Ditulis oleh Berita Harian:
Kerajaan teliti cadangan elak tragedi berulang
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperhalusi semua cadangan dan syor untuk memperketat syarat pembangunan dan kawal selia projek di kawasan tanah tinggi supaya langkah tegas dapat diambil dalam menjamin tragedi tanah runtuh seperti di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang Sabtu lalu, tidak berulang.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata keadaan semasa memerlukan satu ketetapan diambil bagi memastikan sebarang projek pembangunan di kawasan tanah tinggi tidak meninggalkan risiko kepada penduduk dan orang ramai.
Perkara ini harus diteliti secara terperinci kerana kita tidak mahu tragedi sama berulang. Orang ramai amat marah dengan kejadian ini, malah tidak kurang yang membuat teguran sinis bahawa sebarang cadangan atau syor yang dibuat kemungkinan besar tidak akan diendahkan pihak berkuasa.
"Jadi, kita perlu bincang sama ada kita boleh rumuskan sesuatu atau menyelaras mekanisme bagi menghalang kejadian tanah runtuh seperti ini berlaku," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku Taib Andak A Class of His Own di sini, semalam.
> Baca Lagi...
Post Top Ad
Your Ad Spot
12 December 2008
SYARAT PROJEK CERUN DI PERKETAT
Tags
# Info Semasa
About ammboi
Templatesyard is a blogger resources site is a provider of high quality blogger template with premium looking layout and robust design. The main mission of templatesyard is to provide the best quality blogger templates which are professionally designed and perfectlly seo optimized to deliver best result for your blog.
Info Semasa
tag
Info Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
Your Ad Spot

No comments:
Post a Comment