KELANTAN DENGAN IMEJ BARU - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

30 December 2008

KELANTAN DENGAN IMEJ BARU

Mcm mana? Mampukah Kelantan bersaing dlm Liga Super Musim hadapan? Dgn kelibat beberapa pemain berstatus 'bintang', Kelantan seolah-olah mahu kejayaan segera sahaja. Namun demikian Kelantan terus mengekalkan pemain musim lepas walaupun dengan kehadiran ramai pemain luar.

Antara pemain baru adalah seperti Khalid Jamlus, Indra Putra, Daudsu Jamaludin, Norfarhan, Che Hishamudin, Wan Zaman dan ramai lagi. Pada musim lepas sokongan yg diberikan oleh penyokong skuad kijang begitu menakjubkan. Hasil kutipan tiket juga mencecah RM 1.7 juta. Kantung duit Kelantan juga stabil tanpa dibebani oleh hutang.

Sememangnya faktor tersebut banyak menarik minat pemain luar utk mencari rezeki di Kelantan. Jgn pula terlalu boros hingga menyesakkan nafas kemudian hari. Macam di Perak yg terus dibebani hutang. Malahan MPPJ Selangor juga terus gulung tikar dgn himpunan pemain berstatus bintang.


Jersi baru Kelantan

Kelantan juga memperkenalkan jersi baru skuad negeri tersebut. Masih mengekalkan imej merah, Kelantan nampak begitu menyerlah. Dan harapannya, hasil yg diperolehi juga biarlah TERSERLAH...

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot