"Pada saingan Piala Malaysia musim ini banyak pasukan yang mahu menarik diri kerana kekangan kewangan dan saya percaya masalah sedemikian akan terus berulang setiap tahun.
"Justeru, langkah penyelesaian perlu diperkenalkan kerajaan dan sudah tiba masanya syarikat-syarikat besar yang menjadi penaja sesebuah pasukan itu tidak perlu melunaskan cukai kepada kerajaan atas apa yang mereka laburkan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang kawasan Larut di Batu Kurau, Taiping semalam.
Isu bolasepak Malaysia tidak seharusnya kerajaan pandang remeh lagi. Ianya merupakan sukan paling popular di seluruh pelusuk dunia sekarang. Jika kerajaan berlumba-lumba mahu mempromosikan 1MF1 Team, kerajaan juga tidak boleh buat-buat tak nampak dengan arena bolasepak tanah air juga. Pentas saingan Piala Asia, Piala Dunia sangat-sangat membantu mempromosikan negara. Peluang akan ada jika kerjasama dari semua pihak dapat digerakkan.
Penajaan pasukan bolasepak di Malaysia dapat membantu pasukan terbabit dari segi kewangan dan sebagainya. Sekarang isu gaji tertunggak, pasukan gagal menjelaskan EPF dan lain-lain semakin ketara. Jika sesebuah kelab/persatuan mendapat penajaan isu sedemikian pasti dapat diatasi.
Had bajet juga perlu dikawal agar sesebuah pasukan tidak terlalu boros untuk berbelanja. Ini kerana ada sesetengah pasukan yang 'menggila' mengejar pemain berstatus bintang agar pasukan mereka berjaya memenagi liga @ piala. Namun tindakan sedemikian hanya merosakkan reputasi kewangan pasukan. Malahan ada pasukan yang terpaksa menarik diri kerana muflis. Contohnya seperti MPPJ Selangor dan kini pasukan Sarawak pula mengalami nasib yang sama.
Syarikat swasta sekarang tidak suka menghabiskan wang mereka untuk dibazirkan oleh pasukan bolasepak. Ini kerana mereka tetap juga kena bayar cukai kan.. Jika tiada cukai, semestinya banyak syarikat swasta bakal tampil membuat penajaan.
Semoga cadangan DS Raja Ahmad Zainuddin diterima oleh pihak yang terlibat...

No comments:
Post a Comment