Kuantan : 4 Buah Sekolah Lagi Ditutup - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

31 July 2009

Kuantan : 4 Buah Sekolah Lagi Ditutup

Kes H1N1 seumpama kian menular dengan rakusnya di bumi kita Malaysia. Semalam 4 buah sekolah ladi ditutup di Kuantan, Pahang berikutan beberapa pelajar sekolah itu disyaki dijangkiti H1N1.

Antara sekolah tersebut adalah Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) Kuantan, Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SMSTA) Raub, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Jengka Maran dan SMK Clifford Kuala Lipis.

Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latif berkata, arahan penutupan tersebut dibuat selepas lima pelajar di SMK Clifford Kuala Lipis dan masing-masing satu di SMART, SMSTA serta SMK Sri Jengka disahkan positif H1N1.

"SMART dan SMK Clifford ditutup mulai hari ini (semalam) sehingga 7 Ogos ini, manakala SMSTA sehingga 6 Ogos. SMK Sri Jengka ditutup mulai semalam (kelmarin) sehingga 5 Ogos ini," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.- Petikan Kosmo Online


Kes H1N1 di Malaysia telah meningkat kepada 1302 kes berbanding kelmarin 1266 kes. H1N1 juga telah meragut nyawa 3 orang sehingga semalam.

Beberapa Kem PLKN juga dikuarantin dan diarahkan tutup berikutan beberapa pelatihnya disyaki dijangkiti virus H1N1. Ibu bapa pelatih berkenaan tidak digalakkan untuk melawat anak-anak mereka berikutan bimbang turut dijangkiti H1N1. Semua pihak diharap dapat mengikut nasihat pihak berkenaan bagi memastikan penularan H1N1 terkawal.

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot