Meet Uncle Hussain juara AJL23

KUALA LUMPUR – Biarpun lagu Sampai Syurga nyanyian Faizal Tahir mencipta hatrik dengan tiga kemenangan termasuk juara kategori Balada, Persembahan dan Vokal Terbaik, namun kehebatan irama Lagu Untukmu daripada satu-satunya band indie, Meet Uncle Hussain (MUH) yang bertanding pada tahun ini tidak tercabar apabila diangkat sebagai Juara Lagu keseluruhan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23, malam tadi.
Lagu Untukmu ciptaan Taja, Tass serta lirik oleh Lan itu juga menjulang kemenangan besar apabila turut menggondol trofi Juara untuk kategori Pop Rock. Kemenangan itu sekali gus menjadikan keseluruhan wang tunai berjumlah RM37,000 menjadi milik mereka.
“Kami gembira kerana muzik kami diterima, selepas ini peluang untuk kami bawa muzik ini akan lebih mudah dan lebih terbuka,” kata Taja, antara pencipta lagu Lagu Untukmu.
Disaksikan hampir 10,000 penonton yang membanjiri Stadium Putra, Bukit Jalil, AJL23 juga menyaksikan medan Faizal Tahir membasuh lukanya kerana tidak dapat beraksi pada AJL tahun lepas gara-gara kontroversi buka baju yang diciptanya.
“Selepas menang tiga trofi saya masih fikir Meet Uncle Hussin yang akan menang Juara Lagu sebab pertandingan ini tentang lagu dan muzik. Menang vokal dan persembahan tak semestinya menang lagu terbaik walaupun Sampai Syurga juga memang kategori Balada,” kata Faizal.
Kemenangan itu membuahkan hadiah wang tunai berjumlah RM32,000 kepada Faizal yang sekali gus bertindak sebagai penulis lirik lagu berkenaan dan penggubah lagunya, Audi Mok.
Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.
>>Petikan Daripada KOSMO! Online

No comments:
Post a Comment