Segelintir penyokong Kelantan masih lagi dibawah tahap kesedaran yang sebenar. Kes mercun masih lagi banyak dilontarkan, acara kutuk-mengutuk sering saja menghangatkan aksi luar padang. Pa nak jadi la...
Kes kat Kota Bharu dulu masih lagi berparut luka. Namun penyokong Kelantan yang ' tersumbat ni' masih tetap berdegil nak tunjuk power. Apa barang setakat ko yang sesaja cari nahas tapi orang lain yang kena tanggung jugak. Bahalollll namanya tuh...
Sedarlah, kita tengah tengok bola, bukannya gusti mahupun muay thai. Tau la pengadil tu berat sebelah ke, pemain lawan main jahat ker, setakat kutuk tu ok lagi, sampai tahap nak merusuh tu memang melampau la. Orang lain nak tengok bola pun rasa tak selesa.
Namun demikian pujian tahap melampau penulis nak sampaikan kepada semua peminat Kelantan. Kerana anda sememangnya peminat yang TOP!. Bolasepak Malaysia akan kembali menyinar jika semua peminat bola kat Malaysia ni terus menyokong pasukan mereka tak kira masa macam kat Kelantan. Sememangnya Malaysia perlukan penyokong yang FANATIK untuk mengahangatkan suasana bolasepak negara.
FANATIK?
Biarlah berpada-pada yer...
GOMO LAGI KELATE!!!


No comments:
Post a Comment