August 2009 - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

28 August 2009

Remaja Hilang

28.8.09 0
Sesiapa saje nak ternampak wajah ni sila la hubungi keluarganya. Maklumat lanjut korang boleh dapatkan dalam akhbar Kosmo!. Dia hilang dari rumah sejak 16 Ogos semasa pulang dari sekolah.

Nampaknya dalam bula yang mulia ni pun ada kes mcm ni. Ntah culik ke atau lari dari rumah. Masalah la bila dah dekat nak raya ni ada kes cam ni. Susah hati keluarga. Jika adik ni lari dari rumah/ ikut boyfren ke/ tak suka dok kat rumah ke, pulanglah.. Family tengah sedih dan risau tu. Jika adik ni memang dah kena kidnap, sama-samala kita berdoa agar dia selamat dan pulang ke pangkuan keluarga dengan baik. Insyaallah.

Read More

26 August 2009

Perpindahan Terkini

26.8.09 0

Berpindah ke Real Madrid

Senarai perpindahan pemain dalam liga Inggeris masih lagi rancak dengan beberapa perpindahan pemain dilakukan. Yang terkini adalah perpindahan Lescott dari Everton ke Manchester City dengan bayaran perpindahan yang agak lumayan buat Everton.

Bakal ke Man Utd

Setelah Glen Johnson (Porstmouth) berpindah ke Liverpool kini giliran Lescott pula mencari arah ke kelab yang lebih besar. Man City dilaporkan membayar Everton sejumlah 24 juta pound.

Telah ke AC Milan

Gergasi Real Madrid pula dilihat sedang cuba mengurangkan senarai pemainnya. Sebelum ini Huntelarr telah berpindah ke AC Milan, kini Manchester United pula dikhabarkan sedang mengintai ruang untuk mendapatkan Arjen Robben. Kemungkinan Man Utd perlu membayar 15 juta pound jika mereka benar-benar mahukan khidmatnya.

Memilih untuk ke Manchester City

Bolton pula sedang cuba mendapatkan Achille Emana dari Betis dengan bayaran 6 juta pound. Namun Betis telah menetapkan harga pemainnya itu dengan nilai 10 juta pound. Hull pula berjaya mengikat pemain Sunderland, Paul McShane dengan bayaran perpindahan sebanyak 2 juta pound. Park Ji Sung pula dilaporkan bersedia melanjutkan kontraknya dengan Man Utd selama 4 tahun dengan bayaran gaji 65,000 ponud seminggu.


Read More

PAS Menang Permatang Pasir

26.8.09 0
PAS berjaya mengekalkan kerusi DUN Permatang Pasir apabila calonnya menang dengan majoriti undi 4,551 undi. Calon BN memperoleh 5,067 undi sementara calon PAS mendapat 9,618 undi merosot daripada pilihanraya terdahulu. Kejayaan memenangi Permatang Pasir adalah kemenangan pertama calon PAS, Mohd. Saleh Man sepanjang tujuh pilihanraya yang disertainya sejak 1986.

Sumber : Kosmo!

Read More

Kartika Sari Tak Jadi Disebat

26.8.09 0
Sekarang semua dok cerita pasal isu sebat Kartika Sari ni. Macam-macam kontroversi plak timbul dari isu dia 'minum arak'. Macam terlampau dapat liputan meluas. Sampaikan PM sendiri campur tangan plak tu.

Kenapa susah sangat nak laksanakan hukuman tersebut? Pihak penjara Kajang plak macam taknak jalankan hukuman tu. Kata pihak yang tidak berkenaan, ia adalah kerana campur tangan daripada pihak tertentu yang memberi tekanan kepada penjara tersebut. Benarkah?

Kartika Sari macam dah popular. Jadi kalau nak popular pergila korang yang tak reti agama tu minum arak. Kena tangkap pastu glamor. Langsung takde perasaan malu dan segan dengan masyarakat. Tapi tetap cool. Sepatutnya rasa malu tu kena ada. Kerana perasaan malu itu menjadi pendinding kita untuk melakukan sesuatu yang mengaibkan.

Gambar Petikan Kosmo!

p/s : malu aku malu....


Read More

24 August 2009

Tiket Bas Habis???...aaaa

24.8.09 0
Siapa yang tak terkejut beruk bila dengar cerita mengatakan TIKET BAS dah habis. Siapa yang masih boleh buat muka selamba bila dapat info tiket KERETAPI sebanyak 20,000 keping juga dah habis dijual? Mungkin bagi orang yang balik kampung dengan kenderaan sendiri tak kisah. Tak kiralah naik kereta ke, motosikal ke, kalu mampu dengan BASIKAL pun tak kisah, asalkan sampai kan... Bagi yang pulang ke kampung dengan menaiki kenderaan sendiri pasti akan menikmati keseronokkan pulang beraya dengan penuh celaru apabila terpaksa menempuhi jalan yang jem tahap melampau dan kepadatan kenderaan di jalan nanti. Pengalaman aku, pernah dari Kelantan ke KL dengan perjalanan selama 15 jam. Kebiasaannya hanya dalam 6-7 jam. Dari KL ke Kelantan pula aku bertolak sehari sebelum raya, jam 5.30 petang dan sampai kat kampung jam 8.30 pagi (time tu dah dok takbir raya.. sedeyy).

Pengalaman dengan keretapi pula dari KL sentral jam 8.30 malam (tren lewat) dan tiba di Pasir Mas, Kelantan pada jam 1 tengahari esoknya. Biasanya boleh sampai jam 10.30 pagi. Keretapi ni kadang-kadang ok, kadang-kadang melampau tak ok. Asyik rosak jer. Tak tau la aku camne nak explain. Sampaikan berpeluh dalam tu coz letrik takde. Aku bukannya nak burukkan KTM tapi pihak yang berkenaan perlulah menyediakan perkhidmatan yang sebaiknya kepada pelanggan. Bila kerajaan umum nak beri peluang kepada syarikat swasta untuk ambil peranan KTM dah mula melenting. Tapi diaorang tak sedar, perkhidmatan yang diberikan langsung tak bermutu.

Bagi pemandu bas pula, berhati-hatilah dijalan raya. Jangan bawa terlampau laju. Pastikan pelanggan mendapat perkhidmatan yang sebaiknya juga. Aku tak kata balik dengan kereta lebih selamat. Dengan kenderaan sendiri juga banyak risikonya. Rosak la, minyak habis la, tayar bocor dan sebagainya. Oleh yang sedemikian, pemilik kenderaan perlu pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan baik. Dan bagi pemandunya pula, bersedialah untuk mengharungi segala kemungkinan. Pastikan kesihatan mental dan fizikal anda baik barulah bersedia untuk pandu pulang dan tiba dengan selamat.

Read More

Gula oh Gula

24.8.09 0
Ketiadaan GULA sememangnya akan dirasai oleh semua orang kan? Bila tiada gula nak masak apa-apa pun tak menjadi. Bahkan nak buat kuih, nak buat air oren pun tak sedap.

Kebanyakkan tempat mengalami masalah GULA habis. Kalau ada pun terhad untuk sekilo sorang aje. Bagi tokeh-tokeh kuih muih dan makanan sempena bula puasa ni, masalah gula sememangnya rumit dan menyedihkan. Pada hujung tahun lepas ada dalam post aku ni berkenaan isu takde gula, tepung gandum, dan minyak. Sampaikan mak sedara aku pun mengeluh sakan. Dah la punca rezeki dia hasil daripada jualan kuih-muih.

Dalam akhbar hari ini ada menyatakan sebuah syarikat pemborong GULA dari utara tanah air mengadakan jualan terbuka kat pasar tani. Tak sampai sejam 2 metrik tan gula habis dijual. Setiap orang dihadkan 2 kilo gula. Kira gempak jugak la orang ramai pi borong gula.

Keadaan panik tu la yang menyebabkan gula habis. Dah setiap orang masing-masing dok kumpul gula. Simpan gula sampaikan boleh buat stok setahun. Kiranya setiap hujung tahun atau dengan lebih tepat lagi nak dekat puasa maka gula akan kurang. Takde cara lain ke nak pastikan bekalan gula sentiasa ada dan ada...?

Read More

Tiada Kematian Dicatatkan Sepanjang 3 Hari

24.8.09 0
Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi. Kerana aku dikurniakan kesempatan lagi untuk ber'blog' pada hari ini. Banyak perkembangan semasa tidak sempat aku nak siarkan, namun diharapkan rakan-rakan semua senantiasa mengikuti perkembangan semasa tidak kiralah dari mana-mana info pun. Asalkan logik dan tidak menipu. hehe..

Tambahan pula kes selsema babi (H1N1) ni, dah hampir 70 orang menjadi mangsa. Tapi kira syukurlah sepanjang 3 hari ni takde sesapa yang menjadi mangsa flu tersebut. Ni coz langkah yang diambil kerajaan menjadi ke nape eh?

Walaubagaimanapun, tahniah buat kerajaan kerana mengambil beberapa langkah yang sepatutnya untuk mengurangkan penularan wabak tersebut. Tapi aku masih lagi musykil apabila ramai yang merungut kenapa BABI tak DIHAPUSKAN sedangkan ia adalah punca kepada wabak ini. Masih ada yang nak pertahankan si BABI tuh.

Benarkah BABI adalah sumber pendapatan negara melalui peng'eksportan'nya? Jika benar maka BABI adalah salah satu ASET negaralah?

Pada pemahaman aku begitulah agaknya. Tapi ada juga yang menyatakan ia ada kaitan dengan masalah antara kaum juga. Jika BABI dihapuskan, bukan sahaja kerajaan ada risiko tapi meranalah mereka yang menjadi perternak BABI yang berjaya tuh. Alahai...

Semoga kerajaan segera mempertimbangkan masalah ni. Jika punca sebenar adalah daripada menatang tuh, maka buatlah tindakan yang sepatutnya.

p/s: selsema burung - habis reban ayam ayah aku kat kampung......

Read More

19 August 2009

Balik Kampung

19.8.09 0
Hari ni aku nak balik kampung. Perjalanan lebih kurang 7 jam mungkin memenatkan la. Namun ia pasti akan terubat selepas samapi kat kampung nanti yer. Kampung aku kat Pasir Mas, Kelantan. Baru je sebulan lebih aritu aku balik.

Ni kira balik sempena awal Ramadhan la. Walaupun KL takde cuti awal Ramadhan, aku tetap create cuti sendiri punya la. Tak sempat la aku nak update blog ni. Kira-kira aku akan datang KL pada 23 Ogos 2009. Takdela lama sgt.

Bagi semua rakyat Malaysia, bersama-samala kita menjaga kesihatan. Influenza A H1N1 masih juga menular kat negara kita ini. Tapi kadar kematiannya sudah mula menurun sikit. Sekarang dah 64 mangsa menjadi korban selsema babi tu (H1N1).

Semoga hidup kita sentiasa diberkati dan dijauhi daripada sebarang bahaya yer.

Ok..

Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Berpuasa.


Read More

18 August 2009

Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan Al-Mubarak

18.8.09 0
More RAMADHAN graphics

Masa sememangnya terlalu cepat bergerak gak. TAk pernah masa nak menunggu kita. Kita pulak selalu tertinggal dan semakin ketinggalan jika kita gagal mengisi masa yang ada dengan betul. Sebab itu kata pepatah mengatakan 'MASA ITU EMAS'. Terlalu mahal dan pasti sukar untuk ditebus kembali.

Kini Ramadhan datang lagi. Ramadhan ke 25 sepanjang umur aku. Alhamdulillah tahun-tahun sebelumnya aku dapat memenuhi dengan sebaiknya dapat aku laksanakan tuntutan rukun Islam ini. Walaupun banyak dugaan yang perlu diatasi kira ok la kan.

Kepada korang semua, aku nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan pastikan korang berjaya harunginya dengan cara yang paling baik la. Sentiasalah kunjungi blog aku yang tak seberapa ni yerk. Bulan puasa ni, jauhilkah daripada sifat fitnah menfitnah, gosip dan sebagainya. Tambahan pula akan ada satu Pilihanraya Kecil kat Permatang Pasir pada 25 Ogos ni. Pastinya banyak isu yang bakal dibangkitkan bagi meraih undi. Namun demikian jauhilah fitnah dan menangilah PRK tersebut denbgfan cara yang paling baik dan bergaya.


Read More

17 August 2009

Skuad B-23 Malaysia Ikat Kenya dan China

17.8.09 0
Malaysia B-23 boleh anggap berjaya dalam misi perlawanan persahabatan apabila mengikat Kenya dan China tanpa jaringan, 0-0. Benteng pertahanan layak untuk dipuji dengan beberapa kali menyekat kemaraan lawan dan mampu merencanakan serangan balas bagi memburu gol.

Namun demikian pada perlawanan tersebut masalah ketumpulan penyudah masih lagi berlaku. Skuad yang baik mesti memiliki jentera serangan yang tajam dan mantap. Jika hanya mengharapkan pertahanan, moral pemain juga akan menurun.

Kenapa saya katakan begitu? Ini kerana jika pasukan dibolosi 1 gol maka moral keseluruhan pemain takkan tegar untuk terus bermain, sedangkan pada fikiran mereka, "aku pasti kalah.." kerana mereka sudah tidak yakin pada jentera serangan untuk mencari gol dan barisan depan sendiri mula makin hilang keyakinan diri. Bahagian pertahanan dan tengah pula masing-masing mula nak tunjuk hero dengan turut menyerang dan ini bermakna barisan pertahan semakin longgar dan terus longgar.

Itulah apa yang saya dapat simpulkan dengan aksi skuad kebangsaan Malaysia, tidak kiralah skuad B-15, B-18, B19, B-23 dan juga skuad senior. Jika kita mendahului dan kemudian lawan menyamakan kedudukan maka peluang untuk menang adalah 50-50.

Pada saya Malaysia perlu segera mencari kaedah untuk menghasilkan penyerang yang benar-benar berbisa. Jika keadaan ini berterusan, peluang untuk bolasepak Malaysia meningkat adalah sangat tipis dan akan terus malap dimamah ketandusan kemenangan.

Read More

EPL : Kelab Elit Memenagi Perlawanan Pertama

17.8.09 0
EPL telah memulakan saingannya. Kelab elit EPL memulakan rentak dengan baik. Man Utd menang 1-0 keatas Birmingham, Arsenal membelasah Everton 6-1, manakala Chelsea menundukkan Hull 2-1 melalui kecemerlangan Drogba. Namun demikian nasib malang buat Liverpool apabila kalah 2-1 kepada Tottenham.

Paling menarik adalah pasukan Arsenal yang membelasah Everton 6-1 walaupun tampa tonggak utama yang masing-masing telah berhijrah. Wenger terbukti masih mampu merencanakan skuadnya dengan baik. 6 gol sudah mampu membuktikan pasukan ini pasti mempunyai ruang untuk berjaya dalam EPL musim ini.

Bagi Man Utd dan Chelsea pula, kelibat Rooney dan Drogba nyata amat ditagih sedangkan beberpa tonggak serangan lain nampak tumpul dan sukar untuk membantu pasukan. Dengan Berbatov yang lemah, Owen pula gagal menemui sentuhannya lagi buat pasukan barunya.

Walau apapun, EPL baru sahaja bermula. Perjalanan masih lagi jauh. Mampukah Man City mencabar kedudukan Big 4?




*info dan gambar adalah berdasarkan sumber internet


Read More

Mangsa Ke 62 Selsema Babi

17.8.09 0
Setiap hari ada kematian disebabkan wabak H1N1 (selsema babi). Rakyat di Malaysia juga nampaknya sudah mula gusar dengan peristiwa tersebut. Pemakaian penutup mulut dan hidung juga nampaknya semakin meningkat.

Korban ke 62 orang menunjukkan betapa seriusnya tahap penularan wabak tersebut di negara kita. Namun kerajaan masih lagi dengan situasi bertenang dan bertenang. Tindakan yang lebih drastik begitu diharapkan oleh rakyat jelata.

Contohnya mereka memahukan kerajaan mengisytiharkan status darurat atau cuti bagi mengurangkan risiko penularan wabak tersebut. Penulis memahami keadaan yang perlu kerajaan PM sekarang hadapi. Tekanan daripada rakyat dan parti politik pembangkang yang sengaja mengada-adakan cerita berkenaan kelemahan kerajaan sekarang.

Risiko jika kerajaan mengumumkan cuti atau darurat adalah sangat tinggi. Pada pendapat penulis banyak pihak akan mengalami kerugian akibat dari tindakan tersebut. Namun jika keadaan masih lagi tidak berubah malahan bertambah buruk, pengistiharan darurat adalah langkah yang paling bijak dan rakyat pula seharusnya tidak mengambil kesempatan tersebut untuk bercuti semata. Ini tak, bila dah cuti lagi best nak keluar dating, shopping, melepak kat dataran dan sebagainya. Dah esoknya cutilah katakan...

Kerajaan juga mungkin mempertimbangkan cuti khas untuk kakitangan awam jika pandemik ini berterusan. Baguslah macam tu gak. Namun demikian, adalah sangat diharapkan badan dunia seperti WHO menemui kaedah dan cara rawatan yang sesuai dengan jangkitan wabak tersebut agar H1N1 dapat diatasi.

Insyaallah..


Read More

11 August 2009

Berkongsi Maklumat H1N1

11.8.09 0

Apa itu H1N1?


Viral novel influenza type A H1N1. Ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yang lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.


Jangka Hayat Virus


Oleh kerana ia adalah viurs yang air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja . Jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host (badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yang baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.


Apa Yang Anda Perlu Tahu



Asal virus ini .



Sebenarnya telah terdapat outbrake ini di US sebelum terjadi outbrake di mexico tetapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetusla outbrake di mexico.


Virologi Virus H1N1


Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari. Ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkiti pesakit . Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat - lewatnya hari ke - 4 . H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.


Cara Serangan



Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan . Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS) . Pada peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' . Jika t idak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru - paru dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' dan ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi .


Simptom - Simpton


Day 1-Rasa kurang sihat, tak bermaya

Day 2-Selsema, batuk dan demam yang kekal (demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)

Day 3-Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas

Day 4-Sakit dada yg teruk, jumpa doktor dengan segera

Day 5 and > Lung collapse @ koma


Langkah - Langkah Kawalan


1. Golongan - golongan yang berisiko, elakakan daripada kesesakan (kawasan yang padat dengan orang ramai)

2. Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

3. Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

4. Jika kurang sihat, elakan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5. Jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang - kurangnya 3 ply mask)

6. Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.

7. Jika ada tanda - tanda simptom di atas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8. Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.

9. Tak perlu ambil anti-viral @ apa - apa ubat influenza!!!!!!!!!!. Jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kepada vaksin @ ubat - ubat untuk merawat jika terkena jangkitan.Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubat - ubat tersebut terlebih awal.

10. Vaksin hanya akan 'wujud' seawal - awalnya pada Oktober dan hanya untuk 'frontliner' sahaja dan untuk orang awam selewat - lewatnya pada 2010.

11. Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di Malaysia. Ia mengambil masa 6 jam untuk run test kepada 1 batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama - sama menghadapi outbrake ini. Sama -samalah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.



Amin.


Ini Adalah Sumber Dari Taklimat H1N1 Oleh Pengarah Kawalan Penyakit Berjangkit Dari Kementerian Kesihatan Malaysia Di Pan Pacific KLIA Pada 01.08.2009.



Petikan Daripada Email


Read More

Gula Tarakkk???

11.8.09 0
Isu ketiadaan gula lani semakin panas. Dasat.. Saban tahun kes takde gula tetap ada. Macam isu wajib dah jadiknya. Apakah tindakan pihak yang berkenaan? Dah banyak kali kes serupa berulang tapi tiada tindakan yang sepatutnya dilakukan.

Alhamdulillah negara kita Malaysia kaya dengan subsidinya. Subsidi minyak petrol, diesel, baja dan gula juga ada subsidinya. Harga gula di Malaysia jauh lebih murah dpd negara jiran kita. Sebab itulah banyak kes seludup keluar gula subsidi ini ke luar negara iaitu Selatan Thailand melalui Sungai Golok.

Semalam ada kes Nenek yang dituduh bersubahat dengan geng seludup barangan harian seperti gula dan minyak masak. Rumahnya dijadikan transit utk pemunggahan barangan tersebut ke Thailand berikutan rumahnya hampir dengan Sg. Golok.

Aku sendiri pun kalut dok cari gula kerana beberapa pasaraya sekitar Cheras. Letih jugak. Saban tahun kena jimat gula time cam gini. Hehe.. Last2 buat air pakai susu jer.. Dah gula xde. Tapi xkan la masakan pun nak taruk susu kan. Hahaha... Cam aritu nasib baik la pasaraya Hero ada gula. Kalu tak naya. Tu pun Hero jual terhad kepada 2kg bagi setiap pelanggannya.


Read More

Bomoh OO Bomoh..

11.8.09 0
Sekarang banyak kan kes bomoh palsu/tipu/dusta/kianat/jahat dan perkataan lain yang sama maksud dengannya. Dalam paper banyak boleh kita baca tentang kes bomoh jahat ni. Tak tau la. Aku sebenarnya kurang percaya (tak sampai tahap tak percaya lagi la..) pada geng bomoh ni. Kalau sampai perasap kemenyan dan membaca mantera entah apa2 ntah mengarutnya baik xyah la.

Ada kes yang kena perkosa/ rogol dan sebagainya. Kesian plak kat mangsa-mangsa ni. Mereka nak berubat, tapi jadinya bertambah sakit la pulak.

Dalam akhbar Kosmo! hari ni ada berita pasal kes kena rogol kat bomoh 'Pak Aji'. Kira org alim la jugak kot ni. Tapi menyamar alim la tu. Ia hanya merosakkan imej Pak Aji-Pak Aji yang lain. Persatuan Pak Aji kena ambil tindakan tuh.. hehe...

Kerana nila setitik rosak susu sebelanga, jadi bagi sesapa yang nak dapatkan khidmat bomoh ni, pandai-pandai la pilih yerk. Jgn sampai tergadai body dan menjengah kepada unsur2 khurafat.


Read More

Selsema Babi Telah Mengambil Nyawa Ke 32

11.8.09 0
Penularan H1N1 nampaknya kian ketara. Ketika kadar jangkitan semakin meningkat, jumlah mangsa yang meninggal dunia juga semakin bertambah. Semalam kes selsema babi mencatatkan 1 lagi mangsa meninggal dunia. Menjadikan jumlah keseluruhan mangsa seramai 32 orang.

Siapa yang mudah dijangkiti (berisiko tinggi) selsema babi (H1N1)?

- Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
- Warga emas berusia 65 tahun ke atas.
- Wanita hamil
- Kanak-kanak atau remaja yang berusia di bawah 19 tahun yang mengambil ubat aspirin.
- Penghidap asma
- Paru-paru kronik
- Kegagalan fungsi organ
- Penyakit kardiovascular
- Penyakit hati, sistem darah
- Penyakit saraf, diabetis, obes
- Mempunyai ketahanan badan yang rendah

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Read More

10 August 2009

Hiburan Petang Senin

10.8.09 3
ORANG GILA SAJA YG BOLEH MENASIHATI ORANG GILA??

Mat, lelaki gila berumur 35 tahun baru saja terlepas dari wadnya. Beliau lari sekuat hati kerana dikepung oleh sepasukan petugas hospital. Tiba di tepi pagar Mat lantas memanjang satu tiang lampu yang tinggi. Ketua unit jaga yang mengawal hospital datang dan mengarahkan Mat turun, Mat tidak mahu turun. Datang pula pengarah hospital, "Mat!!Turun Mat nanti jatuh", katanya. Mat tidak mahu turun juga.

Dipanggilnya pihak bomba, "Mat! Turun Mat, kalu tidak kami potong tiang lampu ini" kata seorang pegawai bomba sambil mengacu-acukan gergaji elektrik di pangkal tiang lampu itu., Namun Mat tidak bergerak pun untuk turun. Dipanggilnya pihak polis, "Mat turun Mat!"teriak seorang sarjan polis, kalau engkau tak turun nanti kami bom tiang ini dan engkau akan mati!!Turun Mat!. Mat tidak turun-turun juga.

Lama-lama pengarah hospital pergi berjumpa dengan Man, seorang teman Mat dalam wad gila itu kalau-kalau dia boleh membantu. "Man!Harap-harap Man boleh tolong turunkan Mat dari atas tiang lampu"Tolonglah Man ya!

Jawab Man"Ohhh!!!Itu senang saja" Lalu Man dibawa kepada tiang lampu itu.
Setibanya di situ, pengarah hospital pun berkata, "Man! Man nak pilih alat yang mana? Sama ada gergaji atau pun bom itu. "Ahh!Man nak gergaji!"

Baiklah! Ambillah gergaji itu. Lalu Man mengangkat gergaji dan mengacu-acukan pada pangkal tiang lampu itu. Man pun berteriak, Hoi Mat!!!Hang turun, kalau hang tak turun aku tebang tiang lampu ni!!Hang turun lekas!!

Mendengarkan amaran itu Mat yang berada hampir 3 jam di atas tiang itu pun turun dengan pantas lalu ditangkap oleh para petugas hospital. Pemberita pun datang menemubual Mat. "Kenapa Mat turun bila Man datang sedangkan bomba dan polis datang Mat tak turun?

Jawab Mat; "Polis ker bomba ka, depa tak akan buat!Tapi Man ni apabila dia kata lagu tue dia akan buat sungguh sebab Man tue GILA!


Nenek 00 Nenek!!

Tersebut lah cerita , ada sorang perempuan Petani yang agak berumur sikit bawak barang dagangan dia, dia cuma jual topi saja (dulukan orang menuai secara manual..'mengerat' orang Kedah kata, nak elak dari panas depa pakai topi ni ... diperbuat dari rumput 'menerung' kering..warna putih kelabu, bentuk dia nak macam topi Mr. Potato sket... ) Jalan la dia dari rumah ke rumah jual topi dia,sampai dia di satu kampung di pinggir hutan (area Kuala Nerang..)Waktu dah tengahari 'rembang', jadi dia pun duduk la berehat sat kat bawah satu pokok yang besar lagi rendang.

Topi untuk jualan dia... dia letak la sebelah sambil mengipas-ngipas badannya. Kerana terlalu letih, tertidur la dia kat bawah pokok tuu..tiba-tiba dia terdengar bunyi 'sqoh..sqeh..sqoh..sqeh'. Terbangun la dia..dia tengok keliling, tergejut beruk la dia ... 'aik!! mana pi topi aku semua?'.

Wahhh..cam na ni, mesti kena marah ngan tokey nanti pasai topi dia hilang. Lepas tu, dia dengar bunyi sqoh..sqeh... sqoh..sqeh' tu kat atas pokok. Langut la dia ke atas... Ooooooo, makhluk ni rupanya yang curi topi aku.

Berpuluh-puluh ekor monyet kat atas pokok tu, semua pakai topi sorang satu.. Ishkk..cam na nak ambik balik ni..pikiaq perempuan tersebut.

Dia ambik galah..jolok-jolok keatas..tak juga dapat topi dia. Dekat-dekat nak 'give-up' juga la orang tua tu. Tergaru-garu kepala la dia..aik!! dia tengok monyet-monyet tu pun ikut tiru dia ,dia lompat, monyet tu pun ikut lompat semua.. Jeng... jeng.. jenggg..dia ada satu idea..dia ambik satu-satunya topi kat atas kepala dia ..dia pun baling ke tanah. So, monyet-monyet tu pun ikut juga baling topi yang depa pakai ketanah.

Dapat la balik semua topi-topi diaa... Pas waktu dia dah balik kekampung, dia pun cerita la 'keterer an' dia tu kat anak dia. Waktu berlalu begitu pantas. Perempuan tersebut dah jadi nenek dah..namun dia tetap berbangga dengan ketereran dia tipu monyet tu.di ceritakan la pulak kat cucu dia. Nak dijadikan cerita ,cucu dia ni pun sekolah tak pandai. jadi berjual topi juga macam nenek dia dulu.

Suatu hari, cucu dia pi menjual topi dikampung yang sama di daerah Kuala Nerang tuuu. Waktu t/hari, secara kebetulan dia pun berehat di bawah pokok yang sama. Kerana terlalu letih dia pun tertidur dgn topi-topi untuk dijual, diletakkan di tepi dia. Pas dah dekat petang dah , dia pun bangun dari tidur..aikkkk!!! mana pi topi aku semua? Dia pun terdengar bunyi 'sqoh..sqeh..sqoh..sqehh' kat atas pokok tuu... ..hmmhhh. monyet-monyet tu dah ambik topi dia

Dia pun buat la macam-macam untuk menakutkan monyet-monyet tu utk ambik balik topi tuu, tapi tak leh gak. Last-last teringat la dia ngan cerita nenek dia dulu..diapun test la, dia garu-garu kepala, monyet2 tu pun garu2 kepala gak, dia lompat, monyet2 tu pun lompat gak..dia pun naik syok laa, dalam hatinya 'bodoh juga monyet2 ni..'..Lalu dia ambik topi kat atas kepala dia..dia lempaq la ke tanah dengan harapan monyet2 tu tiru cam dia gak.

Aikkk !!!monyet2 tu semua tengok ke dia..tak sekoq pun yang tiru dia kali ni utk lempar topi ketanah. Termangu dia sendirian..tiba-tiba turun seekor anak monyet, tapi sebelum dia turun, dia sangkut dulu topi tu kat ranting atas pokok tu. Anak monyet tu langsung pi dekat telinga dia dan berbisik, "hang ingat, hang aja ada nenekkkkk... ?"

hahahahahaaa..

Read More

Perisai Komuniti 2009 Milik Chelsea

10.8.09 0
Kami menang!!!!

Semalam pertarungan klasik 2 gergasi EPL antara Manchester United vs Chelsea. Namun demikian Man U kalah pada penentuan sepakan penalti 4-1, setelah terikat 2-2 sehingga tamat masa perlawanan keseluruhan.

Sepakan Ryan Giggs dan Evra gagal menemui sasaran setelah penjaga gol utama Chelsea, Cech berjaya beraksi cemerlang.

Tahniah buat fan's Chelsea. Buat fan's Red Devil, sabarlah. Man U pasti bangkit beb!.

p/s : hari ni kenala tahan telingan tu kena sindir kat opis. saborrr...

Aku akan cuba yang terbaik...

Berbatov pasti sukar nak kekalkan momentumnya...

Tak rugi aku kekal kat sini...





Apa boleh buat, Tevez dah xde...

Adakah ini petanda kebangkitan Chelsea?

Main baik-baik....

Aksi rasmi pertama MO7... hehe

"Tahniah la buat ko...". kata Foster

Cech sedang panaskan badan sebelum perlawanan

Kemenangan bergaya la jugak pada aksi pertama

Sumber Gambar : Yahoo Sports

Read More

H1N1 : Meragut Nyawa Mangsa Ke-27

10.8.09 0
H1N1 boleh dikatakan berada di paras yang membimbangkan. Mangsa ke-27 yang dicatatkan sehingga semalam menceritakan betapa virus tersebut sudah tidak boleh dipandang enteng. Dalam beberapa artikel yang aku baca, ramai rakyat Malaysia memandang mudah berkenaan penularan virus tersebut.

Antara mangsa terbaru H1N1 adalah seorang warga emas dan wanita obes berumur 24 tahun berasal dari Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam satu kenyataan semalam berkata, wanita obes itu meninggal dunia pada 5 Ogos lalu selepas mendapatkan rawatan di Hospital Ranau pada 1 Ogos setelah mengalami demam dan batuk selama empat hari.

Sementara itu, warga emas terbabit yang juga penghidap jantung kronik meninggal dunia pada 6 Ogos lalu, tiga hari selepas mendapatkan rawatan susulan di hospital yang sama.

Lelaki itu dikatakan baru mengalami demam sehari dan berdepan dengan kesukaran bernafas sejak sebulan lalu. - Kosmo! Online


Semua orang diharap berjaga-jaga dengan wabak tersebut. Pastikan anda mengelak ke tempat-tempat orang ramai dan jika terpaksa pergi jugak sentiasalah memakai penutup hidung dan mulut.

Kaji tarikh peperiksaan jika perlu.

Timbalan Perdana Menteri menyatakan kerajaan mempunyai pelan luar jangka jika penularan virus selsema babi terus berterusan. Beliau selaku Menteri Pelajaran akan bertindak dengan sebaiknya jika keadaan tidak mengizinkan untuk meneruskan sesi peperiksaan.


"Jika tarikh (peperiksaan sekolah kerajaan) perlu dipinda, saya sebagai menteri akan mengkaji (semua) kemungkinan. Hanya jika keadaan tidak dapat dibendung," katanya ketika ditanya berhubung perkara itu di akhir lawatan rasmi lima hari ke negara ini. - Kosmo! Online


Namun beliau berharap keadaan akan bertambah baik kerana kerajaan sedang berusaha sedaya-upaya utnuk mengatasi penularan pandemik tersebut.


Read More

06 August 2009

H1N1 : Mangsa Kian Bertambah!

6.8.09 0
Mangsa Ke-13

H1N1 sekali menggegarkan Malaysia. Sapa tak gentar bila virus kini semakin menular dan terus menular. Buat masa ini tiada satu pun vaksin yang dapat menyembuhkan penyakit ini. Namun itu jika hanya mangsa sudah berada ditahap kritikal. Bagi yang dpd awal lg dikenalpasti/ suspek mungkin ada caranya untuk mengubati.

Jadi apa pilihan anda? Dapatkan pemeriksaan awal atau tunggu bila dah kritikal? Sedar atau tidak, ramai diantara kita hanya bimbang di mulut semata. Tapi tindakan habuk tarak (alamak, aku pun sama...). Pencegahan awal lebih penting. Jaga kebersihan diri, jgn kunjungi tempat yang penuh sesak dengan orang ramai dan pastikan anda tidak berkunjung ke tempat-tempat penularan wabak.

Cakap banyak pun tak guna. Semalam tiga (3) lagi kematian dicatatkan. Jumlahnya sekarang adalah seramai 13 orang telah menjadi mangsa kerakusan Selsema Babai (H1N1).

Selamat Menjaga Diri
Pastikan Anda Senantiasa Mengikuti Perkembangan Semasa H1N1

Read More

Post Top Ad

Your Ad Spot