July 2009 - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

31 July 2009

Terima Kasih Kawan

31.7.09 0
Terima kasih kepada yang sudi mengunjungi blog ini. Daripada maklumbalas yang diterima blog ini lebih mendapat perhatian kepada golongan remaja dengan peratusan sebanyak 42% diikuti oleh golongan belia dan dewasa masing-masing sebanyak 25%.


More THANK YOU graphics

Terima kasih sekali lagi diatas sokongan semua.

Read More

Senyum Pagi

31.7.09 0
Kak Midah & Ayam

Ada satu cerita yang berlaku di pasar ayam di Selayang. Peniaga ayam ini nama dia Sudin. Dia jual ayam yang di beli dari beberapa tempat. Ada pulak seorang pelanggan nama dia Hamidah. Dia ni pelanggan tetap ayam Sudin.
Kak Midah ni dok meniaga nasi dekat kedai berhampiran. Jadi hari hari lah dia beli ayam dari Sudin. Disebabkan dah setiap hari dok main dengan ayam, sampai Kak Midah dah kenal jenis jenis ayam sebelum di sembelih.
Antara ayam yang selalu dipilih oleh Kak Midah ialah ayam dari Bangi dan ayam dari Perlis. Selalunya ayam dari Bangi lah yang menjadi pilihan Kak Midah. Kalau tidak dia akan beli ayam dari Perlis sahaja. Kalau tak ada lansung dia tak akan beli ayam lain.
Kelebihan yang ada pada Kak Midah ialah dia boleh kenal samada ayam tu dari Bangi atau Perlis ialah dengan membelek punggung ayam tu. Selalunya Sudin akan campur semua ayam yang sampai dalam satu tempat. Jadi jenuhlah Kak Midah dok belek sekor sekor nak cari ayam Bangi atau ayam Perlis.
Mula-mula Sudin tak kisah sangat dengan Kak Midah. Tapi lama-lama Sudin dah mula boring. Sebab Kak Midah ni customer tetap Sudin pendam je bengang dia. Satu hari Kak Midah datang macam biasa dan terus belek punggung ayam nak cari ayam Bangi. Habis semua ayam dibeleknya. tak ada satu pun ayam Bangi atau ayam Perlis.
Jadi Kak Midah pun panggil Sudin dan tanya,
Kak Midah : Din ! ayam Bangi tak ada ke?.
Sudin : Tu ada dalam tu. (Yang sebenarnya tak ada sebab lori ayam Bangi terbalik dekat Tanjung Malim) Kak Midah : Hang toksah dok bohong. Kak Midah dah tengok dah, semua ayam dari tempat lain.
Sudin : Ayam Perlis ada. (Yang sebenarnya pun tak ada sebab lori rosak dekat Nibong Tebal).
Kak Midah : Hang ni, Kak Midah kata tak dak, tak dak la. Hang ingat Kak Midah tak kenai ke ayam-ayam tu. Bukan sehari dua Kak Midah dok main dengan ayam.
Sudin : Kak Midah ni memang teror lah, punggong ayam pun dia boleh kenal.
Kak Midah : Baru hang tau siapa Kak Midah. Pakar tengok punggong ayam. (lalu blah sambil tersenyum walau pun tak dapat ayam hari itu)
Kemudian sampailah nak dekat Hari Raya.
Kak Midah macam biasalah nak belek punggong ayam. Sudin tengok Kak Midah, bengang je rasa macam nak bertempik dekat Kak Midah sebab orang terlalu ramai dan sesak pada masa tu. Kak Midah perasan yang Sudin memang bengang kat dia. Sambil Sudin dok bersihkan ayam Kak Midah, Kak Midah cuba ambil hati Sudin.
Kak Midah : Din ! Tak balik raya ke tahun ni.
Sudin : Tak!!! (Bengang)
Kak Midah : Famili ada kat sini ke?.
Sudin : Tak dak!!
Kak Midah : Habih tu raya dengan siapa? .
Sudin : Raya sorang-sorang.
Kak Midah : Kalau Din tak balik kampung mai lah rumah Kak Midah.
Sudin : Tak pa lah, terima kasih je lah.
Kak Midah : Dah lama kita kenal, kak tak tau pun kampung Din. Kampung Din kat mana?
Sudin : (Diam)(Buat tak dengar)
Kak Midah : Kak tanya ni, kampung Din kat mana .
Sudin : (Masih diam)(Tiba-tiba Sudin naik atas meja lalu membuka seluar dan menonggeng ke arah Kak Midah sambil berkata... .. .) Kalau Kak Midah teror cuba Kak midah belek punggong saya dan teka saya berasal dari mana? .
Kak Midah : (Ambil ayam dia dan terus blah


Namaku Aishah

Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... ma sa... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu,"
Lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : "Sebutkan namamu.
Suami : "Namaku Irwan.. tapi... . semua orang memanggilku Aisyah... ."

Orang Kaya

satu kemalangan melibatkan seorg usahawan dlm BMWnya.

usahawan: warrgghhh.. tgk apa dah jadi dgn BMW aku... habis kopak pintu kereta ni..warghh... .
unit bantuan: encik. encik sedar x, tangan kanan encik dah tak ada? apasal risaukan sgt pintu kereta tu. materialistik sgt la encik ni usahawan sambil memandang bhgn kanan badannya) warghh... ... jam Rolex aku

Monyet

Sorang laki baru beli sekor kucing kt kedai haiwan. Sorang budak kt situ ternampak laki tu membelai kucingnya.
Budak: Chehss, monyet buruk camtu pun ko sayang??!
Laki: Budak, gila ke buta?... Ni kucing lah, bukan monyet, bodoh!.
Budak: Abang ni gila ke?! Saya cakap ngan kucing abang, bukan ngan abang!

Penjaga Gol

Dlm satu kebakaran tingkat 3, sorang wanita dgn
bayinya terperangkap.Datang sorang penjaga gol...
Goalkeeper: Lemparkan bayi tu.
Wanita: Takut awak terlepas!
Goalkeeper: Saya tak pernah miss sepanjang kerjaya saya!
Wanita tu pun lempar, dan goalkeeper tu dpt tangkap... kemudian dia letak bayi tu ke tanah,
undur beberapa langkah dan terus menendang bayi tu sejauh 60meter.

Petikan Dari Email Kawan-Kawanku...
Read More

Kuantan : 4 Buah Sekolah Lagi Ditutup

31.7.09 0
Kes H1N1 seumpama kian menular dengan rakusnya di bumi kita Malaysia. Semalam 4 buah sekolah ladi ditutup di Kuantan, Pahang berikutan beberapa pelajar sekolah itu disyaki dijangkiti H1N1.

Antara sekolah tersebut adalah Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) Kuantan, Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SMSTA) Raub, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Jengka Maran dan SMK Clifford Kuala Lipis.

Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latif berkata, arahan penutupan tersebut dibuat selepas lima pelajar di SMK Clifford Kuala Lipis dan masing-masing satu di SMART, SMSTA serta SMK Sri Jengka disahkan positif H1N1.

"SMART dan SMK Clifford ditutup mulai hari ini (semalam) sehingga 7 Ogos ini, manakala SMSTA sehingga 6 Ogos. SMK Sri Jengka ditutup mulai semalam (kelmarin) sehingga 5 Ogos ini," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.- Petikan Kosmo Online


Kes H1N1 di Malaysia telah meningkat kepada 1302 kes berbanding kelmarin 1266 kes. H1N1 juga telah meragut nyawa 3 orang sehingga semalam.

Beberapa Kem PLKN juga dikuarantin dan diarahkan tutup berikutan beberapa pelatihnya disyaki dijangkiti virus H1N1. Ibu bapa pelatih berkenaan tidak digalakkan untuk melawat anak-anak mereka berikutan bimbang turut dijangkiti H1N1. Semua pihak diharap dapat mengikut nasihat pihak berkenaan bagi memastikan penularan H1N1 terkawal.

Read More

28 July 2009

H1N1 : Korban Kedua

28.7.09 0

Virus H1N1 (selsema babi) menerima korban kedua setelah seorang mangsanya meninggal dunia semalam. Mangsa 46 tahun, bekerja di Belgium dan berada di Malaysia 4 Julai lalu. Sebelum itu mangsa pergi bercuti di Langkawi pada 13 Julai kemudian mengalami masalah kesihatan dan menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital swasta, Petaling Jaya pada 16 Julai. Mangsa disahkan mengalami masalah PNEUMONIA.

Kematian mangsa adalah disebabkan mengalami masalah penafasan dan kegagalan buah pinggang akut.

Baca lebih lanjut di Kosmo!

Image Hosted by ImageShack.us
Read More

27 July 2009

Pemeriksaan Kenderaan Di PUSPAKOM

27.7.09 0

Kenapa perlu saya periksa kenderaan? Kan masih bari dan ok lagi tu. Servis pun ok.

Tu la banyak yang saya dengar ayat-ayat ke'konfiden'nan berkenaan kereta mereka. Betul, servis dah memang ikut jadual namun beberapa aspek perlulah diperhalusi demi orang tersayang.

Bagi yang membeli kereta terpakai pula, kita disyaratkan untuk menjalani ujian di PUSPAKOM. Jadi pihak Puspakom akan memeriksa dan menilai tahap keselamatan kereta kita agar benar-benar selamat untuk dimiliki.

Disini ada 10 peringkat Pemeriksaan Kenderaan. Panduan untuk semua pelawat agar kenderaan anda diperiksa dengan betul dan disahkan selamat.

1- Pengesahan Identiti Kenderaan

Iaitu pemeriksaan nombor casis dan enjin bagi mengesahkan identiti kenderaan.

2- Pemeriksaan Bahagian Atas Kenderaan

Pemeriksaan rapi ke atas kerosakan bahagian atas kenderaan termaktub dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

3- Ujian Asap

Ketebalan asap untuk enjin diesel diuji melalui ujian pemecutan bebas manakala bagi enjin petrol diuji melalui ujian tanpa pecutan.

4- Ujian Gelincir Sisi

Bagi memastikan kelancaran pengawalan kenderaan ketika pemanduan.

5- Ujian Suspensi

Menguji keberkesanan sistem suspensi (gegelung, penyerap hentak, dan penyambungan) pada setiap gandar.


6- Ujian Brek

Pelbagai ujian keberkesanan brek seperti penyelenggaraan, ketidakstabilan, tekanan serta kehausan pada komponen brek.

7- Ujian Meter Laju

Pemeriksaan kelajuan kenderaan berbanding dengan nilai yang tercatat pada meter kelajuan kenderaan.

8- Ujian Lampu Puncak

Menguji tahap cahaya dan pancaran lampu kenderaan.

9- Ujian Bahagian Bawah Kenderaan

Pemeriksaan rapi bahagian bawah kenderaan dijalankan dengan ujian gandar.

10- Analisis Keputusan Komputer

Sistem komputer yang tercanggih mengawal dan memantau setiap fasa ujian. Kesemua data akan dianalisis.


SELAMAT MEMERIKSA KENDERAAN ANDA

SELAMAT BALIK KAMPUNG

&

SELAMAT DATANG KERJA SEMULA


p/s: raya lambat lagi jadi xleh ucap selamat hari raya lagi la...

Image Hosted by ImageShack.us
Read More

Siapa Yang Tidak Boleh Terima Hakikat?

27.7.09 0
Gambar Hiasan

Pahang Secara Sahnya Tersingkir Ke Liga Perdana.

Tapi Tuanku Sultan Pahang, Merangkap Presiden FAM Mengumumkan Format Liga Super Akan Diubah?

Kenapa?

Pemerhati dan juga peminat bola sepak tempatan melihat cadangan Presiden FAM itu secara umumnya mahu menyelamatkan pasukan Pahang daripada beraksi di saingan liga bawahan pada musim depan - Kosmo

Dah nyata memang permainan pasukan Pahang tak mampu untuk kekal didalam Liga Super maka terimalah hakikatnya. Biarlah Pahang bangkit dengan sendirinya. Janganlah hanya mengharapkan ehsan semata. Kalau dulu Pahang pernah diselamatkan, sekarang ini janganlah dijadikan alasan ekonomi kelab dan pasukan bertanding tak stabil untuk merombak liga sekali lagi. Malulah.. Kami pun dah reti dengan situasi semasa, bukan bodoh.

Dulu format Liga Super hanya untuk 8 pasukan bertanding, sebab pahang nak masuk tambah jadi 14. Sekarang nak tambah jadi 20 pulak ke? Lagi la teruk sesebuah pasukan nak tanggung kos pertandingan yang makin bertambah. Ketika Kelantan, Selangor, Terengganu, Sabah, Sarawak, Johor, Melaka jatuh ke Liga Perdana takde plak suara sumbang orang nak tolong.

Buat Presiden FAM, biarlah pasukan yang layak beraksi dalam Liga Super sahaja dibenarkan bertanding kerana jika baginda tetap mahukan Pahang kekal dalam Liga Super, ia hanya akan mencacatkan kemeriahan saingan.

Ini kerana berdasarkan prestasi pasukan Pahang musim ini, hanya saingan Liga Perdana lebih sesuai buat mereka, bukannya saingan Liga Super.

Biarlah Pahang kembali layak ke Liga Super 2011 berdasarkan merit dua pasukan teratas Liga Perdana 2010, bukan- nya atas 'ihsan' - Kosmo.


Bilalah bolasepak Malaysia nak maju kalu hanya tau guna 'apa yang ada' untuk kepentingan diri semata.

Subhanallah....


Image Hosted by ImageShack.us
Read More

24 July 2009

Kelantan VS Kedah

24.7.09 1

0 vs 1




Baru-baru ni Kelantan kaloh pulok. Guano ni weiii.. Nyasar jatuh doh ko tempat ke 5. Nyo pitah ko Kedah doh la. Lani tinggal 1 perlawanan jah lagi. Menentang Johor FC kat Pasir Gudang nung. Kelate nok menang la kalu xsir koho jatuh ranking liga.

Mana-mana anak Kelate hok dok Johor tu pakat la gi sokong ramai-ramai. Tak rugi eh. Tapi biarlah berlapang dada. Kerana kalah menang tu adat pertandingan.

Hok kaloh dulu ko Kedah tipis jah. 1-0. Kira ok la. Tapi tu boleh kata nasib baik main tempat sendiri. Main tempat dia kita kaloh berat jugok dulu.

Image Hosted by ImageShack.us
Read More

Tahniah Buat Pasukan Malaysia

24.7.09 0

Aksi yang dipersembahkan pada perlawanan pertama sangat membanggakan walaupun kita gagal menghasilkan gol dari gerakan yang 'benar-benar' memburu gol. Jaringan oleh Amri Yahyah untuk gol pertama cukup untuk menenggelamkan ego Van der Sar dan jaringannya bagi gol kedua pasukan negara sangat memalukan barisan pertahanan United tambahan pula selepa kegagalan Foster mengawal bola hantaran rakan sepasukannya.

United sememangnya langsung tidak tertekan dengan perlawanan tersebut. Kerana bagi mereka aksi tersebut hanya sekadar hiburan dan komitmen publisiti semata. Namun cukup memalukan jika pemain handalan dunia tumpas ditangan pasukan kerdil dunia kan?

United terlebih dahulu membuka jaringan , seterusnya mendahului dengan kedudukan 2-0. Tetapi pasukan Malaysia yang banyak bertahan dan kadangkala cuba mengasak merapatkan jurang pada masa kecederaan seperuh masa pertama untuk menjadikan keputusan 2-1 sebelum rehat. Lambungan cantik dari Amri membuatkan Van der Sar terkial-kial kerana dia sudah terkeluar dari posisinya.

Komitmen barisan pertahanan negara seharusnya dipuji.

Pada separuh masa kedua pula Amri sekali lagi mengegarkan jaring United dengan gol keduanya setelah berjaya mengasak dan merampas bola dari Foster. Ternyata Foster hanya mampu menekapkan mukanya ke tanah melihat pemain Malaysia itu menolak bola ke gawangnya.

Namun penyerang yang baru ditandatangani oleh United, Owen dengan tenang menjaringkan gol ketika masa sebenar perlawanan hampir tamat bagi memberikan United kemenangan 3-2.

United sekali lagi mahu bertemu pasukan Malaysia setelah mereka membatalkan siri jelajah ke Indonesia. Namun pada perlawanan kedua Malaysia tumpas 2-0. Pujian seharusnya diberikan walaupun kalah. Pasukan Malaysia masih mampu memberikan saingan namun kekurangan pengalaman nyata menjadi kelemahan.

Benarkah prestasi pasukan Malaysia semakin meningkat?

Bak kata Rajagopal, Malaysia gagal menyaingi United pada perlawanan kedua kerana keletihan setelah berhabisan tenaga bertarung pada perlawanan pertama. Pemainnya ingat ini adalah perlawanan pertama dan terakhir menentang United. Dan tidak dijangkakan bahawa mereka perlu bertemu United sekali lagi dalam tempoh 3 hari. Faktor stamina dan konsentrasi nyata masih menjadi penghalang pasukan negara.

Malaysia juga masih menghadapi masalah kurang persefahaman antara pemain. Dengan hantaran yang lemah, gerakan yang lambat, pasukan negara masih lemah dari beberapa sudut dan perlu pemulihan dengan segera. Diharap Rajagopal mampu memberikan suntikan dalam pasukan negara untuk benar-benar bangkit menyaingi pasukan serantau.



Keputusan :
Perlawanan Pertama : Malaysia (2) - United (3)
Perlawanan Kedua : Malaysia (0) - United (2)


Image Hosted by ImageShack.us
Read More

22 July 2009

Bahaya ! Pencuri Coli?

22.7.09 2
Wahai anak dara sekalian, berhati-hatilah menjemur pakaian dalam korang. Kes ini berlaku kat Kemaman. Bahaya sebab sekarang ada pemburu coli dan seluar dalam anak dara. Hebat betul orang tu sebab dapat mengesan mana coli anak dara @ mak dara? hehe..

Gambar Hiasan

Khabarnya untuk tujuan ilmu hitam @ sememangnya penjahat tu memang gila seks. Tahap kemaruk bebenor tu. Tapi sisa-sisa hasil curinya itu telah dijumpai oleh orang kat Bukit Mak Samah. Aku rasalah mungkin ilmu hitam dia dah tak menjadi sebab tersalah ambik pakaian dalam Nenek Dara... Hehehe...

Korang nak baca lagi?

Jom Klik Kosmo!

Image Hosted by ImageShack.us
Read More

09 July 2009

Dilla Pulang Kepangkuan Keluarga

9.7.09 0

"Ampunkan Dilla mak, ayah. Dilla tak nak merajuk dan lari dari rumah lagi. Ampunkan Dilla."

Itu kata-kata kekesalan Dilla atau Nur Fazilah Mohd. Yusof, 16, kepada ibu dan bapanya sejurus pulang ke pangkuan keluarga kira-kira pukul 8.45 malam kelmarin selepas menghilangkan diri sejak 1 Julai lalu.(Petikan Kosmo Online)

Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi. Kerana adik Dilla kita ini dah balik ke rumah keluarganya. Kes merajuk ni parah jugak. Tapi berpada-padala. Ibu bapa mana yang tak sayangkan anaknya ka..? Jadi sebelum buat sesuatu perkara eloklah difikirkan semasak-masaknya. Jangan sampai hati ibu bapa terluka.


p/s : nak tau cite lagi? bacalah Kosmo Online
Image Hosted by ImageShack.us
Read More

Sel Sperma Pun Boleh DiCipta...

9.7.09 0
Dulu dengan kes klon, sekarang dunia dikejutkan dengan penghasilan sel sperma melalui kaedah saintifik. Wah.. macam-macam hal plak. Macam mana dengan pendapat Majlis Fatwa Kebangsaan?

Sekumpulan saintis dari Universiti Newcastle dan Institut Sel Stem Timur Laut England (NESCI) berjaya mencipta sperma manusia di dalam makmal iaitu yang pertama seumpamanya di dunia, lapor beberapa akhbar di Britain semalam. (Petikan Kosmo Online)

gambar hiasan

Bagi kes klon, sememangnya majlis fatwa mengharamkan perkara sedemikian. Kerana ianya adalah bertentangan dengan fitrah manusia. Bagi kes bayi tabung uji pula ia adalah sah disisi Islam jika kedua-dua benih yang dicantumkan itu dari suami dan isteri yang sah dan dilakukan dengan cara yang terhormat (semasa keluarkan benih tu kot...). Nak tau lebih lanjut rujuklah pada yang lebih pakar. Bayi tabung uji( bagi kes sah) boleh menjadi wali dan mewarisi harta pusaka.

gambar hiasan

Bayi sel stem pula (sel sperma saitifik), kaedah ini difatwakan sebagai boleh digunakan untuk tujuan kaji selidik mahupun perubatan dengan syarat-syarat tertentu iaitu sel stem dewasa dans el stem kanak-kanak hemdaklah harus mendapat keizinan daripada ibu bapanya dan prosedurnya tidak memudaratkan.

p/s : sila rujuk pada yang lebih arif..

Image Hosted by ImageShack.us
Read More

08 July 2009

Micheal Jackson Dan Dot...Dot...Dot...

8.7.09 0
Benarkah Jacko adalah penghibur terbaik dunia era ini? Patutkah pemergian beliau ditangisi. Ini semua menjadi tanda tanya bagi aku. Sebab aku sendiri tidak berapa arif berkenaan si Jacko ni (tak tau nak panggil allahyarham atau tidak..?).

Micheal Jackson menggegarkan dunia nyanyian sejak dari zaman kecil lagi bersama-sama adik-beradiknya (dikenali sebagai Jackson 5). Namun beliau mengambil keputusan untuk bergerak secara solo dan di situlah bermulanya era kegemilangannya setelah melahirkan beberapa album yang semuanya top dan meletup belaka.

Namun disebalik kejayaannya, beliau diselubungi dengan pelbagai kes yang mengaibkan. Kes seperti liwat budak lelaki dan sebagainya. Namun malaslah nak ulas kat sini coz tidak elok rasanya mengungkit perkara buruk orang yang telah pergi. Sehinggalah beliau hampir muflis dek kerana disaman oleh banyak pihak.


Ketika kes sebegitu melanda, para peminatnya masih tetap setia, masih utuh dan teguh berdiri di belakangnya. Walaupun villanya sendiri sudah di rampas, Jacko masih lagi bersemangat untuk menghiburkan peminatnya di konsert jelajahnya. Boleh dikatakan itulah kali terakhir peminat Jacko boleh melihat persembahannya.

Hutang beliau masih lagi bernilai jutaan dollar. Sehinggakan hampir kesemua hartanya sudah dilelong mahupun disita. Namun konsert Jacko telah mendapat sokongan padu peminatnya. Beberapa pihak menyatakan Jacko masih lagi mempunyai rakaman lagu, konsert dan beberapa aset hiburan lagi yang jika dipasarkan mampu menjelaskan hutangnya dan membantu anak-anaknya.

Nampaknya segala rekod buruk mengenainya tenggelam oleh kemasyhurannya. Jacko wajar diberi anugerah sepanjang zaman oleh dunia.

Image Hosted by ImageShack.us
Read More

Ronaldo Diarai & Zhirkov Pula Sah Milik Chelsea

8.7.09 0
sumber : kosmo

Semalam stadium 'The Galacticos' penuh sesak dengan para penyokong kelab yang mahu melihat majlis memperkenalkan pemain terbaik dunia, Ronaldo. Beliau yang baru berpindah ke Madrid dengan bayaran 80 juta pound merupakan pemain termahal dunia mengatasi rekod terdahulu oleh Zidane. The Galacticos juga membawa masuk pemain lain seperti Kaka, Raul Albiol dan Benzema dengan nilai keseluruhan mencecah 200 juta pound.

Pada majlis memperkenalkan Kaka seramai 60 ribu orang yang hadir, kini pada majlis Ronaldo hampir 80 ribu peminat hadir meraikannya.

aku sah milik chelsea..

Zhirkov pula sah milik Chelsea setelah dia bersetuju menandatangani kontrak selama 3 tahun bersama Chelsea. Ancelotti kini kian terdesak untuk mendapatkan tandatangan Pato dan Tevez bagi menguatkan jentera serangan Chelsea. Carvalho pula dikatkan dengan perpindahan ke Inter Milan dan menyukarkan usaha Ancelotti untuk membentuk skuad yang mantap. Namun tekad Terry menolak tawaran City dengan gaji 200 ribu pound seminggu sedikit melegakan pengurusan Chelsea.

aku nak cuba angin baru...

City dalam usaha memburu Pirlo dan Puyol telah membawa masuk beberapa bintang baru dalam pasukannya seperti Santa Cruz dan Barry nampaknya boleh mula yakin dengan barisan yang ada setelah masih gagal mendapatkan tandatangan Tevez.

wang bukan segalanya...

Liverpool pula bersedia melepaskan Xabi Alonso jika Real sanggup membayarnya 40 juta pound dan memasukkan nama Negredo sebagai pertukaran. Benitez membayangkan untuk menggandingkan Negredo dan Torres di bahagian serangan jika Real bersedia dengan perpindahan tersebut. Namun Madrid merasakan yuran yang diletakkan Liverpool terlalu tinggi dan Real sukar untuk memenuhinya.

ooo...tak heran aku takde yer....?

Arsenal juga bersedia melepaskan bintangnya Fabregas jika ada kelab setuju dengan bayaran 40 juta pound. Arsene Wenger merasakan pengaruh Fabregas tidaklah sekuat mana kerana Arsenal berjaya mengharungi liga tanpanya dengan prestasi yang baik. Jika ada kelab sanggup menawarkannya beliau merasakan ianya adalah sangat munasabah dan berbaloi untuk kehilangan khidmat kapten Arsenal itu.


sumber : beberapa laman info bola kat internet

Image Hosted by ImageShack.us
Read More

07 July 2009

Dimana Dilla?

7.7.09 0
Remaja ini sedang dicari oleh keluarganya. Namanya Nur Fazilah Mohd. Yusof (Dilla). Kepada sesiapa yang pernah melihat dia tolong beritahu pihak yang sepatutnya yer... Cal la 999 ke, 991 ke.. hehe...

Berita lanjut sila ke : Kosmo

Semoga beliau selamat ditemui....

p/s: jgn mudah percaya dengan janji manis.....


Image Hosted by ImageShack.us
Read More

06 July 2009

Politik Ooo Politik : Apa Nak Jadi da....

6.7.09 0
Musim PRK lani ni.. Kat Manek Urai, Kelantan. Gege(bising) doh habis ke sepelusuk tanah air. Pasal kutuk-mengutuk, cabar mencabar antara satu sama lain. Payah sgt ko nak bersatu? Atau memang tak boleh dah nak bersatu?

Ada yang ajak berdebat, ada plak nak muzakarah jah. Tapi ada plak yg cucuk kat belakang kata memang nak 'berperang', kira jihad dah ni. Sapo hok dok kat belakang tu????

Ingatlah wahai umat MELAYU. Sebelum terlambat baiklah kita menyedarkan diri kita ni. Kita makin terkebelakang. Bukan kedepan dah ni. Jalan 'gostang'(undur) doh ni..

Orang lain dah sampai tahap jutawan mega. Siap nak beli pasukan bolasepak eropah lagi. Kita masih dok kong keng kong keng sendiri. Mu Tuduh aku, aku tuduh mu... Last2 dua2 yang rugi..

Mana kita nak letak muka kalu kita jatuh pahni? Dalam baldi? Laci? Tak pun dalam kocek (saku) seluar?

Kita sentuh pasal isu mereka sikit je pun 'mereka' dah pandai melenting. Rombak kandang babi habis kena maki. Tak sedar lagi ko? Weeiii...kabarlah sikit! Bila Melayu nak maju kalau asyik jadi boneka ore jah? Dikatakan pulak kerajaan sekarang tolak ISLAM? Kenapa jadi camtu. Anda yg mentadbir negeri pun xleh nak kontrol rakyat tu ni kan pulak kawal 1 MALAYSIA?

Pada pendapat saya, kerajaan sekarang sudah berusaha sehabis daya. Cuba menegakkan syiar ISLAM kat bumi Malaysia ni sejak zaman dahulu lagi. Mana 'puak' tu ketika kita usaha untuk MERDEKA? Mana????

Undang-undang bukan perkara main2, tu baru undang2 dunia. Hok akhirat? Apo hukum mengkafirkan sesama ISLAM? Tak kan x reti kot. Bila dah terhantuk baru nak kabar. Kita jangan emosi. Cuba tenangkan diri. Banyakkan berzikir. Tolak la jauh 'makhluk' Allah yang suka menghasut tu. Dia menghasut untuk kepentingan diri dia jah.

Bila ISLAM nak maju? Asyik kena tindas. Tengok Iraq, Afganistan, Palestin, lani plak Iran. Bakpo pok dia jadi mcm tu? Apa kelebihan Iran berbanding yg lain walaupun dah lama menjadi sasaran 'PENJAHAT DUNIA'? Belajar la dari kesilapan dan kebenaran tu. Memang semua ummat ISLAM kalu buleh nak jihad. Nak berjuang di jalan ALLAH. Tapi setakat kita mati katak, tanpa pembelaan yg sewajarnya, baiklah kita fikirkan jalan yang lebih baik. Jihad ada kategori dia. Sampai ada ulamak mengatakan kalu kita berjuang secara membuta tuli bukan jihad namanya. Nak ko kita jadi gitu?

Slow-slow.. Kita bangun perlahan dulu. Biar lambat asal selamat. Apa yang penting kena ada KERJASAMA. Bukan kata-mengata.....

Image Hosted by ImageShack.us
Read More

Analisa Bola Kelantan

6.7.09 0
Kelantan kekal berada dikedudukan ke-3 Liga Super dan sudah tidak mempunyai peluang untuk muncul sebagai juara mahupun naib juara. Harapan Red Warrior sekarang hanyalah untuk berada di tempat ke-3 liga, itupun jika Kedah gagal mengambil kelebihan 4 perlawanan berbanding Kelantan yang hanya memiliki baki 3 perlawanan.

Perbezaan mata antara Kelantan dan Kedah hanya 1 mata. Kedah mampu mengutip mata maksima 12 mata sedangkan Kelantan hanya 9 mata. Oleh itu pungutan mata Kedah meningkat kepada 54 mata dan Kelantan hanya memperoleh 52 mata.

Pendahulu liga sekarang, iaitu Selangor memiliki 54 mata dan Perlis pula mempunyai 52 mata. Selangor berpeluang muncul sebagai juara jika memenagi kesemua baki perlawanan.

Bagi dua pasukan tercorot liga pula, peluang Polis sudah nyata tertutup. Tetapi Pahang masih mempunyai ruang untuk kekal dalam liga utama Malaysia. Samada Pahang terus mempamerkan peningkatan atau peluang apabila format liga Malaysia dirombak sekali lagi... hehe..

Sejak kembali ke stadium keramat, Stadium Sultan Mohammad ke-IV, Pasukan Kelantan nyata mempamerkan peningkatan. Namun aksi yang agak over konfiden nyaris-nyaris membunuh diri sendiri apabila dikejutkan Pahang yang mendahului 2 kali sebelum jaringan gol kemenangan oleh Zairul Fitri. Nyata pertahanan Kelantan tampak sangat lemah dan tidak konsisten.

Sebelum itu Kelantan telah tunduk kepada Terengganu di Kuala Terengganu dengan keputusan 2-0. Menjadikan keadaan padang sebagai alasan adalah tidak sepatutnya dilakukan oleh jurulatih Kelantan, Peter Butler. Butler seharusnya sedar, pasukan Kelantan amat lemah di bahagian pertahanan. Butler perlu merekrut beberapa pemain baru agar barisan pertahanan Kelantan lebih utuh. Meskipun memiliki jumlah jaringan kedua terbanyak selepas Selangor, Kelantan nyata adalah pasukan yang paling banyak bolos (analisa bagi kedudukan tempat 5 keatas). Jumlah jaringan Kelantan adalah 47 dan bolos sebanyak 32 gol menceritakan bahawa Kelantan sememangnya amat memerlukan beberapa muka baru di bahagian pertahanan.

p/s: ini adalah pendapat aku semata-mata, camne dengan pok2 mu pulok?
Image Hosted by ImageShack.us
Read More

Emas Bertukar Arang?

6.7.09 0
Emas yang diharapkan, rupanya arang menjadi kenyataan. Kesian kat para pencari emas di Kampung Jelutung, Pendang. Letih mereka kumpul 'arang-arang' tu tak berbalas dengan hasil yang mereka harapkan.

Tukang Emas kat situ telah membuat kajian sendiri berkenaan penemuan tersebut. Apa yang berlaku kepada ketulan 'emas' tersebut' ialah bertukar kehitaman. Tiada lagi warna keemasan yang menjadi kegilaan semua 'pencari emas'.

Ni baru emas betul...

Sebelumnya ramai yang nekad mencari dan menyimpan ketulan tersebut walaupun ada pihak yang menyatakan bahawa ianya bukan emas. Mereka kumpul dan mahu tunggu sehingga pengesahan yang sebenarnya dikeluarkan oleh pihak yang lebih arif katanya.

Kerajaan negeri juga dok kalut menyatakan jika ia benar-benar emas ianya adalah hasil negeri. Hahaha... Lawak tul.. Sekarang amiklah arang tu wak hasil negeri. Ok ape...?

p/s: kalu emas betul aku pun pi cari jugak kot... heheheh...

Image Hosted by ImageShack.us
Read More

Manohara Dan Kerabat DiRaja Kelantan

6.7.09 0
Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Mohammad Fakhry mendakwa Manohara berhutang hampir RM1 juta. Banyak tu.. Media di Indonesia menuduh macam-macam kpd kerabat diraja Kelantan. Ini boleh dikatakan fitnah oleh Ibu Manohara sendiri, Daisy.



Sebelumnya mereka menuduh Manohara didera dan bermacam-macam lagi. Dipaksa senyum ketika menghadiri majlis. Apakah betul semua itu? Takkanlah Manohara takde kepala otak? Jika betul macam-macam cara boleh buat. Tapi dia memang dah nyata derhaka kat suami dia kerana lari.

Inilah bila rumahtangga dicampuri oleh ibu mertua seperti Daisy. Kekalutan dalam rumahtangga pasti timbul. Kerabat diraja Kelantan boleh mendakwa Daisy juga bagi menuntut kebenaran.

Sumber : Ulasan dari Kosmo 6 Jun 2009

Image Hosted by ImageShack.us
Read More

05 July 2009

Ananda Krishnan Mahu Beli Newcastle?

5.7.09 0

Media Brittan, The Sun melaporkan Ananda mahu membeli Newcastle dengan harga 95 juta pound (RM547 juta). Harga tersebut dikhabarkan kurang 40 juta pound semasa Mike Ashley membeli kelab tersebut terdahulu. Ashley pula menyatakan Ananda adalah pilihan utamanya jika ia benar-benar menjadi kenyataan.

Ananda Krishnan merupakan orang kedua terkaya di Malaysia selepas Tan Sri Robert Kuok dan berada di kedudukan ke-62 terkaya di dunia. Dengan aset bernilai 4.2 billion pound (RM22 milion) Ananda dilihat sebagai pilihan utama untuk menyelamatkan kedudukan Newcastle yang terbabit dengan penyingkiran divisyen. Alan Shearer dilaporkan akan kekal sebagai pengurus pasukan tersebut.


Jika Malaysia benar-benar memiliki individu yang kaya dan bermurah hati sebegini, kenapa tiada siapa pula yang mahu menyelamatkan industri bolasepak Malaysia? Sayang sekali, dahulu Proton menaja pasukan Norwich. Sekarang taikun Maxis pula nak jadi pemilik kelab EPL. Dengan nilai RM547 juta, apa salahnya jika 5% setahun dari jumlah itu disumbangkan untuk Liga Malaysia?

Namun demikian, diharapkan pemilikan ini akan memberi ruang untuk pemain Malaysia beraksi di eropah yer...

Image Hosted by ImageShack.us
Read More

04 July 2009

Owen Ke Manchester United!!!?

4.7.09 2
PERPINDAHAN PERCUMA KE MANCHESTER UNITED


Aku belum tua....

Manchester United telah mengumumkan ikatan kontrak dengan Micheal Owen selama 2 tahun. Ianya adalah kejutan terbesar dari Fergusen setelah beliau kehilangan Ronaldo dan Tevez. Tiada siapa jangkakan akan perkara ini. Dan Owen sendiri nyata terkejut dengan tawaran dari Sir Alex. Katanya tawaran yang dibuat Sir Alex semestinya sukar ditolak.

Sir Alex Fergusen sememangnya tidak asing untuk merekrut 'bakat tua' untuk lebih menyerlah setelah mengikat Van der Sar dan Larson. Dan beliau nyata tiada masalah untuk merekrut Owen untuk kembali menjadi striker yang disegani. Owen kehilangan bisanya apabila berhijrah ke Madrid dan kepulangannya ke Liga EPL nyata kurang membawa tuah setelah menyertai Newcastel. Ekoran penyingkiran divisyen Owen mengambil keputusan untuk berpindah ke kelab lain. Terdahulu Hull City berminat mendapatkannya. Namun tawaran Man. United menjadi pilihannya.

Saya akan berusaha....

Bekas striker Liverpool dan Real Madrid ini akan memiliki peluang untuk kembali menyerlah dalam EPL jika beliau memanfatkan peluang yang diberi dan mengelakkan dari risiko kecederaan berterusan.

Image Hosted by ImageShack.us
Read More

03 July 2009

Karnival Gaya Hidup Rakan Muda Di Jusco AU2

3.7.09 1
AEON AU2 SETIAWANGSA

Jusco AU2, Keramat

Pada hujung minggu yang lepas, JPS Malaysia (pejabat aku) telah dijemput untuk bersama-sama mengadakan pameran sempena Karnival Gaya Hidup Rakan Muda. Ianya diadakan di Jusco AU2, Keramat. Biasalah, aku dan beberapa kakitangan lagi (kami dari BSGE) ditugaskan untuk mengurus dan melaksanakan pemeran tersebut.

Antara jabatan lain yang terlibat adalah seperti JPA3 dan JAS. JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia) pula diwakili oleh BSGE (Bahagian Struktur, Geoteknik dan Empangan).

Booth pameran JPS Malaysia

Bergambar bersama motor kat booth pemeran sebelah... hehe

Karnival tersebut diadakan selama 2 hari dari 27 hingga 28 Jun 2009. Banyak la juga acara yang dilangsungkan. Antaranya seperti Street Soccer, Gladiator, FunFair, Flying Fox, Rock Climbing, games extrem seperti skate dan bike, dan sebagainya lagi. Rugi kalu korang tak pi...

Acara Gladiator, yang baju hijau tu King 27 jun, dan yang merah tu King 28 jun. Malangnya pilihan pengunjung King Hijau tumpas....

Acara Street Soccer menjadi tumpuan utama sepanjang karnival.

Ni plak geng main skate dan bike...

Adik ni pun turut mencuba Fliying Fox...

Bro ni cuba buat aksi Superman, tapi jadi Suparman... hehe...

Yang rasmikan karnival tersebut pula adalah penaung Rakan Muda Peringkat Setiawangsa/Titiwangsa. Beliau dipersembahkan seni bela diri Silambam oleh adik-adik persatuan Silambam kawasan tersebut.

Penaung Rakan Muda Peringkat Setiawangsa/Titiwangsa

Persembahan Silambam

Y.B Penaung sangat berbesar hati dengan kerjasama pihak swasta seperti JUSCO dan AEOn kerana sudi membantu, menyokong dan banyak lagi keatas usaha warga Rakan Muda Kawan Setiawangsa/Titiwangsa.

Ucapan Penaung Rakan Muda Kawasan...

Kerjasama seperti ini amatlah digalakkan selain meningkatkan imej sesebuah syarikat. Semoga acara seperti ini akan dapat diteruskan dan membantu membangunkan golongan belia dan seterusnya.

Upacara Perasmian Penutup....

Petugas Pameran JPS Malaysia

Image Hosted by ImageShack.us
Read More

Post Top Ad

Your Ad Spot