dunia pada 6 Ogos lalu, tiga hari selepas mendapatkan rawatan susulan di hospital yang sama.
Lelaki itu dikatakan baru mengalami demam sehari dan berdepan dengan kesukaran bernafas sejak sebulan lalu. - Kosmo! Online


