EPL : Kelab Elit Memenagi Perlawanan Pertama - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

17 August 2009

EPL : Kelab Elit Memenagi Perlawanan Pertama

EPL telah memulakan saingannya. Kelab elit EPL memulakan rentak dengan baik. Man Utd menang 1-0 keatas Birmingham, Arsenal membelasah Everton 6-1, manakala Chelsea menundukkan Hull 2-1 melalui kecemerlangan Drogba. Namun demikian nasib malang buat Liverpool apabila kalah 2-1 kepada Tottenham.

Paling menarik adalah pasukan Arsenal yang membelasah Everton 6-1 walaupun tampa tonggak utama yang masing-masing telah berhijrah. Wenger terbukti masih mampu merencanakan skuadnya dengan baik. 6 gol sudah mampu membuktikan pasukan ini pasti mempunyai ruang untuk berjaya dalam EPL musim ini.

Bagi Man Utd dan Chelsea pula, kelibat Rooney dan Drogba nyata amat ditagih sedangkan beberpa tonggak serangan lain nampak tumpul dan sukar untuk membantu pasukan. Dengan Berbatov yang lemah, Owen pula gagal menemui sentuhannya lagi buat pasukan barunya.

Walau apapun, EPL baru sahaja bermula. Perjalanan masih lagi jauh. Mampukah Man City mencabar kedudukan Big 4?




*info dan gambar adalah berdasarkan sumber internet


No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot