Tahniah diucapkan buat pasukan bolasepak kebangsaan. Walaupun gagal memberikan hadiah kelayakan ke Piala Asia, namun prestasi dan semangat juang yang dipamerkan adalah boleh rakyat kita banggakan. Kekalahan perit kepada UAE 5-0 pada perlawanan awal nyata tidak mematahkan semangat juang Harimau Malaya. Pada perlawanan kedua dengan Uzbekistan di tempat lawan Malaysia kalah dengan keputusan 3-1. Niat untuk membalas dendam diatas kekalahan itu pada perlawanan timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil turut tidak kesampaian apabila Harimau Malaya sekali lagi akur dengan kekalahan 3-1 juga. Ia terus memadamkan harapan Malaysia untuk bersaing di Piala Asia.
Pengalaman dan Pengajaran
Deretan perlawanan persahabatan dan perlawanan kempen kelayakan Piala Asia boleh dijadikan sebagai pengalaman dan pengajaran berguna untuk membentuk skuad kebangsaan yang mantap. Penulis sangat-sangat berharap agar Rajagopal mengadunkan dengan sebaiknya skuad senior dan bawah 23 tahun agar pasukan yang benar-benar mantap muncul. Jika hanya disandarkan kepada skuad bawah 23, ianya tersangatlah sukar sekali. Sememangnya niat untuk membentuk skuad muda bagi jangka masa yang panjang tersangatlah baik. Namun selama mana jurulatih tersebut dapat bertahan? Jika bertukar jurulatih maka lainlah pula rencahnya. Skuad muda yang sedia ada akan dirombak kembali dan hanya tinggal saki bakinya sahaja.
Jadi tidak salah rasanya andai campuran pasukan senior dan bawah 23 disatukan. Pengalaman yang ada bakal dicurahkan kepada mereka.
Tahniah juga buat pasukan Malaysia. Kerana ranking FIFA yang terkini menunjukkan Malaysia meningkat naik dua anak tangga ke ranking 150 dunia. Malaysia masih lagi jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara serantau yang lain. Thailand naik 5 anak tangga ke kedudukan 110 dunia manakalan Singapura melonjak 8 tangga ke kedudukan 119 diikuti Indonesia 129, Vietnam 134 dan Myammar 140.

No comments:
Post a Comment