Lawak jugak baca paper Kosmo! hari ni. Selain itu ia turut memalukan dan mengaibkan kita sesama seagama. Dasat kan, alasan tak puasa kerana "lupa niat puasa..". Takkan la boleh lupa. Kalau memang jenis pelupa niatlah terus untuk sebulan. Ni tak, sampai kena serbu baru reti malu. Semalam JAWI ada mengadakan operasi utk membasmi mereka yang tak posa ni. Kira-kira 15 orang ditahan termasuk seorang wanita. Ai..wanita ada jugak. Apa alasan tu, datang bulan ke? Kalau memang datang bulan pon tapi kena la jaga makan minum tu. Makan ditempat yang sesuai dan bukannya dikhalayak ramai.

Kat post ni penulis dah lampirkan Niat Puasa. Tak pueh hati korang search la kat dlm internet. Berlambak-lambak ada.

Setan dah belah, tapi nafsu plak tak bleh blah....


No comments:
Post a Comment