November 2008 - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

21 November 2008

ADAT PERTANDINGAN ADA MENANG ADA KALAH

21.11.08 0
Macam-macam rungutan timbul apabila skuad bolasepak kebangsaan Malaysia tewas kepada Myammar dlm Piala Grand Royal. Kekalahan 4-1 ditangan lawan yg pernah Malaysia tewaskan 4-0 semasa Kejohanan Pestabola Merdeka dianggap terlalu mengaibkan. Kenapa? Kita sudah terlalu hebatkah sehingga tdk boleh lansung utk menerima apa-apa kekalahan? Cuba berfikiran positif. England juga pernah tewas kpd pasukan kecil. Malahan jika berkeputusan seri dengan negara kecil seperti Lithuania juga sudah cukup menderitakan. Adakah Malaysia sudah memiliki status begitu? Sedangkan ranking Malaysia dengan Myammar tdklah byk bezanya.

Semasa menang takde pulak yg nak bising, senyap bila tiada tekanan. Tetapi bila kalah, hanya jurulatih yg menjadi mangsa. Ketika ranking Malaysia naik, nama 'org besar2' sahaja yg dinaikkan. Kata selepas org tu memegang jawatan la Malaysia semakin meningkat. Tapi bila kalah, terus diterkam jurulatih. Sepatutnya beri ruang kepada jurulatih dan pasukan utk 'bernafas'. Biarkan mereka tenang dan teruskan beri sokongan. Bukannya dengan menghentam dgn nada kekecewaan.

Bola itu bulat, sekejap kita diatas, sekejap turun kat bawah. Kekonsistenan pasukan bergantung kpd ketenangan pihak atasan. Jgn hanya pandai menunding jari sedangkan pasukan dipadang sudah hampir nak 'putus jari kaki'...
Read More

Post Top Ad

Your Ad Spot