Benzema Ke Real Madrid! - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

03 July 2009

Benzema Ke Real Madrid!

ERA 'THE GALACTICOS'!!!


Barisan bintang bolasepak dunia dalam satu pasukan kian mengejutkan banyak pihak. Real Madrid seolah-olah bersahaja melaburkan wang semata-mata untuk mendapatkan bintang pilihannya. Setelah Kaka dan Ronaldo, kini giliran Benzema pula. Dengan bayaran sebanyak 30 juta pound, Lyon nampaknya terpaksa bersetuju bagi melepaskan bintangnya pula. Raul Albiol juga menyertai barisan bintang Real dengan bayaran perpindahan sebanyak 13 juta pound.

Aku hanya nak ke Real Madrid!!!

Khabar angin turut mengatakan Ribery juga hanya mahu berpindah ke Madrid. Itu ternyata mengecewakan pengurus Manchester United, Ferguson yang sangat menginginkan pemain tersebut bagi menguatkan jentera serangannya setelah kehilangan Ronaldo dan Tevez.

Kami pasti hebat!!!

Bagi Huntelaar dan Nistelrooy pula, kedudukannya dalam pasukan nyata kian terdesak. Namun, Nistelrooy dan Huntelaar tekad menolak tawaran dari beberapa kelab termasuk Lyon untuk kekal disitu. Lyon pula berusaha memujuk Nistelrooy agar penyerang itu berpindah ke Madrid bagi menggantikan Benzema.

Tak sangka aku juga diburu???

Setelah hampir menemui jalan buntu untuk mendapatkan David Villa, Barcelona mengalihkan tumpuannya kepada bintang Atletico, Forlan pula. Manchester pula bertekad untuk mendapatkan khidmat Aguero.

Tak kira.. aku nak kekal jugak....

'The Galacticos' nyata masih belum puas. Merka juga sedang berusaha bagi mendapatkan Xabi Alonso dan juga Villa. Mampukah Real membuktikan keupayaan mereka untuk musim hadapan. Dengan sejumlah besar barisan bintang dunia, Real perlu memastikan persefahaman diantara mereka terlebih dahulu. Kumpulan bintang tidak semestinya mampu menggegarkan dunia...

Aku ponnn.....

Dah habis dah era orang-orang tua Ruud, giliran kami pula....

Image Hosted by ImageShack.us

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot