Malaysia B-23 boleh anggap berjaya dalam misi perlawanan persahabatan apabila mengikat Kenya dan China tanpa jaringan, 0-0. Benteng pertahanan layak untuk dipuji dengan beberapa kali menyekat kemaraan lawan dan mampu merencanakan serangan balas bagi memburu gol.
Namun demikian pada perlawanan tersebut masalah ketumpulan penyudah masih lagi berlaku. Skuad yang baik mesti memiliki jentera serangan yang tajam dan mantap. Jika hanya mengharapkan pertahanan, moral pemain juga akan menurun.
Kenapa saya katakan begitu? Ini kerana jika pasukan dibolosi 1 gol maka moral keseluruhan pemain takkan tegar untuk terus bermain, sedangkan pada fikiran mereka, "aku pasti kalah.." kerana mereka sudah tidak yakin pada jentera serangan untuk mencari gol dan barisan depan sendiri mula makin hilang keyakinan diri. Bahagian pertahanan dan tengah pula masing-masing mula nak tunjuk hero dengan turut menyerang dan ini bermakna barisan pertahan semakin longgar dan terus longgar.
Itulah apa yang saya dapat simpulkan dengan aksi skuad kebangsaan Malaysia, tidak kiralah skuad B-15, B-18, B19, B-23 dan juga skuad senior. Jika kita mendahului dan kemudian lawan menyamakan kedudukan maka peluang untuk menang adalah 50-50.
Pada saya Malaysia perlu segera mencari kaedah untuk menghasilkan penyerang yang benar-benar berbisa. Jika keadaan ini berterusan, peluang untuk bolasepak Malaysia meningkat adalah sangat tipis dan akan terus malap dimamah ketandusan kemenangan.

No comments:
Post a Comment