January 2009 - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

22 January 2009

APA DAH JADI...?

22.1.09 0
Apehal lagi?
Asyik ada yg x kena...

Dulu komen ckp yakin
Sekejap x konfiden

Alasan plak coz ujian kecergasan x jadi
Tiba2 plak kata bersedia

Tapi bila main kalah cakap kualiti pemain plak x bagus
Masa menang puji melambung

Kalah diletakkan sepenuhnya atas bahu pemain
Jurulatih ape ni?

Cakap sape yg betul?

Sekarang kita cuma ada pemain2 yg bermain dlm LIGA SUPER dan LIGA M. Tapi dikatakan liga kita sekarang kurang menarik dan bertambah tak menarik lagi bila tak ada pemain import. Apasal haaa...? Sedangkan apa yg sepatutnya kita fikirkan ialag bagaimana caranya utk menjadikan pemain bola kita sentiasa cergas dan bersedia dari segi MENTAL dan FIZIKAL.

Adakah pemain kita amat memerlukan :
  1. Gaji yang tinggi/ setimpal dengan khidmat
  2. Latihan ala tentera
  3. Jadual liga yg benar2 ekstrem
  4. Dlll...
Sudah tiba masakah kita memerlukan satu latihan serta syarat yg ketat utk menaikkan semangat dan taraf pemain?

Inilah yg akan pemain negara kita lalui bila menjalani latihan ala ketenteraan...?

Apa komen anda?
Read More

MALAYSIA KALAH : 5-0

22.1.09 0

Rentak skuad negara sumbang




SKUAD bola sepak negara membuka kempen kelayakan Piala Asia 2011 dengan langkah sumbang apabila tumpas 0-5 kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada perlawanan pertama di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.

Kecergasan dan ketahanan fizikal jelas menjadi pemisah buat skuad bimbingan B. Sathianathan itu dengan pemain UAE apabila ketingalan 0-2 pada babak pertama hasil jaringan Mohamed Omar Ahmad Alshaddadi pada minit ke-29 dan 45.

Biarpun berjaya menyaingi kehebatan juara Piala Negara-Negara Teluk 2007 itu dengan mencipta beberapa peluang di depan pintu gol, namun seperti biasa gerakan jentera serangan skuad negara terlalu mudah untuk dipatahkan.

Begitupun, jurulatih negara, Sathianathan menyifatkan aksi anak buahnya pada babak pertama wajar diberi pujian kerana berjaya mencipta beberapa gerakan menarik di depan pintu gol lawan.

Namun, menurutnya, stamina dan kecergasan pemain negara tidak cukup bagus untuk menyekat asakan UAE yang meledakkan tiga gol lagi pada babak kedua menerusi kaptennya, Ismaeil Matar (minit ke-52, 75) dan Ahmed Khalil Sebait (minit ke-85).

"Kita berjaya mengawal permainan dan menyaingi pasukan UAE pada babak pertama," kata Sathianathan.

"Kita mampu melancarkan serangan dan mencipta beberapa peluang menjaringkan gol, cuma kita penyudah saja kita tumpul.

"Perlu ingat bahawa kita berdepan pasukan yang berkualiti dan UAE baru pulang daripada kempen Piala Negara Teluk baru-baru ini. Jadi persiapan mereka lebih bagus daripada kita," katanya lagi.


PENJAGA gol Malaysia, Syamsuri Mustafa (dua dari depan) diasak penyerang UAE pada perlawanan di Stadium Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.


Sathianathan juga menggambarkan kekecewaannya dengan jumlah gol yang dibolosi skuad negara sambil menyifatkan kekalahan besar itu adalah berpunca daripada kelemahan mereka khususnya dari segi stamina.

"Kita sebenarnya kalah dari segi ketahanan kerana pemain hanya ada dua hari saja menjalani latihan kecergasan," kata Sathia.

"Sebab itulah saya kata kecergasan sangat penting. Walaupun kita mampu menyaingi mereka pada babak pertama, tapi babak kedua pemain sudah keletihan.

"Saya tetap gembira dengan komitmen yang ditunjukkan pemain. Mereka tetap bersemangat untuk mencari gol dan beraksi dengan baik. Cuma jelas sekali kita masih tidak cukup bagus untuk menewaskan kualiti pemain UAE," ujarnya lagi.

Sementara itu, jurulatih UAE, Dominic Bathenay pula berkata dia agak terkejut melihat skuad negara berjaya memberi tekanan kepada anak buahnya pada babak pertama.

"Babak pertama menyaksikan penguasaan yang seimbang oleh kedua-dua pasukan, namun kami menggunakan peluang di depan gol dengan lebih baik.

"Saya gembira kami menang 5-0 walaupun saya jangkakan kami kami menang 1-0," katanya lagi.

Selepas ini, skuad negara dijadualkan berdepan Uzbekistan pada aksi kedua Kumpulan C 14 November depan.


>>PETIKAN KOSMO! ONLINE

Read More

20 January 2009

KELAYAKAN PIALA ASIA

20.1.09 0

Atas kertas memang sukar





BERDASARKAN reputasi, skuad bola sepak Malaysia mungkin tidak sehebat Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam bola sepak Asia.

Dalam kedudukan yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) awal bulan ini skuad negara berada di ranking ke-158 dunia (29 Asia) berbanding UAE yang menduduki tempat ke-114 dunia (13 Asia).

Malah, reputasi bekas juara Piala Negara-Negara Teluk 2007 itu juga amat menakjubkan apabila pernah beraksi dalam Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat.

Begitupun, bagi kapten baru skuad negara, Norhafiz Zamani Misbah, reputasi negara pengeluar minyak dunia itu tidak sedikit pun mendatangkan gentar.

Menurutnya, reputasi dan pencapaian tersebut tidak memberi sebarang makna kepadanya kerana dia yakin skuad bimbingan B. Sathianathan itu tidak akan tunduk dengan mudah pada pertemuan pertama kempen Kelayakan Piala Asia 2011 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam esok.

"Saya akui pemain UAE memang memiliki keupayaan yang bagus dari segi kemahiran, kelincahan dan taktikal di atas padang," kata Norhafiz selepas menjalani latihan skuad kebangsaan di padang FAM Kelana Jaya semalam.

"Berdasarkan ranking, mereka mungkin lebih bagus daripada kita. Tapi saya rasa itu tidak bermakna kami akan duduk dan menunggu mereka menyerang kami begitu saja. Kami juga memiliki beberapa pemain yang mampu mencipta kejutan.

"Jadi, selagi kami bermain seperti apa yang diarahkan jurulatih, saya rasa peluang kami ialah 50-50. Tidak mustahil kami juga mampu mencipta kejutan malam itu nanti (malam esok)," ujar pemain pertahanan KL Plus itu.


Syamsuri (Kiri) kini dapat kepercayaan menjaga gawang Malaysia

Menurutnya, skuad negara juga perlu menggunakan kelebihan beraksi di hadapan peminat sendiri untuk mengutip mata pertama negara dalam kempen tersebut.

"Memang, kalau boleh kami mahu mencatat kemenangan ke atas UAE. Ini penting kerana ia bakal memberi keyakinan dan penyuntik semangat untuk meneruskan baki kempen ini.

"Oleh itu saya harap dengan kelebihan bermain di tempat sendiri dan juga dengan sokongan peminat negara, kita mampu mencipta kejutan sekurang-kurangnya mencatat seri dengan UAE," katanya.


SATHIANATHAN giat melatih anak buahnya menjelang aksi penting menentang UAE esok.


Norhafiz diberi tugas menggalas peranan kapten buat kali pertama tahun ini ekoran ketiadaan perancang Negeri Sembilan, Shukor Adan yang mengalami kecederaan.

"Saya anggap peranan yang diberikan ini sebagai satu penyuntik semangat kepada saya untuk mengetuai rakan-rakan menggempur kubu UAE.

"Walaupun kami agak terasa kehilangan Shukor, tapi saya rasa kami juga memiliki beberapa pemain yang mampu menggalas tugasnya sebagai perancang.

"Dengan kehadiran semula penjaga gol berpengalaman, Syamsuri Mustafa, saya rasa gawang kita mungkin semakin sukar untuk ditembusi," katanya lagi.

>>PETIKAN KOSMO! ONLINE

Read More

19 January 2009

AJL 23 - 2009

19.1.09 0
Tahniah Buat Meet Uncle Hussain (MUH)

Kali ke 2, band indie berjaya merangkul juara keseluruhan seolah2 menampakkan perubahan selera pendengar masakini. Zaman mendayu2 mungkin sudah semakin pudar namun kehebatan vokal dan persembahan Faizal Tahir sememangnya sukar utk dinafikan menerusi lagu Sampai Syurga.

Bak kata Ally, cukuplah utk membayar hasil Faizal menjalankan kerja amal selama 3 bln.

Ziana Zain juga tampil dengan persembahan yg menarik, namun mungkin kerana bersaing dikalangan peserta2 final yg hangat2 belaka, nasib kurang menyebelahinya. Aksi beberapa peserta lain dianggap masih standard semasa.

Estranged juga menampilkan persembahan yg bertenaga. Juara edisi ke22 ini nampaknya disaingi sengit oleh MUH. Dan sememangnya MUH layak memenangi juara kategori. Apa yang menjadi tanda tanya, kenapa buka Faizal Tahir dinobatkan Juara? Sedangkan beliau melakukan kemenangan hatrik dengan 3 anugerah. Juara kategori balada + Vokal + Persembahan.

Namun demikian keputusan juri adalah muktamad. Kpd Faizal anda sememangnya harus terus berusaha.

Kali ini tiada juara SMS. Hahaha..
Read More

ANUGERAH JUARA LAGU 23

19.1.09 0

Meet Uncle Hussain juara AJL23


KUMPULAN Meet Uncle Hussain merayakan kemenangan mereka dalam AJL23 di Stadium Putra Bukit Jalil malam tadi.


KUALA LUMPUR – Biarpun lagu Sampai Syurga nyanyian Faizal Tahir mencipta hatrik dengan tiga kemenangan termasuk juara kategori Balada, Persembahan dan Vokal Terbaik, namun kehebatan irama Lagu Untukmu daripada satu-satunya band indie, Meet Uncle Hussain (MUH) yang bertanding pada tahun ini tidak tercabar apabila diangkat sebagai Juara Lagu keseluruhan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23, malam tadi.


Lagu Untukmu ciptaan Taja, Tass serta lirik oleh Lan itu juga menjulang kemenangan besar apabila turut menggondol trofi Juara untuk kategori Pop Rock. Kemenangan itu sekali gus menjadikan keseluruhan wang tunai berjumlah RM37,000 menjadi milik mereka.

“Kami gembira kerana muzik kami diterima, selepas ini peluang untuk kami bawa muzik ini akan lebih mudah dan lebih terbuka,” kata Taja, antara pencipta lagu Lagu Untukmu.


Disaksikan hampir 10,000 penonton yang membanjiri Stadium Putra, Bukit Jalil, AJL23 juga menyaksikan medan Faizal Tahir membasuh lukanya kerana tidak dapat beraksi pada AJL tahun lepas gara-gara kontroversi buka baju yang diciptanya.


“Selepas menang tiga trofi saya masih fikir Meet Uncle Hussin yang akan menang Juara Lagu sebab pertandingan ini tentang lagu dan muzik. Menang vokal dan persembahan tak semestinya menang lagu terbaik walaupun Sampai Syurga juga memang kategori Balada,” kata Faizal.


Kemenangan itu membuahkan hadiah wang tunai berjumlah RM32,000 kepada Faizal yang sekali gus bertindak sebagai penulis lirik lagu berkenaan dan penggubah lagunya, Audi Mok.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.


>>Petikan Daripada KOSMO! Online

Read More

16 January 2009

SEBAB LELAKI MERAJUK

16.1.09 0
Seorang laki yg pendiam tetiba merajuk... Dah 3 hari tak bercakap ngan bininya... Suatu ptg bininya pun bertanya;

Bini: Kenapa U?
Laki : uhhhhh!!luat! !!
Bini: Pasai i kuar pergi kedai tak bagi tau u ker?
Laki: Tak!

Bini: Pasai mak bapak i datang ngan adik2 tinggal sampai 2 minggu ker?
Laki: Tak!
Bini: Pasai keter U, i bagi pancit ker?
Laki: Tak
Bini: Err!pasai i amik duit u RM10,000 tak bagi tau u ker?
Laki: tak!

Bini: Pasai i tak iron baju u ker?
Laki: Tak

Bini: Pasai i tak pernah masak kat u selama nie ker?
Laki: Tak!
Bini: Pasai i selalu suruh u beli lauk bungkus ker?
Laki: Tak!
Bini: Pasai i tak nak anak ker?
Laki: Tak!

Bini: Pasai u kena basuh baju kita ker?
Laki: Tak!
Bini: Abis tue awat nie
laki: Err! Naper u dah bulih semayang tak cakap i pun!...
Bini: ?
Ha Ha ha... ... ... . ... ..!!!

PETIKAN DARI VF
Read More

NASIB MALAYSIA SETERUSNYA...?

16.1.09 0
Keadaan skuad bolasepak kebangsaan terlalu lemah kerana hanya beberapa pemain jah yg lulus ujian kecergasan yg dibuat di MSN. Bakpo buleh jadi gini???

Malaysia VS UAE (Kelayakan Piala Asia)

Tahap liga kita sekarang nampak mcm lemah sgt. Prestasi pemain pula kurang memuaskan. Nyata tanpa pemain import barisan serangan pasukan2 yg bertanding gagal menghasilkan penyudah yg tajam dan bhgn tengah pula tak konsisten utk membuat hantaran dan umpanan yg baik. Jd mcm main kat kampung pulok, mace lalat urung taik....?

Apakah ini yg dikehendaki oleh FAM?

Sedangkan liga2 ternama didunia menggunakan pemain import utk menguatkan pengaruh liga mereka seterusnya berjaya membina pasukan kebangsaan yg benar2 mantap.

Kekadang ada rasional juga dpd keputusan tersebut... Kenapa?

Kerana pemain kita boleh berdikari, tanpa bantuan tenaga import segala kudrat dan tenaga adalah dari sumbangan pemain tempatan. Tgk macam pasukan Kedah, mereka gagal memberikan aksi sama seperti ketika mereka memiliki pemain import. Dan ini seolah2 menunjukkan Kedah hanya bergantung kpd pemain import. Tetapi, kita mesti bersabar, mungkin Kedah masih belum kena pd rentaknya. Kehilangan rakan sepasukan seperti Marlon, dan Hugging semestinya mereka rasai. Sama juga seperti jika pasukan seperti Manchester United, jika mereka kehilangan pemain penting seperti Ronaldo, Rooney dan pemain utama lain, pastinya mereka perlu menyesuaikan diri dengan rentak baru. Namun demikian, tahniah buat pasukan Kelantan, kerana masih lagi konsisten dan berjaya mengimbangi perlawanan sebaiknya walaupun memiliki beberapa muka baru dalam pasukan. Diharap mereka di dlm Liga Malaysia boleh meningkatkan lagi tahap permainan kpd yg lebih baik. Mampukah...?

Pasukan Malaysia seharusnya melansungkan seberapa banyak yg boleh perlawanan persahabatan antarabangsa bagi meningkatkan kualiti dan daya saing pemain. Jgn hanya pandang kpd pasukan2 ternama sahaja. Yela, apa salahnya jika menentang pasukan2 seperti Andorra dan sebagainya. Walaupun mereka pasuka lemah di eropah namun sekurang2nya kita dpt menimba pengalaman bagaimana utk bersaing dengan pasukan yg memiliki susuk tubuh yg lebih besar dan tinggi. Tu pun belum tentu Malaysia menang kottt....?

Apa yg penting, pemain dlm liga di Malaysia seharusnya mempunyai semangat kenegaraan. Sentiasa penuh tenaga dan mempunyai komitmen penuh semasa perlawanan dan teguh dihati utk menjadi barisan pemain kebangsaan. Tak mustahil jika kita berjaya memenangi Piala Asia, dan semua pemain yg berjaya itu akan bergelar DATUK...?

p/s: Semua tertumpu pd Ganjaran...
Read More

13 January 2009

TRANSFER - HAMPIR MENJADI PASTI ATAU SPEKULASI?

13.1.09 0
Riise (AS Roma) ke Newcastel Utd > Loan
Lucio ke MILAN @ Real Madrid?
Benzema ke Man Utd @ Barcelona

Heskey ke Liverpool? > Bersyarat
David Villa ke INTER @ Barcelona?
Cudicini ke Man City

Pennant ke Sevilla?
Tevez ke REAL?

Kita tunggu dan lihat apakah semua ini akan jadi kenyataan...
Kuasa wang atau peribadi menjadi punca kejayaan?
Read More

KHIDMAT PENNANT BAKAL BERAKHIR DI LIVERPOOL?

13.1.09 0

Liverpool Tunggu Tawaran Untuk Pennant

Rafael Benitez menggiring Jermaine Pennant lebih dekat ke pintu keluar Anfield.


Liverpool Tunggu Tawaran Untuk Pennant


Khidmat Pennant di Liverpool mungkin berakhir tdk lama lagi sekiranya Liverpool menerima tawaran menarik dpd beberapa kelab yg berminat dgn khdmatnya.

Spekulasi ini kemungkinan berkaitan dgn Milan yg dikatakan sdg berunding utk mendapatkannya.

Namun demikian Benitez kemungkinan bersedia utk menawarkan lanjutan kontrak kpd Pennant selama setahun.

Sumber : Goal.Com


Read More

FERRARI F60

13.1.09 0

FERRARI MEMPERKENALKAN KERETA BARU

F60
Read More

KELANTAN BUKTIKAN MASIH KONSISTEN

13.1.09 0
Walaupun dihampakan FAM dengan keputusan 'kalah tanpa bertanding' kpd KL Plus, Kelantan masih lagi tetap utuh melalui kemengangan keatas UPB Myteam (4-2) dan KM Naza (2-1). Dua kemenangan dpd 3 perlawanan menunjukkan Kelantan tetap konsisten utk memburu gelaran musim ini.

Indra dan Khalid juga selesa sbg penggempur Kelantan dengan masing2 menyumbangkan 1 gol ketika mengalahkan KM Naza di Kota Bharu.

Pertemuan selepas ini ialah dgn pasukan Polis di Kota Bharu dan sekiranya Kelantan mengekalkan rentak 'ganas' seperti perlawanan lepas, 90% kemenangan berpihak kpd skuad kijang utk mengatasi pasukan tangga tercorot LIGA SUPER 09, Polis.
Read More

12 January 2009

PALESTIN SEMAKIN TERTINDAS

12.1.09 0
Apa dah jadi dengan DUNIA sekarang?

Ketika Palestin terus dianiaya, negara2 dunia hanya berdiam diri sahaja. Mereka bagaikan takut utk bersuara, demi keamanan sejagat dan dunia. Jika negara barat hanya membisu saja, bagaimana pula dengan negara ISLAM? Apakah takut nak tunjuk taring tapi terkeluar gusi pula.

Dimana Mesir, Arab Saudi, Syria, Iran dan sebagainya? Tak mampukah utk menentang keganasan ISRAEL? Yahudi seolah2 semakin menekan. Bagaikan mahu saja mereka melenyapkan terus rakyat PALESTIN dari muka bumi ini. Dengan menggunakan senjata yg mengandungi bahan kimia berbahaya, Israel membunuh satu persatu rakyat yg tdk berdosa.

Hilang akalkah mereka?

Saat utk BUSH mengundurkan diri semakin hampir, dan masa itulah digunakan sebaik2nya oleh Israel utk melakukan jenayah perang selagi Bush masih ada utk melindunginya. Apakah peranan OBAMA selepas ini mampu menyekat ketelanjuran YAHUDI? Ataupun tetap seperti sediakala. Slogan membawa perubahan oleh Obama bagaikan tdk bermakna apa2. Ini kerana ekonomi Amerika adalah dikuasai oleh golongan YAHUDI laknatullah!

Sedih melihat keperitan Palestin, azab lagi mereka menanggung derita. Bilakah perkara ini akan berkesudahan ataupun semakin berterusan?

ALLAHU AKBAR!
ALLAHU AKBAR!
ALLAHU AKBAR!
Read More

08 January 2009

BOIKOT BARANGAN AMERIKA - ISRAEL DURJANA

8.1.09 0
ANDA MESTI SOKONG

ANDA TAK BOLEH RAGU

MESTI BOIKOT

JANGAN LUPA PLAK

AMERIKA SOKONG ISRAEL

ISRAEL MENGANIAYA PALESTIN

PALESTIN NEGARA ISLAM

BUKAN HANYA KERANA SATU AGAMA

TAPI KERANA PERIKEMANUSIAAN

ANDA MAMPU

MENGUBAHNYA!
Read More

FADHILAT MENGAMBIL AIR SEMBAHYANG

8.1.09 0
' AIR SEMBAHYANG '

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 'Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'.
Penjelasan nombor 1 :
Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah.

2.. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, 'Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'.
Penjelasan nombor 2 :
Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.


3.
Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini'.

Penjelasan nombor 3 :
Ahli syurga diberikanhisab-
hisabnya di tangan kanan .

4..
Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan, 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini'.

Penjelasan nombor 4 :
Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri .

5.
Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'.

Penjelasan nombor 5 :
Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.

6.
Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,'Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini'

Penjelasan nombor 6 :
Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dll.

7.
Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim'.

Penjelasan nombor 7 :
Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali.

8.
Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,'Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat'

Penjelasan nombor 8 :
Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat
bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri
.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil
wuduk sedemikian rupa?

Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati Islam?


Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
sebagai umat Islam?

Sumbangan
Email dari : azira
Read More

MAS KAHWIN PALSU

8.1.09 0
Assalammualaikum...

Hi Amri , semoga sentiasa ceria dan gembira selalu.

Pada kali ini, saya ingin berkongsi satu berita yang agak kelakar dan sedih,berita ini telah dilaporkan di akhbar Utusan Malaysia pada 18 Disember 2005 yang lalu.

==========================================
DITUDUH GUNA WANG PALSU BAYAR MAS KAHWIN
Oleh: Yulpisman Asli


KOTA BHARU 18 Dis. - Seorang mekanik dituduh di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan menggunakan wang palsu sebanyak RM8,000 sebagai wang hantaran mas kahwin kepada Axxxxi xxxxxx , 23, pada 11 Disember lalu.

Tertuduh, Mohd. Axxx xxxxx, 37, berasal dari Taman Kinrara, Puchong, Selangor didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Kubang Batang, Wakaf Bharu, Tumpat kira-kira pukul 4 petang.

...

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh telah menggunakan wang palsu RM8,000 iaitu not RM100 sebanyak 80 keping sebagai wang hantaran mas kahwin kepada Axxxxx.

Dengan itu, tertuduh melakukan kesalahan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Tertuduh ditangkap pada malam 11 Disember lalu setelah pihak keluarga pengantin perempuan membuat laporan polis.

Mengikut laporan, penipuan itu disedari oleh bapa saudara pengantin perempuan ketika mengira wang hantaran selepas majlis akad nikah oleh imam Masjid Kubang Batang pada hari sama.

Kejadian itu menyebabkan keluarga wanita berkenaan terkejut apabila mendapati semua wang kertas RM100 itu yang dimasukkan dalam sebuah album gambar hanya mempunyai cetakan bahagian hadapan, sementara belakangnya kertas putih.

Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat manakala imam masjid yang menikahkan pasangan berkenaan menghubungi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk mendapatkan pengesahan kedudukan perkahwinan tersebut.

Imam berkenaan kemudian dimaklumkan pernikahan pasangan itu adalah sah mengikut hukum syarak.

Bagaimanapun, pengantin lelaki dianggap berhutang dengan pengantin perempuan.
=======================================

Setelah saya membaca berita ini saya menjadi agak bingung... saya tidak tahu sama ada hendak ketawa, menangis, tersenyum atau bersedih. Saya hanya mampu termenung panjang...

Apa yang sebenarnya berlaku?..Mengapa si bakal suami berbuat begitu? Tiada duit ke? Mengapa tidak berbincang sebelum perkahwinan? Adakah ia sudah berbincang tetapi tidak mendapat persetujuan keluarga bakal mertua? Bagaimana pula perasaan si isteri? Baru sahaja nikah tetapi si suami mungkin akan dipenjarakan? Apa pula perasaan kedua-dua buah keluarga? Malu? Marah? Kecewa?

Terlalu banyak tanda tanya di kepala saya... adakah semua ini berpunca daripada duit?

Oleh itu, jadikanlah kisah di atas sebagai iktibar... usahlah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar di dalam mencapai impian cinta anda, dan yang paling penting, usah biarkan duit menjadi penghalang mahligai perkahwinan anda.

Wassalam.

Email Oleh : Mohd Suhaimy Abu Bakar

P.S : Ura-ura yang didengar, sebenarnya, pengantin lelaki dan pengantin perempuan telah berpakat untuk menggunakan wang palsu tersebut. Tetapi nasib malang, usaha mereka itu telah di"kantoi"kan oleh bapa saudara pengantin perempuan.

P.s : Nama dirahsiakan bagi menutup aib pihak yang terlibat.

===========================================

W'kum salam

Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita ini. Kalau memang dia orang berpakat, semestinya sengaja nak tnjuk eksen jela. Apa nak kisah dgn jumlah mas kahwin @ hantaran. Jika tak mampu buat cara tak mampu kan. Buat apa nak menunjuk2. Sekarang ni semakin hebat plak trend menunjuk2 jumlah hantaran. Sehinggakan sanggup berhutang sana sini semata2 nak penuhi keinginan. Buat seadanya dah la. Yg penting cukup syarat dan beradat kan.

Admin ammboi.blogspot
Read More

FAM - KETERLALUAN!

8.1.09 0
Tanpa menyiasat dengan teliti FAM telah membuat keputusan yg mampu merobek kesabaran penyokong fanatik Kelantan. Satu keputusan yg tdk telus tanpa mendengar aduan dan masalah yg dihadapi oleh kedua2 pasukan bertanding. FAM bagaikan mudah dikata, menjatuhkan hukuman dengan sewenang2nya.

>Baca lagi... (Petikan Dari Kelate.Net)
Read More

BALIK KAMPUNG, BANJIR DAN DOT..DOT..DOT

8.1.09 0
HAMPIR NAK BANJIR BESAR

Ni gambar masa pagi...hujan tengah lebat

Alahai..nasib baik dpt mai KL dengan selamat. Kalu tak maunya aku terkandas kat banjir tempoh hari. Hujan tak selebat mana tapi kira lebat jgk la. Biasanya air susah nak naik kat rumah aku (kat kampung). Tapi aritu kira dalam jgk la. Adala takat 'betis'. Kat Rantau Panjang ramai yg kena pindah. Nasib baik rumah aku kat Pasir Mas. Kira selamat lagi la.

Hampir nak malam, hujan dah reda tapi air masih bertakung

Nyaris2 aku nak tambah cuti, tapi kira kuatkan hati jgk la mai KL. Masa aku bertolak dpd kampung dlm pkul 3, hujan dah ok tapi awam mendung masim hitam kat langit. Lepas jer kat Machang, hujan mula trun renyai2. Sampai la kat Gua Musang, aku rehat lama kat situ. Lepas maghrib baru brtolak. Tu ppun hujan masih turun, ada kalanya lebat ada time renyai2. Masuk KL jer rasa hujan dah takde.

Dua minggu lagi nak balik plak. Time raya Cina. Biasala ada kawan2 yg buat kenduri kawin. Kena la balik. Time aku plak harap2 ramai jgk yg balik yerk.. Haha..
Read More

KEPUTUSAN SAPE NI?

8.1.09 0
KENAPA KELANTAN DIHUKUM SEBEGITU RUPA?

Itu keputusan FAM ke? Takkan la sampai memberi kemenangan mudah kpd KL Plus. Tersangat tdk adil! FAM mahu melawan kuasa tuhan ke? Kenapa sebelum ini bila ada perlawanan di negeri2 lain dan perlawanan tersebut terpaksa ditangguhkan akibat hujan @ rusuhan penonton xde pon pasukan tersebut didenda sedemikian. Peraturan ini ada dalam buku ke main secukup rasa jer? FAM sedar ke x masalah yg sebenarnya ataupun keputusan yg dibuat hanya disebabkan kepentingan peribadi jer?

Realistik la sikit. Masalah yg timbul adalah akibat hujan. Air melimpah. FAM kena sedar bahawasanya sekarang adalah musim hujan dan banjir kat Kelantan. Ada banyak kawasan dilanda banjir. Semua pihak hulur bantuan. Tapi FAM bagaikan bapak tiri terus memberi habuan yg sgt bermakna. Nampak sgt nak menyekat angin Kelantan awal2 lagi.

Takpe..Kita tengok bagaimana keputusan FAM bagi team2 lain plak. Apa yg pasti FAM semakin mengarut dan mencarut. Bagi team yg nak lawan Kelantan, pilih tarikh yg dekat2 ngan musim banjir atau bila ramalan kaji cuaca 'royak' hujan kat kelantan malam ni. Boleh la korang dpt kemenangan percuma......!

p/s : aku makin xleh blah ngan FAM
Read More

Post Top Ad

Your Ad Spot