Januari 2010, Malaysia bakal menerima kapal selam kedua iaitu KD Tun Razak jika tiada apa-apa masalah semasa pengujian dan latihan krewnya yg sekarang ini sedang dijalankan di Sepanyol. Ia dijangka tiba di Malaysia dua bulan kemudian. Sekarang ini Malaysia sudah menerima KD Tunku Abdul Rahman yang selamat tiba pada bebaru ni. Kira ok la. Pertahan Malaysia semakin seimbang tak kira di darat mahupun laut.
Pada pendapat penulis, negara kita bukannya mahu menandingi kekuatan tentera negara jiran seperti Indonesia mahupun Singapura malahan cuma mahu menjaga kepentingan perairan negara sahaja jika berlaku sebarang kemungkinan. Tidaklah kita berputih mata apabila perairan negara dikuasai oleh kapal selam musuh kelak.
Ketika ini Indonesia juga memiliki kapal selam, begitu juga dengan Singapura. Namun demikian, penulis tertanya-tanya bilakah helikopter Nuri akan digantikan. Dengar khabar kerajaan sudah memuktamadkan pembelian helikopter baru bagi menggantikan Nuri yang sudah 'terlampau' uzur. Yela, takkanlah kita nak gunakan 'keranda terbang' tu lagi. Bahaya tu. Moral askar kita juga mungkin menurun jika terpaksa pergi berperang/ bertugas dengan menaiki helikopter tersebut. Ibarat membunuh diri sebelum berkhidmat kan....? =)

No comments:
Post a Comment