Hanya Tuhan Saja Yang Tahu - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

08 October 2009

Hanya Tuhan Saja Yang Tahu

Salam Perpaduan

Tragedi di Indonesia seolah-olah satu bala yang sangat besar bagi rakyatnya. Pencabulan tehadap agama Islam semakin berleluasa. Kebebasan beragama juga nampaknya semakin ketara. Tanpa ada tindakan undang-undang (syariah) yang tegas, kerajaan Indonesia nampaknya gagal untuk mendidik rakyatnya ke jalan yang betul.

Perkahwinan campur di Malaysia sememangnya tidak asing lagi kan. Cuma beza bangsa namun agama kenalah sama. Islam dengan Islam, yang beragama lain tidak boleh mengahwini individu yang beragama Islam. Kecuali setelah memeluk agama Islam dengan sepenuh rela hati dan keinsafan. Namun lain yang jadinya di Indonesia. Kontroversi saja yang bingit namun kejadian tetap berlaku tanpa ada apa-apa hukuman yang sewajarnya. Contohnya perkahwinan salah seorang artis ternama Indon yang beragama Islam dengan suaminya yang beragama Kristian nyata tiada siapa yang boleh menyanggahnya.

Memalukan, apabila si wanitanya itu masih tetap berpuasa ketika menyambut Ramadhan yang lepas dan si suaminya (mengikut agama Islam tidak sah) pula berkata kepada media dia menghormati isterinya yang sedang berpuasa walaupun dia bukannya beragama Islam.

Aib dan sangat mengaibkan.

Mungkin banyak kejadian laknat yang terjadi di muka bumi Indonesia ini. Sehinggakan kejadian alam tidak putus-putus menghukum mereka (itu yang penulis gambarkan...). Jika diambil kira dari segi teori sains dan geologi, kejadian yang berlaku adalah kerana Indonesia terletak di kawasan mukabumi berisiko gunung berapi dan gempa bumi. Namun hanya Allah S.W.T. yang maha mengetahui. Renungkanlah ketika ummat nabi terdahulu yang ingkar dan terus melakukan perkara mungkar, maka hukuman Allah S.W.T. adalah dengan menterbalikkan muka bumi dan mereka tenggelam ke perut bumi hidup-hidup.

Hanya tuhan saja yang tahu....

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot