"Semua cadangan itu akan dibincangkan semula oleh wakil negeri dan kelab dan sebarang rumusan hendaklah dibentangkan pada 15 Ogos nanti. JKPT akan tentukan format baru tersebut dan selepas itu kita akan kemukakan ke Majlis FAM, barulah ia dimuktamadkan.
"Pelbagai syarat dicadangkan seperti deposit wang tunai RM500,000 untuk menyertai Liga Super, RM300,000 untuk Liga Perdana dan RM30,000 untuk Liga FAM musim depan.
"Mungkin Liga Super hanya untuk negeri saja dan Liga Perdana untuk kelab saja atau Liga Super untuk kelab yang profesional dengan pemain import dan Liga Perdana untuk pasukan negeri dengan tumpuan kepada pembangunan.
"Atau mungkin juga format sedia ada ini akan kekal tetapi pengisiannya diperkasakan dengan syarat-syarat baru.
"Selain itu, cadangan lain, setiap pasukan perlu menyelesaikan apa-apa hutang mereka sebelum 31 Oktober depan. Jika gagal, mereka tak dibenarkan beraksi musim depan," katanya pada sidang media semalam.- Petikan Kosmo! Online
Berkenaan perkara diatas nampaknya ada rasional juga perubahan format liga tahun depan. Ini kerana banyak pasukan yang masih berhutang dan terpaksa berhutang untuk meneruskan saingan liga. Deposit yang dikenakan juga berpatutan. Kenapa setiap pasukan/persatuan tidak diberikan bajet/pinjaman untuk mereka mengadakan asset bagi pasukan mereka seperti pusat membeli-belah, lot-lot kedai untuk disewa dan sebagainya. Sekurang-kurangnya ada juga pendapatan bagi persatuan/kelab tersebut setiap bulan.
Lot Kedai Untuk Disewa : Gambar Hiasan
Jadikan industri bolasepak sebagai landasan untuk berbisnes dan pastikan semua pemain atau pihak pengurusan tinggal di kediaman yang disewa dpd pihak persatuan atau kelab. Boleh la tambah pendapatan persatuan tu sikit kan.
Berkenaan kemasukan semula pemain import pun ok jugak. Kita perlulah berusaha untuk pasarkan liga kita. Bukan hanya takat muat semata. Apa kata cadangan pemain import ditetapkan kepada 6 orang maksimun. Dan setiap pasukan diwajibkan untuk mengambil 2 pemain import daripada negara Asean dan 2 lagi dari mana-mana negara Asia. Selebihnya 2 orang lagi mestilah pemain import dari negara luar dengan syarat pemain tersebut bermain untuk negaranya atau beraksi untuk Liga Utama negaranya.
Marlon pernah menggegarkan Liga Malaysia
Contohnya macam pemain import Kedah dulu, Marlon Alex James adalah pemain utama pasukan kebangsaan negaranya St. Vincent and the Grenadines yang berada di ranking ke 153 dunia berbanding Malaysia di ranking 157 dunia.
Setiap pasukan juga ditetapkan syarat untuk mengikat kontrak pemainnya selama 2 tahun dan kelab/persatuan ada hak untuk membatalkan kontrak pemain tersebut jika prestasinya tidak memuaskan. Sebagai ganti rugi kepada kelab/persatuan jika pemainnya berniat untuk berhijrah ke pasukan lain, pasukan yang berminat ke atas pemain tersebut mestilah membayar yuran perpindahan (bukan maksud jual orang tapi gantirugi). Sama macam sekarang pemain hanya ditawarkan kontrak selama setahun sahaja dan mempunyai kebebasan untuk berhijrah ke mana-mana kelab/persatuan setelah tamat musim tersebut.
Namun ia hanyalah cadangan dpd saya sahaja, camne plak dengan pendapat korang semua? Sama-samalah kita majukan sukan bolasepak negara.



No comments:
Post a Comment