NAK BALIK KAMPUNG - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

31 December 2008

NAK BALIK KAMPUNG

Oo..Oo..Oo......Balik kampung....
Ooo..Oo..o..Balik kampung......
Hati Girang.....
(ambik feel lagu arwah sudirman..)

Hari ni aku nak balik kmpg. Plan asalnya nak balik pd raya cina ni. Tapi terpaksalah. Lagipun ni cuti panjang. 4 hari siot. Tak tau nak buat apa dah kat kota hutan batu ni. Lemas dah aku. Dpt blk ambik udara segar kat kmpg....(rasanya tak sesegar mn dah pon)

Rasa mcm nak balik nga bas @ ketapi jer, tapi baik drive sndiri la lagi best. Senang nak bhenti mn2 pon. Dah keta kita kan. Lagipun aku rasa mcm nak boikot jer pengangkutan awam nih...!

Banyak hal2 menarik skrg ni kan.. Pasal Steven Gerard kemungkinan dipenjarakan la, pasa harga tambang pengangkutan awam nak naik lagi la, tanah runtuh la, kegawatan ekonomi lagi dan mcm2 lagi la.

Kes Gerard tu dh dia yg cari pasal, tp kita tak tau lg sape yg benar dan sape yg salah. Yg nyata Gerard dan geng dia belasah DJ tu smpi tenat jgk la. CZ masalah pemilihan lagu kot. Dasat jgk...
Dia kemungkinan akan dipenjara 5 tahun tu. Habislah Liverpool dan England. Dia pi kelab tu coz nak meraikan kemenangan besar Liverpool membelasah Newcastel Utd. Skrg ni The Reds tengah menjadi. Ada harapan ke nak menjuarai liga. Tambahan pula dengan insiden seperti ini.

Tambang bas dan pengangkutan awam lain bakal dinaikkan lagi jika tuntutan mereka kpd kerajaan utk mendptkan subsidi minyak RM1 tdk dipenuhi. Apala diaorg ni, asyik nak naikkan harga jer, padahal minyak telah turun. Tak insaf2 lagi. Apa kata kerajaan ubah kempen kpd JAUHI PENGANGKUTAN AWAM- BOIKOT!!!. Baru diaorg insaf kot....?

Banyak tempat mengalami tanah runtuh. Dah kedudukan rumah dkt dgn lereng bukit, semestinya akan ada risiko sebegini jika tdk memenuhi kriteria yg ditetapkan semasa proses pembinaan. Walaupun kes sebegini masih berada tahap membimbangkan namun masih ada lagi segelintir pihak terus menggila merosakkan alam sekitar demi memenuhi kepentingan masing2. Ni sejenis makhluk lagi yg masih tak insaf2.. Tak serik2 ke?

Ekonomi dunia pula semacam makin tenat. Semestinya negara kita juga bakal merasai tempiasnya malahan akan mengalaminya juga. Ketika kita dihebahkan bakal berdepan ancaman tersebut, kita merasa tergugat ker? Kalau takut masakan pusat2 membeli-belah senantiasa penuh dan org masih berpusu-pusu jalan-jalan habiskan duit.... Risiko yg bakal kita alami adalah seperti dibuang kerja dan nilai matawang kita bakal semakin susut kot.

Kita pula bersorak bila harga minyak semakin turun. Padahal kita tak sedar itulah punca pendapatan negara kita. Kalau perkara sebegii berterusan mungkin negara kita akan alami krisis yg tenat...

Tak tahulah macam mn. Mcm2 hal terjadi. Dunia sekarang sudah berubah....

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot