Kelantan Hanya Di Tempat Ke-6 Liga Super - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

03 August 2009

Kelantan Hanya Di Tempat Ke-6 Liga Super


Tempat ke-6 boleh dikatakan berjaya la bagi skuad bolasepak Kelantan. Setelah layak ke Liga Super buat pertama kalinya dan dirundum dengan beberapa masalah dipadang mahupun kes luar padang Skuad Peter Butler seharusnya diberikan penghargaan yang sepatutnya.

Kalah kepada Johor FC 2-1 di Pasir Gudang

Tanpa sasaran yang tinggi, skuad Kelantan hampir-hampir mengejutkan peminat bolasepak di Malaysia setelah berjaya ke Final Piala FA kemudian menduduki tangga kedua Liga buat seketika.

Tahniah buat Selangor kerana muncul Juara Liga Super dan Piala FA. Juga buat penyerang yang boleh dikatakan veteran dah jugak, Nizaruddin yang muncul selaku pemenang Kasut Emas dengan koleksi golnya tahun ini sebanyak 16 gol.

FAM Tidak Konsisten

Walaupun Harimau Muda dan Pos Malaysia muncul selaku Juara Liga Perdana dan Liga FAM namun tiada jaminan langsung buat dua pasukan tersebut untuk dinaikkan taraf ke Liga Super dan Liga Perdana. Malang juga buat T-Team kerana terpaksa menunggu status pasukan Harimau Muda samada pasukan tersebut layak ke Liga Super atau tidak.

Pasukan Harimau Muda dikatakan hanya pasukan yang diberi peluang beraksi dalam Liga Perdana untuk pendedahan/latihan semasa. Tiada kena mengena dengan pasukan tersebut beraksi secara rasmi sebagai pasukan yang bertanding atau dipertandingkan. Harimau Muda dikatakan tidak layak menjulang trifi Liga Perdana mahupun menerima hadiah kemenangan mereka. Oleh kerana itu pasukan T-Team yang berada ditempat kedua liga bakal dijulang juara liga dan menerima hadiah kemenangan tersebut. Bermakna ke begitu? Takde maknanya....

"Buat masa ini, saya sendiri tidak tahu mengenai nasib pasukan kami musim depan dan situasi itu masih lagi menjadi tanda tanya," katanya ketika dihubungi semalam.

Che Ku Marzuki berkata, ada juga laporan yang mengatakan rombakan yang akan dibuat FAM bakal menghalang mereka daripada beraksi dalam kempen Liga Super musim depan.- Kosmo Online



T-Team tetap terpaksa menunggu keputusan FAM yang bertegas mahu merombak Liga Malaysia. Alasannya kerana faktor ekonomi. Namun ada kes disebalik mee ni.. Taktir kotor.

JKPT FAM menyatakan hak dan kuasa memutuskan status pasukan dalam liga berada ditangan mereka. Jadi sudah tak relevan la Liga Malaysia. Kerana bergantung kepada emosi dan pendirian masing-masing tanpa mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Sebab itulah pasukan bolasepak negara kian merana dan merosot. Tak salah rasanya kalau format lama dikekalkan dan hak kenaikan dan penurunan liga ditetapkan secara automatik kepada pasukan yang berada ditempat pertama dan kedua liga dan penurunan kepada dua pasukan tercorot.

"Mengikut peraturan pertandingan 2009, kenaikan dan penurunan pasukan akan ditentukan oleh JKPT, bukannya secara automatik.

"Jadi esok (hari ini) JKPT akan mengadakan perbincangan dengan semua wakil kelab atau negeri yang bertanding dalam Liga Malaysia bagi menentukan cadangan format untuk musim depan.

"Cadangan tersebut nanti akan kita kemukakan ke Majlis FAM untuk dipersetujui dan dimuktamadkan. Mungkin cadangan yang kita bawa esok (hari ini) lebih daripada satu," katanya ketika ditemui selepas perlawanan tersebut.- Kosmo Online


No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot