Kelantan Akan Ke Old Trafford - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

05 August 2009

Kelantan Akan Ke Old Trafford

Manchester City

Wira Merah akan berkunjung ke Old Trafford, Manchester pada 13 hingga 24 Ogos sebagai ganjaran kepada barisan pemain dan pengurusan kerana berjaya meningkatkan imej bolasepak Kelantan kembali. Seramai 35 pemain termasuk pegawai pergi dan kosnya ditanggung oleh persatuan. Manakala selebihnya adalah para peminat dan penyokong Kelantan yang turut bersama ke sana bagi bercuti bersama barisan pemain. Mereka perlu mengeluarkan bajet sendiri sepanjang lawatan.

Birmingham City

Pasukan Kelantan bukan hanya ke sana untuk bercuti malahan sempat mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Manchester City pada 18 Ogos. Jika tiada aral melintang pasukan Birmingham City juga akan bersetuju untuk bertemu pasukan Kelantan selepas perlawanan dengan pasukan Man. City. Pada perlawanan tersebut pasukan Kelantan diharap boleh menimba sedikit pengalaman dan dijadikan sebagai pendorong dan semangat untuk mengharungi perlawanan Piala Malaysia yang akan datang.

Selamat Maju Jaya Kelantan!

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot