Harga minyak naik pulak kan? Camne tu. Tengah zaman ekonomi tak berapa stabil ni, kita semua diduga dengan 1 kekangan kewangan lagi. Minyak? Tak berduit maka tak berminyak la kereta & motor tu. RON 97 yang biasa kita gunakan kini naik harga kepada RM2.05 seliter. Biasanya RM1.80 seliter. Bezanya adalah RM0.25. Banyak tu...
Kerajaan menyarankan agar pengguna menggunakan minyak jenis RON 95 sebagai ganti. Dulu ada RON 92, tetapi penggunaannya sangatlah kurang maka telah ditamatkan penjualannya. RON 95 yang pada mulanya dijual RM1.75 pertengahan Mei lalu kini dijual dengan harga RM1.80. Sama dengan harga RON 97 pada sebelum kenaikan. Memadai ke pengguna nak pilih RON 95 jika prestasinya tidak memberangsangkan. Ada kawan penulis mengatakan RON 95 menyebabkan prestasi kereta tidak ok. Menyebabkan bunyi enjin ketara. Tak tahulah sejauh mana kebenarannya tu sebab penulis sendiri tak pernah cuba.
Minggu ni kereta penulis masih lagi boleh bernafas dengan RON 97. Penulis sendiri tidak sangka pada 1 September lepas kerajaan akan naikkan harga minyak. Jadi pada 31 Ogos tu penulis dah terisi penuh tangki kereta tu. hehe.. Rezeki lagi tu...
Dalam hati kecut jugak nak gunakan minyak RON 95. Takut 'membahayakan nyawa' kereta. Tapi tak cuba maka tak tahu kan. Insyaallah, tak de hal la punya. Berpuluh-puluh saintis dah buat kajian. Jika ada rungutan terus kita laporkan jela. Bagi pihak yang 'terbabit' jangan sesekali menyembunyikan aduan pengguna.
p/s: jangan sampai pengguna naik minyak....

No comments:
Post a Comment