Sedih tengok aksi Skuad Harimau Muda semalam. Teruk sangat pengomen rasakan. Tapi heran plak macam mana suratkhabar hari ni boleh tak kutuk pulak? Pujian pula dihamburkan walaupun anak buah Ong Kim Swee nyata goyah pada pertemuan dengan Laos itu. Boleh dikatakan permainan banyak dikuasai oleh Laos (tempat sendiri kot...). Gerakan yang Laos rencanakan juga cepat, tepat dan cantik serta mereka berjaya menggusarkan pertahanan pasukan bawah 20 tahun kebangsaan kita.
Aksi hebat semasa siri jelajah nyata tidak menjadi semalam. Hantaran kurang tepat dan gerakan seperti biasa lambat dan mudah dibaca lawan. Pengomen yg tengok dengan mood baik (lepas makan...perut kenyang.....haha) pun jadi celaru. Rasa mcm nak masuk dalam tv jer...
Penulis akui, pemain Malaysia sudah berjuang dengan sehabis daya. Namun kekurangan fokus dan konsentrasi nyata menjadi penghalang. Tindakan Ong Kim Swee yang banyak protes terhadap pengadil juga memberikan tekanan buat pemain. Sampaikan pengomen nampak Kapten dan Penjaga Gol dok tolak-menolak seperti mahu bergaduh. Tindakan tersebut penulis dapat andaikan seperti tidak ada sefahaman yang sepatutnya dalam pasukan tersebut. Aksi kelam kabut menyerap asakan lawan juga menampakkan kelemahan Malaysia. Nyata tugas jurulatih Laos cukup mudah dengan mangaturkan pemainnya agar sentiasa bergerak dari posisi sayap kiri dan kanan diselang-selikan dengan gerakan hantaran panjang (cukup tepat) dari tengah. Kawalan udara dalam kawasan Malaysia seolah-olah berjaya dikawal sepenuhnya oleh aksi bersemangat Laos.
Barisan serangan juga tampak sedikit bersifat tamak dan gagal membantu rakan sepasukan. Ketika menyerang barisan serangan gagal bergerak dengan pantas. Hantaran juga gagal menemui rakan dan berjaya dikawal oleh lawan. Contohilah Didier Drogba, walaupun beliau menghadapi saingan sengit dalam perebutan posisi penyerang Chelsea, namun sikap terpuji beliau membantu rakan penyerang sangat dibanggakan. Seseorang penyerang bukan sahaja berfungsi sebagai pencetak gol kerana permainan bolasepak adalah perlawanan berpasukan.
Malaysia ketinggalan 1-0 setelah gerakan cantik Laos disempunakan oleh pemain gantiannya. Pengomen mula rasa resah, seolah-olah tiada harapan lagi buat Malaysia. Namun gol pendahuluan Laos dibayar tunai dalam masa nyata 2 minit kemudian menerusi gol tandukan Muslim (kapten) setelah menerima hantaran daripada sepakan percuma. Malaysia mendapat keyakinan semula dan berusaha sedaya upaya untuk mengasak lawan. Kedudukan kekal sehingga tamat masa perlawanan.
Malaysia seri 1-1 dengan Laos.
Daripada pengamatan pengomen, Laos sudah mula mempamerkan peningkatan. Mereka anak muda yang cuba memulihkan imej bolasepak Laos yang pasa suatu ketika dahulu merupakan pasukan belasahan di Asean. Tidak mustahil bolasepak Laos akan meningkat dan Malaysia seharusnya berhati-hati dengan ancaman mereka di kemudian hari.

No comments:
Post a Comment