Tahniah Buat Meet Uncle Hussain (MUH)
Kali ke 2, band indie berjaya merangkul juara keseluruhan seolah2 menampakkan perubahan selera pendengar masakini. Zaman mendayu2 mungkin sudah semakin pudar namun kehebatan vokal dan persembahan Faizal Tahir sememangnya sukar utk dinafikan menerusi lagu Sampai Syurga.
Bak kata Ally, cukuplah utk membayar hasil Faizal menjalankan kerja amal selama 3 bln.
Ziana Zain juga tampil dengan persembahan yg menarik, namun mungkin kerana bersaing dikalangan peserta2 final yg hangat2 belaka, nasib kurang menyebelahinya. Aksi beberapa peserta lain dianggap masih standard semasa.
Estranged juga menampilkan persembahan yg bertenaga. Juara edisi ke22 ini nampaknya disaingi sengit oleh MUH. Dan sememangnya MUH layak memenangi juara kategori. Apa yang menjadi tanda tanya, kenapa buka Faizal Tahir dinobatkan Juara? Sedangkan beliau melakukan kemenangan hatrik dengan 3 anugerah. Juara kategori balada + Vokal + Persembahan.
Namun demikian keputusan juri adalah muktamad. Kpd Faizal anda sememangnya harus terus berusaha.
Kali ini tiada juara SMS. Hahaha..

No comments:
Post a Comment