MALAYSIA PULANG AWAL LAGI... - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

12 December 2008

MALAYSIA PULANG AWAL LAGI...

Sekali lagi peminat bolasepak Malaysia rasa ditipu dengan kebangkitan skuad Malaysia. Kecundang 3-2 di tangan Vietnam terus dipalit aib oleh Thailand setelah menundukkan Malaysia 3-0 di hadapan ribuan penyokongnya sendiri. Walaupun mencatatkan kemenangan 3-0 menundukkan Laos, Malaysia masih gagal menyaingi Vietnam yg mencatatkan 2 kemenangan (6 mata) berbanding Malaysia hanya dengan 3 mata.



Sebenarnya, apa yg telah terjadi kepada skuad Malaysia? Sehinggakan mudah bolos dengan jaringan yg dianggap terlalu memalukan? Kesilapan penjaga golnya kah? Padangnya kah? Atau rumputnya kah?

Pada saya dengan kedudukan 2-2 Malaysia seharusnya bermain dengan lebih berhati2, cermat dan teratur. Tapi sebaliknya pemainan ketika itu seolah2 kita terlalu tertekan. Pemain Malaysia juga seolah2 mahu mencari kemenangan segera. Melampau2 lagi bila mudah pandang rendah pada lawan. Mula nak tunjuk HERO. Mudah naik DARAH. Itulah sikap PROFESIONAL pemain kita. Vietnam seolah2 sedar akan kelemahan kita dan cuba sedaya-upaya utk membuat hantaran keatas kerana tau pemain Malaysia sudah hilang posisi dan kelam kabut. Bayangkan hantaran jauh boleh menghasilkan GOL.

"Itu buka kesilapan padang, rumput atau penjaga golnya..., tetapi kasut yg dipakai oleh pemain Vietnam terlampau hebattttt....?"

Pastinya moral pemain sudah jatuh dan kekalahan kpd Thailand dianggap sememangnya patut berlaku. Jika menang pastinya ia satu keajaiban dan kontrak Sathia semestinya akan disambung sehingga 5 tahun lagi...? Dan para pemain juga akan menikmati bonus berbulan2 gaji... Pihak atasan mulalah angkat diri. Seolah2 keajaiban sememangnya patut mereka miliki. Itulah resam dunia bolasepak di negara kita.

Jika;
Kalah = Kamu yg salah
Menang = Kita kongsi sama-sama

Sehinggakan Helmi dihentam dengan pelbagai ayat2 pahit. Semua menunding jari padanya. Tak... Ianya kekalahan sepasukan. Termasuklah pengurusan atasan. Tak perlu cari kesalahan org lain. Bawalah jurulatih manapun jika mentaliti pemain di Malaysia masih ditahap ini sukar utk diubah lagi. Kita tetap kita, tetap naik seketika sahaja dan turun menjunam macam ntah apa-apa.

Namun demikian, tahniah buat pasukan kebangsaan. Walau apa yg terjadi kami tetap mendoakan kejayaan anda. Kerana anda telah dipilih dpd 26juta rakyat Malaysia utk beraksi buat negara. Kekalahan sememangnya tak dipinta, namun kejayaan bukannya datang bergolek. Semuanya atas usaha semua. Berusaha pihak atasan, usahalah pemain dan berusahalah juga semua peminat.

Teruskan menyokong bolasepak kita......

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot