Penyesalan Berpanjangan.... - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

12 November 2009

Penyesalan Berpanjangan....

Maafkan saya - Zamri




"MAAFKAN saya, malam itu bukan malam saya."

Itu pengakuan pemain pertahanan Kelantan, Zamri Ramli, 19, (gambar) yang dikaitkan sebagai punca kekalahan Kelantan kepada Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009, Sabtu lalu.

Pemain muda berbakat ini terpaksa mengharungi detik sukar kini kerana dicemuh peminat sendiri yang mendakwa ketiga-tiga gol Negeri Sembilan berpunca daripada kesilapannya.

Baginya, perlawanan yang sepatutnya menjadi kenangan manis sepanjang kariernya itu bertukar menjadi igauan ngeri sehingga menyebabkannya kini berkira-kira untuk terus menggantung but.

Menurutnya, apa yang dikesalkannya apabila ada peminat menuduhnya menjual permainan sedangkan dia sendiri tidak pernah mengetahui mengenai rasuah.

"Saya sangat tertekan kini apabila mereka (peminat) menuduh saya mengambil rasuah sedangkan saya tidak mengetahui apa-apa pun mengenainya.

Nak Baca Lagi? Klik disini >>>

Petikan Kosmo! Online

Malang buat Zamri kerana dikatakan sedemikian kan? Namun sememangnya prestasi dia pada malam itu tersangatlah teruk. Terimalah kritikan mahupun kritikan seadanya. Jadikanlah sebagai pengajaran yang paling bermakna dalam hidup anda. Penulis faham, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hakikatnya anda telah menjadi pemain bolasepak yang memiliki peminat fanatik. Kena faham-fahamla yer.

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot