Antara mangsa terbaru H1N1 adalah seorang warga emas dan wanita obes berumur 24 tahun berasal dari Sabah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam satu kenyataan semalam berkata, wanita obes itu meninggal dunia pada 5 Ogos lalu selepas mendapatkan rawatan di Hospital Ranau pada 1 Ogos setelah mengalami demam dan batuk selama empat hari.
Sementara itu, warga emas terbabit yang juga penghidap jantung kronik meninggal dunia pada 6 Ogos lalu, tiga hari selepas mendapatkan rawatan susulan di hospital yang sama.
Lelaki itu dikatakan baru mengalami demam sehari dan berdepan dengan kesukaran bernafas sejak sebulan lalu. - Kosmo! Online
Semua orang diharap berjaga-jaga dengan wabak tersebut. Pastikan anda mengelak ke tempat-tempat orang ramai dan jika terpaksa pergi jugak sentiasalah memakai penutup hidung dan mulut.
Kaji tarikh peperiksaan jika perlu.
Timbalan Perdana Menteri menyatakan kerajaan mempunyai pelan luar jangka jika penularan virus selsema babi terus berterusan. Beliau selaku Menteri Pelajaran akan bertindak dengan sebaiknya jika keadaan tidak mengizinkan untuk meneruskan sesi peperiksaan.
"Jika tarikh (peperiksaan sekolah kerajaan) perlu dipinda, saya sebagai menteri akan mengkaji (semua) kemungkinan. Hanya jika keadaan tidak dapat dibendung," katanya ketika ditanya berhubung perkara itu di akhir lawatan rasmi lima hari ke negara ini. - Kosmo! Online
Namun beliau berharap keadaan akan bertambah baik kerana kerajaan sedang berusaha sedaya-upaya utnuk mengatasi penularan pandemik tersebut.


No comments:
Post a Comment