Isu ketiadaan gula lani semakin panas. Dasat.. Saban tahun kes takde gula tetap ada. Macam isu wajib dah jadiknya. Apakah tindakan pihak yang berkenaan? Dah banyak kali kes serupa berulang tapi tiada tindakan yang sepatutnya dilakukan.Alhamdulillah negara kita Malaysia kaya dengan subsidinya. Subsidi minyak petrol, diesel, baja dan gula juga ada subsidinya. Harga gula di Malaysia jauh lebih murah dpd negara jiran kita. Sebab itulah banyak kes seludup keluar gula subsidi ini ke luar negara iaitu Selatan Thailand melalui Sungai Golok.
Semalam ada kes Nenek yang dituduh bersubahat dengan geng seludup barangan harian seperti gula dan minyak masak. Rumahnya dijadikan transit utk pemunggahan barangan tersebut ke Thailand berikutan rumahnya hampir dengan Sg. Golok.
Aku sendiri pun kalut dok cari gula kerana beberapa pasaraya sekitar Cheras. Letih jugak. Saban tahun kena jimat gula time cam gini. Hehe.. Last2 buat air pakai susu jer.. Dah gula xde. Tapi xkan la masakan pun nak taruk susu kan. Hahaha... Cam aritu nasib baik la pasaraya Hero ada gula. Kalu tak naya. Tu pun Hero jual terhad kepada 2kg bagi setiap pelanggannya.


No comments:
Post a Comment