Benarkah Jacko adalah penghibur terbaik dunia era ini? Patutkah pemergian beliau ditangisi. Ini semua menjadi tanda tanya bagi aku. Sebab aku sendiri tidak berapa arif berkenaan si Jacko ni (tak tau nak panggil allahyarham atau tidak..?).Micheal Jackson menggegarkan dunia nyanyian sejak dari zaman kecil lagi bersama-sama adik-beradiknya (dikenali sebagai Jackson 5). Namun beliau mengambil keputusan untuk bergerak secara solo dan di situlah bermulanya era kegemilangannya setelah melahirkan beberapa album yang semuanya top dan meletup belaka.
Namun disebalik kejayaannya, beliau diselubungi dengan pelbagai kes yang mengaibkan. Kes seperti liwat budak lelaki dan sebagainya. Namun malaslah nak ulas kat sini coz tidak elok rasanya mengungkit perkara buruk orang yang telah pergi. Sehinggalah beliau hampir muflis dek kerana disaman oleh banyak pihak.

Ketika kes sebegitu melanda, para peminatnya masih tetap setia, masih utuh dan teguh berdiri di belakangnya. Walaupun villanya sendiri sudah di rampas, Jacko masih lagi bersemangat untuk menghiburkan peminatnya di konsert jelajahnya. Boleh dikatakan itulah kali terakhir peminat Jacko boleh melihat persembahannya.
Hutang beliau masih lagi bernilai jutaan dollar. Sehinggakan hampir kesemua hartanya sudah dilelong mahupun disita. Namun konsert Jacko telah mendapat sokongan padu peminatnya. Beberapa pihak menyatakan Jacko masih lagi mempunyai rakaman lagu, konsert dan beberapa aset hiburan lagi yang jika dipasarkan mampu menjelaskan hutangnya dan membantu anak-anaknya.
Nampaknya segala rekod buruk mengenainya tenggelam oleh kemasyhurannya. Jacko wajar diberi anugerah sepanjang zaman oleh dunia.


No comments:
Post a Comment