Zaman Gelap MSL Akan Berterusan - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

27 October 2009

Zaman Gelap MSL Akan Berterusan

Penulis rasa agak terkilan apabila saingan Piala Malaysia langsung tidak mendapat liputan yang sepatutnya. Apatah lagi apabila pasukan pilihan seperti Selangor (seolah-olah penganjur) tersingkir dari saingan. Zaman kegelapan liga Malaysia akan berterusan jika perkara sebegini berlarutan. FAM nyata sudah gagal, siapa lagi nak disalahkan?

Peminat?

Penaja?

Kerajaan?

atau.....Penyiar Rasmi LIGA MALAYSIA????

Jika peminat disalahkan, kita sendiri pun takkan nak buang masa pergi tengok perlawanan yang sudah tentunya pasukan pilihan kita akan kalah kan? Jika ada siaran langsung, pastinya peminat akan mula mendalami hal pasukan mereka. Mungkin akan lebih mengenali dari jauh dahulu sebelum ke stadium. Ni tak setahun hanya sekali jer pasukan tertentu ada kat kaca tv. Dasaaaaatttt.....!

Penaja, kelemahan mencari penaja juga nampaknya semakin ketara. Samada di peringkat pusat mahupun persatuan/kelab negeri masing-masing. Penajaan kurang menyebabkan pasukan mengalami masalah ekonomi. Kekurangan sumber ini juga boleh menjadi punca putus asa mahupun lemah semangat (yela..bila main gaji tak masyuk....). Cuba contohi pasukan Kelantan. Peranan pemimpin negeri memainkan peranan yang sepatutnya. Bukan hanya bercakap saja. Bukan niat nak puji Kelantan jer, Selangor pon bagus jugak....

Kerajaan, sentiasa terbuka. Namun usul sebelum ini agar pengecualian cukai dilaksanakan kepada mana-mana penaja yang sudi menaja persatuan/kelab bolasepak ni masih gagal mendapat perhatian kerajaan. Tambahan pula takde pun disebut dalam pembentangan bajet yang lepas.

Penulis sememangnya nak bedal RTM. RTM seolah-olah hanya goyang kaki semata. Tunggu buah yang gugur datang bergolek ke kakinya sahaja. RTM, bgai penulis telah gagal sepanjang mereka menjadi hos penyiar rasmi LIGA MALAYSIA. Tidak seperti zaman TV3 dahulu. Liga Malaysia nyata meriah dengan pelbagai promo. Sahkan nak harapkan siaran langsung 2 kali seminggu, iklan pun jarang-jarang keluar kat kaca televisyen (ada ke????).

Yer...ada iklan dok nyayi lagu liga Malaysia, namun apa yang penulis tekankan adalah promo berkenaan mana-mana pasukan yang akan berentap. Sekurang-kurangnya panaslah sikit telinga dan hati sesiapa yang berkenaan dan mereka akan turut sama memeriahkan stadium bagi menyokong pasukan mereka.

RTM selaku hos penyiar juga gagal memanfaatkan fungsinya sebagai saluran rasmi yang benar-benar konsisten dan matang. Kerana ada pengulas sukannya nampak sangat berat sebelah. Bila la bolasepak kita nak maju. Jika RTM sudah tak mampu, apa kata lepaskan saja 'hak' mereka tu. Dulu dengki dengan orang, tapi hakikatnya sememanganya RTM tak mampu. Tak mampu! Dan memang tak mampu!

Kajian semula hak penyiar liga Malaysia sepatutnya dijalankan. Penulis syorkan Media Prima diberi ruang untuk menyiarkan Liga Malaysia. Senang cerita, penulis sukakan penyiraran Liga M era TV3 yang menjadi penyiar rasmi.

Apa kata korang???

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot