
Semalam kita menyambut hari kemerdekaan negara kita yang ke-52. Walau bagaimanapun majlis tetap juga dilangsungkan dlm bulan Ramadhan ini, namun ia mampu berjalan dengan penuh semangat. Penulis je yang tak semangat, tidoooo jer... haha..
Tapi penulis tetap menyambutnya kat rumah. Tgk dlm tv jer. Lagipun kita menyokong utk tak berhimpun tempat org ramai bagi mengurangkan risiko H1N1... (alasannn...). Setiap negeri ada membuat majlis sambutan masing-masing selain yang dilangsungkan kat dataran Parlimen.
Bila kita sebut perkataan Merdeka, penulis sedikit terkilan apabila ada yang masih terkial-kial mencari makna merdeka. Sahkan nak cari makna, tapi perlakuannya juga masih menunjukkan belum merdeka. Bila buka jer berita (tak kisah la mana-mana saluran) ada jer isu remaja, belia, yang dewasa mahupun yang tua bangka lupa diri dan terus hanyut di malam ambang merdeka. Subhanallah...
Mat rempit pula berleluasa mempamerkan lagak masing-masing. Seolah-olah merekalah hero yang sanggup jihad dimalam merdeka. Apa kata korang join jer askar ke, polis ke, bomba takpun. Boleh jugak korang sumbangkan nyawa korang tu dijalan yang baik lagi mulia. Ni tak, terus mati katak. Takde pekdah langsung.
Negara kita dah merdeka, biarlah minda dan perilaku kita juga merdeka. Bebaskanlah dirimu dari perkara-perkara jahanam. Jauhilah perkara-perkara mungkar. Insaflah.. Janganlah jadikan dirimu sebagai satu titisan hitam yang mahu menghancurkan keharmonian negara. Bak kata PM (aku dah rojakkan dengan bahasa aku utk lebih kefahaman), "jambatan yang kita bina ini mengambil masa yang lama utk siap dibina, penuh ranjau dan kesukaran masa pembinaannya. Janganlah kita mudah terpedaya dengan fitnah dan anasir jahat yang berkepentingan individu utk menghancurkan jambatan yang sedia ada...".. haaaa.. tak faham jugak? haha.. Penulis blah dulu.. Dah jauh merapu ni..... =)


No comments:
Post a Comment