Gelombang Ikan Duri Di Bachok, Kelantan - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

09 October 2009

Gelombang Ikan Duri Di Bachok, Kelantan

Memang pelik apabila ribuan ikan duri muncul kat Bachok, Kelantan. Sehinggakan nelayan kat situ mampu membawa hasil tangkapan hampir 5000 kg. Biasanya dalam 1000 kg sahaja. Kata nelayan tersebut ia adalah rezeki bagi mereka. Namun kena hati-hati juga. Semoga kita dijauhi dari sebarang malapetaka.

Jabatan Meteorologi Wilayah Timur memaklumkan bahawa fenomena tkemunculan ribuan ikan dari dasar laut terjadi berikutan kejadian bencana alam di kawasan asalnya. Ikan akan mencari kawasan yang lebih selamat.

"Biasanya haiwan seperti ikan laut ini mempunyai ketajaman deria yang kuat dan sensitif dan setiap kali berlaku bencana alam seperti gempa bumi dan seumpamanya, ia berkumpul dan timbul di sesuatu kawasan yang sama dalam kuantiti yang luar biasa banyaknya," katanya kepada Bernama di Jerteh hari ini.

Jika benar ikan tersebut mencari kawasan yang selamat untuk berlindung, maka perairan Bachok dan kawasan sekitarnya di Kelantan adalah selamat la kan. Begitulah hendaknya. Insyaallah...

Sumber : MalaysiaKini

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot