December 2008 - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

31 December 2008

SALAM TAHUN BARU

31.12.08 0
SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM



&

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU


SEMOGA NEGARA KITA SENTIASA AMAN MAKMUR
MAJU DAN TERUS MAJU

DENGAN KITA SENTIASA BERSAMA
JANGAN SAMPAI KETINGGALAM PULA

BERJUMPA LAGI TAHUN HADAPAN
***saya balik kampung cuti***
Read More

NAK BALIK KAMPUNG

31.12.08 0
Oo..Oo..Oo......Balik kampung....
Ooo..Oo..o..Balik kampung......
Hati Girang.....
(ambik feel lagu arwah sudirman..)

Hari ni aku nak balik kmpg. Plan asalnya nak balik pd raya cina ni. Tapi terpaksalah. Lagipun ni cuti panjang. 4 hari siot. Tak tau nak buat apa dah kat kota hutan batu ni. Lemas dah aku. Dpt blk ambik udara segar kat kmpg....(rasanya tak sesegar mn dah pon)

Rasa mcm nak balik nga bas @ ketapi jer, tapi baik drive sndiri la lagi best. Senang nak bhenti mn2 pon. Dah keta kita kan. Lagipun aku rasa mcm nak boikot jer pengangkutan awam nih...!

Banyak hal2 menarik skrg ni kan.. Pasal Steven Gerard kemungkinan dipenjarakan la, pasa harga tambang pengangkutan awam nak naik lagi la, tanah runtuh la, kegawatan ekonomi lagi dan mcm2 lagi la.

Kes Gerard tu dh dia yg cari pasal, tp kita tak tau lg sape yg benar dan sape yg salah. Yg nyata Gerard dan geng dia belasah DJ tu smpi tenat jgk la. CZ masalah pemilihan lagu kot. Dasat jgk...
Dia kemungkinan akan dipenjara 5 tahun tu. Habislah Liverpool dan England. Dia pi kelab tu coz nak meraikan kemenangan besar Liverpool membelasah Newcastel Utd. Skrg ni The Reds tengah menjadi. Ada harapan ke nak menjuarai liga. Tambahan pula dengan insiden seperti ini.

Tambang bas dan pengangkutan awam lain bakal dinaikkan lagi jika tuntutan mereka kpd kerajaan utk mendptkan subsidi minyak RM1 tdk dipenuhi. Apala diaorg ni, asyik nak naikkan harga jer, padahal minyak telah turun. Tak insaf2 lagi. Apa kata kerajaan ubah kempen kpd JAUHI PENGANGKUTAN AWAM- BOIKOT!!!. Baru diaorg insaf kot....?

Banyak tempat mengalami tanah runtuh. Dah kedudukan rumah dkt dgn lereng bukit, semestinya akan ada risiko sebegini jika tdk memenuhi kriteria yg ditetapkan semasa proses pembinaan. Walaupun kes sebegini masih berada tahap membimbangkan namun masih ada lagi segelintir pihak terus menggila merosakkan alam sekitar demi memenuhi kepentingan masing2. Ni sejenis makhluk lagi yg masih tak insaf2.. Tak serik2 ke?

Ekonomi dunia pula semacam makin tenat. Semestinya negara kita juga bakal merasai tempiasnya malahan akan mengalaminya juga. Ketika kita dihebahkan bakal berdepan ancaman tersebut, kita merasa tergugat ker? Kalau takut masakan pusat2 membeli-belah senantiasa penuh dan org masih berpusu-pusu jalan-jalan habiskan duit.... Risiko yg bakal kita alami adalah seperti dibuang kerja dan nilai matawang kita bakal semakin susut kot.

Kita pula bersorak bila harga minyak semakin turun. Padahal kita tak sedar itulah punca pendapatan negara kita. Kalau perkara sebegii berterusan mungkin negara kita akan alami krisis yg tenat...

Tak tahulah macam mn. Mcm2 hal terjadi. Dunia sekarang sudah berubah....
Read More

30 December 2008

KURSUS BTN DI MEGA CRYSTAL

30.12.08 2
Kumpulan BTN aku...

emm..Aritu aku baru lepas kursus BTN kat Kuala Selangor. Dekat je dpd opis dlm sejam lebih2.. Kem tu kira dasat jgk. Kami menginap kat bekas penjara lama. Jem jgk.. Nak p buang air pun kecut perut... (bagi yg ala-ala tuuuut la....)

Posing jap masa makan... Ni gambor2 hang gelap n de geng

byk gak kenangan kat sana, kira pendedahan baru la. Bagi yg anti kerajaan seliat2nya ttp kekal mcm 2 jgk.. Kira xleh nak basuh dh. Bole la knl ngan kawan2 baru n diskus mcm2la.. Plg aku best ialah ms diskuz tntg pilihan kita...

Contohnya dia bagi 5 pilihan...
  1. politik
  2. agama
  3. ekonomi
  4. sosial
  5. pendidikan

Yg mana korang akan buang dan cuma pegang salah satu dpdnya.....

masa tu aku pilih pendidikan...
aku kata : tanpa pendidikan kita takkan maju,
ekonomi pun tak berkembang..
nak berpolitik pun kita mesti ada pendidikan....

ekonomi jwb :
tapi nakkan pendidikan kita mesti belajar,
nak belajar kita kena ada duit,
nak duit kita kena jana ekonomi terlebih dahulu....

politik masuk :
mana boleh, kita kena stabilkan politik dulu...
kalau tak mana negara boleh maju kalau tak stabil...

agama mencelah :
subhanallah.. agama lebih penting,
tanpa pegangan hdp kita akan sesat...

tiba2 sosial pun nak mencelah setelah senyap dari tadi....

sosial : kita mesti bersosial kalau nak maju...!

ntah apa2 ntah la...
hehe.....
ramai jgk yg pilih agama (geng Jihad...)

Tapi mmg perbincangan gini just nak tgk kita berfikir dan cara berckp jer kot...
Coz mmg xde result...
Kena fikir sendiri la..

Tengah cari checkpiont....

Apa yg baik dan apa yg buruknya ialah tentang semangat berpasukan kita. Kita kena senantiasa berfikiran terbuka ketika mendengar pendapat org lain. Jgn jd org yg suka membantah. Pendengar yg baik akan lebih disenangi dan didekati. Menjadikan kump itu lebih padu dan jitu.


masa kembara..letih dan rehat kejap

aktiviti seperti kembara juga best. Boleh la pusing2 kampung org tuh. Xde plak cek mek molek kat cini. Hehe... Tapi paling memenatkan ialah acara lari (amik masa nih...)... aaaaaa
Read More

KELANTAN DENGAN IMEJ BARU

30.12.08 0
Mcm mana? Mampukah Kelantan bersaing dlm Liga Super Musim hadapan? Dgn kelibat beberapa pemain berstatus 'bintang', Kelantan seolah-olah mahu kejayaan segera sahaja. Namun demikian Kelantan terus mengekalkan pemain musim lepas walaupun dengan kehadiran ramai pemain luar.

Antara pemain baru adalah seperti Khalid Jamlus, Indra Putra, Daudsu Jamaludin, Norfarhan, Che Hishamudin, Wan Zaman dan ramai lagi. Pada musim lepas sokongan yg diberikan oleh penyokong skuad kijang begitu menakjubkan. Hasil kutipan tiket juga mencecah RM 1.7 juta. Kantung duit Kelantan juga stabil tanpa dibebani oleh hutang.

Sememangnya faktor tersebut banyak menarik minat pemain luar utk mencari rezeki di Kelantan. Jgn pula terlalu boros hingga menyesakkan nafas kemudian hari. Macam di Perak yg terus dibebani hutang. Malahan MPPJ Selangor juga terus gulung tikar dgn himpunan pemain berstatus bintang.


Jersi baru Kelantan

Kelantan juga memperkenalkan jersi baru skuad negeri tersebut. Masih mengekalkan imej merah, Kelantan nampak begitu menyerlah. Dan harapannya, hasil yg diperolehi juga biarlah TERSERLAH...
Read More

TAHNIAH UTK VIETNAM, RANKING MALAYSIA TURUN SEMULA

30.12.08 0
Kejayaan Vietnam menjuarai kejohanan SUZUKI Cup 08 sgt saya cemburui. Apatah lagi setelah mengalahkan jagoan asean seperti Thailand. Tambah memeritkan Malaysia juga kalah kpdnya.

Vietnam berjaya mengikat Thailand 1-1 dihalaman sendiri, sebelum itu mengalahkan Thailand di tempat lawan 2-1, menjadikan agregat 3-2 memihak kpd Vietnam.

Kejayaan Vietnam menambah duka Malaysia, dengan ranking terkini FIFA Malaysia sekarang berada pada kedudukan 156 dunia, turun sebanyak 5 kedudukan dari asal 151.
Read More

23 December 2008

KISAH CINTA KITA

23.12.08 0
Bila kita rasa dicintai
Diri merasa sukar untuk menghargai
Pada saat tiada teman disisi
Hati rasa sunyi
Jiwa jadi sepi
Seolah-olah kita
sudah mati...

Aku tengok pada bulan
Kenapa sinarmu tak cukup terang
untuk menerangi malam
sebagaimana siang?

Aku lihat pula pada bintang
seperti hanya tempelan
bahkan untuk berikan harapan
secebis cahaya pun
hanya sekilas pandangan

Itu takdir bulan
Juga lumrah bintang
Aku adalah insan
Tak mampu memberikan kesempurnaan
untuk menyinari kehidupan
sebagaimana harapanmu

Aku perlukan sokongan
harapan bukan hanya bayangan
kesabaran tonggak keihklasan
Jiwa jadi tenang
Hati semakin sayang
Kita semakin kerinduan...


..AKU..
Read More

MENARIK MINGGU INI...

23.12.08 1
Alahai..banyak yg penulis terlepas utk isi dlm ruangan blog ini sepanjang minggu ini. Biasalah ada masanya relax dan ada jgk time busy. Ok la, ini adalah rangkuman berita2 menarik sepanjang minggu ini.



VIETNAM BERTEMU THAILAND DALAM KEJOHANAN SUZUKI CUP 08

Vietnam mengejutkan juara dua kali, Singapura dengan kemenangan 1-0 di tempat lawan setelah seri 0-0 pada pertemuan pertama. Vietnam akan bertemu Thailand yang menumpaskan Indonesia 3-2 pada perlawanan kedua. Vietnam yg merupakan duri dlm daging pasukan Malaysia bermain dengan penuh semangat utk membenam cabaran Singapura yg banyak didominasi oleh pemain 'IMPORT'.


MALAYSIA CATAT KEJAYAAN HATRIK GRAND FINAL SUPER SERIES

Tiga wakil Malaysia pada aksi final SUPER SERIES di Sabah, berjaya dlm saingan masing2 apabila menjadi juara bagi kategori perseorangan lelaki, beregu lelaki dan beregu wanita.

Kejayaan Malaysia didahului oleh Datuk L.C.Wei setelah menumpaskan Peter Gade. Manakala beregu lelaki K.K.Keat dan T.B.Heong pula menumpaskan pasangan Korea, J.J. Sung dan L.W.Jae. Menampakkan sedikit kebangkitan mereka seolah2 mula mendapat rentak setelah dilanda dengan pelbagai kontroversi.

Kejayaan lebih manis dicatatkan oleh pasangan wanita negara dengan mengalahkan pasangan berpengalaman Indonesia, Vita& Liliana. Kejayaan W.P.Tie dan C.E.Hui ini membuktikan aksi wanita juga mampu menyumbang kejayaan kpd negara.

Perseorangan lelaki memenangi sebanyak USD$40000 manakala beregu sebanyak USD$42000.



PERKAHWINAN MAWI DAN EKIN


Pasangan ini telah diijabkabulkan pada 20hb December 2008. Tahniah buat pasangan ini. Hanya dengan sekali lafaz, Mawi telah bergelar suami kepada Ekin.


Emm..banyak lagi isu menarik lain cuma tak sempat nak tulis dah. Bagi sape2 yang ada isu2 terkini tu boleh la berkongsi dengan penulis ye. K
Read More

17 December 2008

APA DAH JADI...?

17.12.08 0
Perkara telah berlalu selama lebih setahun. Namun ianya masih belum selesai dan kawan saya terpaksa menguruskan hak ini sekali lagi. Sedangkan beliau telah beranggapan perkara tersebut berjaya diselesaikan. Silap beliaukah kerana tdk mengendahkan hal tersebut sehinggakan pegawai yg menguruskan rupanya masih belum menyelesaikannya.

Apa yang berlaku?

Ini ialah masalah pembayaran gaji yg dibuat setelah kawan saya tadi berhenti berkhidmat dlm sebuah jabatan kerajaan secara kontrak. Beliau hanya sempat bekerja selama lebih kurang 6 bulan sahaja, kemudian beliau berhenti kerana mengambil keputusan utk sambung belajar. Notis berhenti kerja selama 30 hari telah dibuat sebagaimana yg diminta oleh pihak yg berkenaan. Atas budi bicara pihak tersebut beliau telah dibenarkan utk meletakkan jawatan pada bulan Jun 2006. Ini bermakna beliau bukan lagi kakitangan jabatan tersebut berkuatkuasa 1 Julai 2006.

Namun atas kesilapan teknikal (rasanya) jabatan tersebut masih meneruskan pembayaran gaji utk bulan Julai 2007. Oleh yg demikian, jabatan tersebut telah membuat tuntutan pembayaran balik gaji tersebut. Perkara ini sememangnya kawan saya kena akur kerana beliau mmg tdk layak utk menerima gaji tersebut.

Utk menyelesaikan hal ini, kawan saya terpaksa balik kampung dan ponteng kelas. Berapa byk subjek yg terpaksa dia abaikan tu. Bila disemak akaun bank, gaji yg dikatakan masuk tu takde.... Abistu apa hal lagi. Jabatan tersebut telah meminta salinan penyata bank utk membuktikan hal berkenaan. Terpaksala memohon penyata bank dan dikenakan caj pekhidmatan lagi.

(Dah la sdg belajar, kena pulak tinggal kelas, kena guna duit sendiri lagi....)

Kawan saya telah membuat surat seperti yang diminta dan melampirkan penyata bank tersebut. Surat ini telah dihantar melalui sebuah jabatan negeri. Ingatkan dah setel, tetapi....

Pada 15hb December 2008 yg lepas, kawan saya telah menerima panggilan dpd adiknya dikampung menyatakan surat tuntutan pembayaran balik gaji tersebut sampai kat rumah lagi...

Ini bermakna kes tersebut tak selesai lagi la....

Apa dah jadi....?
Read More

JAKIM PERJELAS ISU YOGA

17.12.08 0
Ditulis Oleh : Berita Harian

Jakim perjelas isu yoga

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mempergiatkan usaha memberi penerangan kepada umat Islam di negara ini berhubung pengharaman amalan yoga, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Ekoran ramai pihak mempertikai mengapa amalan yoga diharamkan, maka Jakim sedang berusaha gigih memberi penerangan kepada masyarakat melalui siri penerangan agar pemahaman yang jitu dapat disampaikan kepada seluruh masyarakat Islam,” katanya menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2009 bagi kementeriannya di Dewan Negara.

Ahmad Zahid berkata, isu itu dibangkitkan kerana pemahaman masyarakat terhadap penyelewengan akidah melalui yoga belum menyeluruh. - Bernama
“Tidak perlulah memperbesar-besarkan isu ini, ia hanya perkara kecil.
Pengharaman ini dibuat kerana kita mendapati ada penyelewengan akidah Islam melalui amalan yoga,” katanya.

Majlis Fatwa Kebangsaan mengharam amalan yoga kerana mendapati senaman yoga mengandungi unsur agama tertentu, mantera dan pemujaan yang bertentangan dengan Islam. - Bernama
Read More

ARAB RAI 'KASUT TERBANG'

17.12.08 0
Ditulis Oleh : Berita Harian

Rakyat bergembira kejadian dianggap berjaya hina Bush


BAGHDAD: Rakyat Iraq dan negara Arab lain semalam menyambut dengan gembira berita Presiden George W Bush dilempar dengan kasut pada sidang akhbar di Baghdad kelmarin.

Ramai di Asia Barat tidak menganggap insiden itu sebagai gurauan.
Sebaliknya ia adalah perbuatan seorang wira yang menggambarkan kebencian peribadi dikongsi ramai orang Arab terhadap pemimpin Amerika Syarikat itu yang dianggap bertanggung jawab ke atas pembunuhan, kacau-bilau dan penderitaan ditanggung bertahun-tahun oleh penduduk Iraq.

Rakaman memaparkan Bush mengelak ‘kasut terbang’ pada sidang akhbar di Baghdad itu diulang tayang di rangkaian televisyen satelit serantau dan menjadi saluran bagi orang Arab melepaskan geram terhadap Bush.
‘Padan muka Bush,’ kata seorang peniaga Jordan, Raed Mansi, di Amman.


> Baca Lagi...(Petikan Berita Harian Online)
Read More

KONTRAK SATHIA DISAMBUNG LAGI...?

17.12.08 0
Isu kontrak jurulatih bolasepak kebangsaan telah diputuskan oleh FAM utk disambung selama 1 tahun lagi. Namun demikian kontrak tersebut adalah bersyarat dengan memastikan peningkatan ranking dunia dan aksi kelayakan Piala Asia menentang Uzbekistan pada Januari depan.

Sathia bersedia menerima peluang tersebut dan menganggap dia masih memiliki pasukan yg sedia berkhidmat bersamanya dan masih meyakininya lagi. Tindakan FAM seolah2 badan tersebut masih buntu dengan kaedah yg sesuai samada pecat atau tidak berikutan kritikan yg dilontarkan. Ini kerana lebih ramai yg menyokong utk memecat Sathia namun FAM masih tetap memberi peluang kedua kepada beliau.
Read More

16 December 2008

DOSA BERHUTANG TIDAK DIAMPUNKAN ALLAH

16.12.08 0
ISLAM membenar, malah mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang membabitkan masalah kewangan.

Pada masa sama, Islam memberi galakan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia." (Surah al-Hadid, ayat 18)

Firman Allah bermaksud: "Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan." (Surah al-Maidah, ayat 2)

Namun, Islam begitu teliti dan memandang berat dalam soal memberi, menerima dan membayar semula hutang kerana ia membabitkan hubungan sesama manusia ketika hidup di dunia ini hingga ke akhirat kelak.

Mengapakah anda berhutang?
Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu terjebak dalam hutang antaranya ialah:

l. Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.

2. Pengaruh daripada sahabat handai atau jiran tetangga yang sering memberi galakan untuk berhutang. Lantaran itu dia berbuat demikian, walaupun pada hakikat dirinya itu tidak memerlukan, tetapi hanya untuk berbangga dengan apa yang dimilikinya.

3. Sikap tidak berasa puas dan cukup dengan apa yang dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang mendatang.

4. Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakkan lagi amalan berhutang.

5. Berkehendakkan sesuatu benda yang membabitkan kebendaan dengan cepat dan segera walaupun hakikatnya dia tidak mampu berbuat demikian.

Dalam hal ini jika perkara yang hendak dimiliki itu adalah keperluan asasi (dharuriat) seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan pelajaran, maka Islam membenarkan berhutang sebagaimana dalam sebuah hadis bermaksud: "Daripada Abu Hurairah berkata seseorang: Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda bersabda Memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya."

Jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan perkara asasi atau penting dalam kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah dia berhutang. Ini kerana hanya akan menambahkan bebanan, lebih-lebih lagi jika membabitkan institusi kewangan dan perbankan yang mengamalkan sistem riba.

Kesan amalan berhutang.
l. Penyakit berhutang ini jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan manusia yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pemiutang seperti muflis. Ini disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskan hutangnya.

2. Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam resah gelisah kerana dihantui bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.

3. Seseorang yang terbeban dengan hutang akan memungkinkan dia melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.

4. Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya selepas meninggal dunia hingga segala hutang piutangnya dilunaskan ketika hidup.

Sabda Rasulullah: "Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya."

Rasulullah pernah berwasiat kepada sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya : "Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas."

Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata- mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat.

Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi."

Sabda Rasulullah bermaksud: "Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai' dan Ibn. Majah)

Rasulullah sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada Rasulullah satu jenazah, Baginda tidak akan bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak. Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup menaggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal.

Sumber: Petikan buku Budaya Berhutang: Amalan Dan Akibatnya.
Terbitan Jabatan Agama Islam Selangor.

Melalui > http://www.familiazam.com/index.htm
Read More

Musim Cuti Panjang Datang Lagi...

16.12.08 0
Alahai.. Tak lama lagi cuti Krismas plak. Mesti ramai yg cuti panjang. Lagipun Krismas jatuh pada hari Khamis (25hb), kena plak Awal Muharam cuti pada 29hb (Isnin). Bagi yg keje kat KL plak ada Hari Wilayah pada 1hb Jan. Jadi cuma perlu ambil cuti rehat pada 30-31hb gak jd cuti seminggu la.

Selamat balik kampung la diucapkan. Tambahan plak kepada yg tak berkesempatan balik kmpg pada HAri Raya Korban baru2 ni.
Read More

Harga minyak Turun Lagi La...

16.12.08 0
Rezeki kami sbg rakyat Malaysia kerana kesudian kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 10sen berkuatkuasa pada 16hb Dec 2008. Sbg rakyat kita seharusnya bersyukur dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan. Ini dpt meringankan beban yg ditanggung tambahan pula baru lepas musim perayaan dan kepada yg akan menyambut perayaan tdk lama lagi seperti Krismas dan Tahun Baru Cina.

Dengan ini harga baru bagi petrol Ron97 ialah RM1.80 manakala Ron92 dan Diesel ialah RM1.70 bagi seliter.
Read More

15 December 2008

Jom Tenangkan Fikiran...

15.12.08 0
Bodo 1

Kancil ternampak pokok rambutan yg lebat buah-buahannya. Dia nak makan tapi takleh panjat. Dia mula dapat idea utk menipu bila ternampak dua ekor monyet kat atas pokok tuh.

Kancil : Woi berok! kau tau tak korg ni hodoh nak mampus?
Monyet2 tu apalagi baling lah buah rambutan kat kepala kancil pasal marah.
Kancil : Tima kasih ! tima kasih! korg bukan sahaja hodo tapi bodo2 belaka. (makan dgn happy)

Selepas puas makan rambutan dia ternampak sebuah pohon buah yg tdk diketahuinya. Kat situ juga ada dua ekor monyet yg lain kat atas tu.
Kancil: Buah apa tuye? mcm sedap. Woi berok! kau tau tak korg ni hodoh nak mampus?

Tidak jauh dari situ... .

Buaya: Eh apa kena ngan kancil terpekik mintak tolong tuh?
Musang: Entah mcm kena baling ngan buah durian je... ..


Bodo 2


Tanggang: Hahahahaa... ... ... ... .
Ibu: Aku sumpah kau jadi batu! aku sumpah kau jadi batu! jadi batu! jadi batu!!!!
Tanggang: Mak beku je air tu kat dalam peti sejuk. Yg mak sumpah2 kat air gelas tu nape?! lawak,lawak... ... ... ... .


Bodo 3

Bagaimana Pak Belalang jadi ahli nujum diraja?

Sultan: Beta dengar kau ni pak nujum yg terkenal! boleh buktikan tak?
Pak Belalang: (aku dengar sultan nih tak sekolah) Okey! Saya akan nujum depan Tuanku!

Keesokannya... ..

Sultan: sungguh tepat ramalan kamu ye pak belalang! mulai hari ini beta lantik kamu jadi ahli nujum diraja!
Bendahara: Tuanku apa yg pak belalang nih ramal semalam?
Sultan: Semalam dia ramal yg esok hari Selasa. Kau tgk harini ialah hari Selasa! cool!


Bodo 4

Puteri Gunung Ledang sedang termenung di puncak gunung ledang.
Nenek Kebayan: Wahai puteri gunung ledang apa gerangannya nya kau termenung di puncak gunung ledang ini? Risau patik melihat.

PGL: Dah memang nama beta Puteri Gunung Ledang takkan nak termenung kat puncak gunung Fuji plak??!!!!!!! bodo la nenek ni!!!!!!
Nenek Kebayan: Kuang Hajau!!!!


Bodo 5

Hang Tuah: Jebat! kenapa kau menderhakai sultan hah?!
Hang Jebat: Sebab dia bodo.
Hang Tuah: Berani kau ye Jebat ckp cmtu! kenapa kau kata begitu hah?!
Hang Jebat: Cuba abang Tuah baca cerita nih!

Hang Tuah: eee bodonya sultan... . selepas hari Isnin memang lah hari selasa... ..


Petikan Dari VF
Read More

KENAPA SUSAH NAK TURUNKAN HARGA BARANG???

15.12.08 0
Harga minyak dah turun, tapi harga barang masih tak turun-turun. Kenapa? Berat hati sgt ke? Cukuplah, dah untung byk sgt dah tu. Kenapa masih ingkar? Sedangkan masa nak naikkan harga dulu bukan main senang. Tanpa memikirkan nasib mereka yg susah dan berpendapatan rendah. Dulu hentam kerajaan kerana menaikkan harga minyak dan mereka terpaksa menaikkan harga barang kerana tak mahu tanggung kerugian. Tu jela alasannya. Apa2 hal terus salahkan kerajaan. Namun mereka sebenarnya hanya mahu mengambil kesempatan.

"Rakyat yg miskin makin susah, yg kaya makin senang-lenang..."

Bala dah menimpa, mereka yg terlampau senang dah rasa azabnya. Nak cari untung semata, sekali kena beratus ribu & berjuta ditanggungnya. Ketika banjir melanda, org2yg lemah dan susah terpaksa menanggung derita. Sabarlah, itu ujian tuhan. Banyakkan berdoa dan terima dugaan dengan hati redha. Pastinya mereka banyak menanggung kerugian. Kerosakan harta benda dan sebagainya.

Apa kata yg kaya?

"Wa...nasib baik aku buat/beli rumah kat atas bukit.. Selamat.....hahaha..."

Kemudian, ujian tuhan sekali lagi melanda kepada mereka yg lupa utk bersyukur, dan mereka yg lupa utk mengasihani mereka yg lemah. Sekali tanah runtuh, bukit merekah, menghempap kediaman, semuanya terus musnah. Bukan semuanya dari jenis yg takabur, lupa diri dan tamak, tetapi mereka juga terpaksa menanggung derita yg sama. Inilah ujian tuhan. Bersabarlah, dan renung2kanlah.

Kita berada diatas muka bumi yg sama. Jauhi sifat tamak haloba. Kauntungan yg dicari takkan kekal lama, hilang sekelip mata jika dengan kemahuan-Nya. Kenapa masih berdegil lagi? Sehinggakan kerajaan pula dipersalahkan. Macam2 nak hentam kerajaan, siap mahu saman PBT lagi. Mereka masih lupa diri lagi. Hotel yg mereka menginap ketika bencana mahu kerajaan tanggung lagi?

Lupakah nasib org2 kampung, banjir melanda mereka cuma diami dewan sahaja. Makan mana yg ada sahaja. OOO..saya lupa mereka golongan org kaya. Mana boleh nampak lekeh saja.

Kaya, jgn sampai lupa asal usul kita. Ingatlah pd mereka yg teraniaya. Jgn lupa turunkan harga barang jika anda bukan golongan yg tamak haloba...???
Read More

HARGA MINYAK KEMUNGKINAN TURUN LAGI

15.12.08 0
Harga runcit petrol diramalkan akan turun lagi dlm masa terdekat. Ini berikutan penurunan harga minyak dunia dan setelah kerajaan buat pertimbangan ianya wajar utk melakukan penurunan harga tersebut. Ketika ini harga minyak bagi RON 97 adalah RM1.90manakala bagi RON 92 dan Diesel pula berharga RM1.80 seliter.


> Baca Lagi... (Petikan Berita Harian Online)
Read More

KOMEN ISU KENAIKAN ITP DAN PELARASAN COLA

15.12.08 0
Kenaikan ITP (Imbuhan Tetap Perumahan) adalah sgt wajar pada masa sekarang. Ini kerana harga sewa rumah di sekitar bandar-bandar besar naik dengan mendadak sejak kebelakangan ini. Kerajaan seharusnya menkaji perkara ini dengan teliti utk menstabilkan kos sara hidup kakitangan awam yg semakin terhimpit. Di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu, Kuantan, Pulau Pinang, dan sebagainya harga sewa rumah adalah dlm lingkungan RM500 - RM1200 sebulan bagi sebuah FLAT dan Pangsapuri kos rendah/ sederhana. Apatah lagi kalau nak menyewa sebuah rumah teres. Perkara ini seharusnya tdk dipandang remeh dan kualiti hidup seseorg menentukan prestasi kerjanya. Adakah kita dpt bekerja dengan selesa jika sentiasa dibebani dengan masalah sebegitu?

Tentang penyelarasan COLA pula, adalah sgt tdk munasabah utk menyamakan semua COLA dengan kadar RM300 sebulan. Memanglah harga barang di seluruh negara mengalami kenaikan. Namun kos lain masih dianggap murah jika perbandingan antara kos sara hidup dikampung dan bandar2 besar dilakukan.

"Emm...kalau nak naikkan COLA lain semua RM300 gak, kenala yg sedia RM300 tu dinaikkan lagi......???Haha.."
Read More

CUEPACS TERUS DESAK NAIK IMBUHAN TETAP PERUMAHAN

15.12.08 0
Ditulis oleh : Berita Harian Online

Permintaan selaras kemudahan dinikmati kumpulan pengurusan, profesional: Omar

KUALA LUMPUR: Cuepacs akan terus berjuang bagi mendapatkan kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) untuk kira-kira 900,000 kakitangan kumpulan sokongan satu dan dua selain penyelarasan elaun kos sara hidup (Cola) sebanyak RM300.

Presidennya, Omar Osman, berkata kerajaan wajar menaikkan ITP sejajar kenaikan elaun itu yang sudah dinikmati kumpulan pengurusan dan profesional dalam perkhidmatan awam sejak awal tahun ini.

Katanya, Cuepacs hanya meminta kenaikan yang agak kecil iaitu sebanyak RM50 menjadikan ITP kepada RM230 berbanding RM180 sekarang.

> Baca Lagi...(Petikan Berita Harian Online)
Read More

DI AMBANG PERPISAHAN

15.12.08 0
Nasib Jurulatih Bolasepak Kebangsaan, B. Sathianathan bakal diketahui hari ini apabila FAM bersidang dan akan membincangkan statusnya sebagai jurulatih kebangsaan kekal ataupun tidak. Dengan kontrak Sathia bakal tamat beberapa bulan lagi kemungkinan utk kontraknya disambung adalah sgt tipis kecuali FAM membuat beberapa kejutan setelah menimbangkan jasa dan prestasi semasa skuad Malaysia yg meningkat walupun sedikit. Sedangkan sebelum itu kedudukan ranking Malaysia sgtlah teruk dan terdesak.

> Baca Lagi.. (Petikan Berita Harian Online)
Read More

12 December 2008

CHOONG WEI KIAN HAMPIR BUAT REKOD BARU

12.12.08 0
Ditulis oleh Berita Harian:

PEMENANG pingat perak Sukan Olimpik, Lee Chong Wei hanya selangkah daripada mengatasi rekod jurulatihnya, Misbun Sidek apabila mara ke final kejohanan badminton Grand Prix Kebangsaan di Alor Star, semalam.

Pilihan utama acara perseorangan lelaki itu menempah tiketnya di final selepas mengetepikan cabaran Liew Daren 21-10, 21-12, sekali gus hanya satu lagi halangan untuknya muncul juara kebangsaan buat kali ketujuh.

> Baca Lagi...
Read More

CUTI KAKITANGAN AWAM DIKURANG

12.12.08 0
Ditulis oleh Berita Harian:

KUALA LUMPUR: Mulai 1 Januari kelayakan cuti tahunan bagi kakitangan awam baru, kecuali polis, tentera, penguat kuasa maritim dan pegawai pelajaran akan dikurangkan sebanyak lima hari kepada 25 hari.

Pada masa ini, kakitangan awam menikmati kelayakan cuti tahunan 30 hari.

Bagaimanapun, mengikut undang-undang, semua kakitangan awam sedang berkhidmat akan diberikan opsyen untuk mengekalkan kelayakan mereka atau memilih kelayakan baru dikurangkan, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam.

"Borang opsyen akan dikeluarkan secepat mungkin kerana hari terakhir membuat opsyen ialah 31 Disember. Mereka yang tidak mengembalikan borang opsyen menjelang tarikh itu dianggap memilih kelayakan sekarang," katanya semalam.

Sementara itu, Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata kesatuan akan mengadakan perjumpaan dengan Ismail hari ini untuk membincangkan perkara itu selain isu relevan. � Bernama
Read More

SYARAT PROJEK CERUN DI PERKETAT

12.12.08 0
Ditulis oleh Berita Harian:

Kerajaan teliti cadangan elak tragedi berulang

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperhalusi semua cadangan dan syor untuk memperketat syarat pembangunan dan kawal selia projek di kawasan tanah tinggi supaya langkah tegas dapat diambil dalam menjamin tragedi tanah runtuh seperti di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang Sabtu lalu, tidak berulang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata keadaan semasa memerlukan satu ketetapan diambil bagi memastikan sebarang projek pembangunan di kawasan tanah tinggi tidak meninggalkan risiko kepada penduduk dan orang ramai.

Perkara ini harus diteliti secara terperinci kerana kita tidak mahu tragedi sama berulang. Orang ramai amat marah dengan kejadian ini, malah tidak kurang yang membuat teguran sinis bahawa sebarang cadangan atau syor yang dibuat kemungkinan besar tidak akan diendahkan pihak berkuasa.

"Jadi, kita perlu bincang sama ada kita boleh rumuskan sesuatu atau menyelaras mekanisme bagi menghalang kejadian tanah runtuh seperti ini berlaku," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku Taib Andak A Class of His Own di sini, semalam.

> Baca Lagi...
Read More

MALAYSIA PULANG AWAL LAGI...

12.12.08 0
Sekali lagi peminat bolasepak Malaysia rasa ditipu dengan kebangkitan skuad Malaysia. Kecundang 3-2 di tangan Vietnam terus dipalit aib oleh Thailand setelah menundukkan Malaysia 3-0 di hadapan ribuan penyokongnya sendiri. Walaupun mencatatkan kemenangan 3-0 menundukkan Laos, Malaysia masih gagal menyaingi Vietnam yg mencatatkan 2 kemenangan (6 mata) berbanding Malaysia hanya dengan 3 mata.



Sebenarnya, apa yg telah terjadi kepada skuad Malaysia? Sehinggakan mudah bolos dengan jaringan yg dianggap terlalu memalukan? Kesilapan penjaga golnya kah? Padangnya kah? Atau rumputnya kah?

Pada saya dengan kedudukan 2-2 Malaysia seharusnya bermain dengan lebih berhati2, cermat dan teratur. Tapi sebaliknya pemainan ketika itu seolah2 kita terlalu tertekan. Pemain Malaysia juga seolah2 mahu mencari kemenangan segera. Melampau2 lagi bila mudah pandang rendah pada lawan. Mula nak tunjuk HERO. Mudah naik DARAH. Itulah sikap PROFESIONAL pemain kita. Vietnam seolah2 sedar akan kelemahan kita dan cuba sedaya-upaya utk membuat hantaran keatas kerana tau pemain Malaysia sudah hilang posisi dan kelam kabut. Bayangkan hantaran jauh boleh menghasilkan GOL.

"Itu buka kesilapan padang, rumput atau penjaga golnya..., tetapi kasut yg dipakai oleh pemain Vietnam terlampau hebattttt....?"

Pastinya moral pemain sudah jatuh dan kekalahan kpd Thailand dianggap sememangnya patut berlaku. Jika menang pastinya ia satu keajaiban dan kontrak Sathia semestinya akan disambung sehingga 5 tahun lagi...? Dan para pemain juga akan menikmati bonus berbulan2 gaji... Pihak atasan mulalah angkat diri. Seolah2 keajaiban sememangnya patut mereka miliki. Itulah resam dunia bolasepak di negara kita.

Jika;
Kalah = Kamu yg salah
Menang = Kita kongsi sama-sama

Sehinggakan Helmi dihentam dengan pelbagai ayat2 pahit. Semua menunding jari padanya. Tak... Ianya kekalahan sepasukan. Termasuklah pengurusan atasan. Tak perlu cari kesalahan org lain. Bawalah jurulatih manapun jika mentaliti pemain di Malaysia masih ditahap ini sukar utk diubah lagi. Kita tetap kita, tetap naik seketika sahaja dan turun menjunam macam ntah apa-apa.

Namun demikian, tahniah buat pasukan kebangsaan. Walau apa yg terjadi kami tetap mendoakan kejayaan anda. Kerana anda telah dipilih dpd 26juta rakyat Malaysia utk beraksi buat negara. Kekalahan sememangnya tak dipinta, namun kejayaan bukannya datang bergolek. Semuanya atas usaha semua. Berusaha pihak atasan, usahalah pemain dan berusahalah juga semua peminat.

Teruskan menyokong bolasepak kita......
Read More

Post Top Ad

Your Ad Spot