Ditulis oleh Berita Harian:
KUALA LUMPUR: Mulai 1 Januari kelayakan cuti tahunan bagi kakitangan awam baru, kecuali polis, tentera, penguat kuasa maritim dan pegawai pelajaran akan dikurangkan sebanyak lima hari kepada 25 hari.
Pada masa ini, kakitangan awam menikmati kelayakan cuti tahunan 30 hari.
Bagaimanapun, mengikut undang-undang, semua kakitangan awam sedang berkhidmat akan diberikan opsyen untuk mengekalkan kelayakan mereka atau memilih kelayakan baru dikurangkan, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam.
"Borang opsyen akan dikeluarkan secepat mungkin kerana hari terakhir membuat opsyen ialah 31 Disember. Mereka yang tidak mengembalikan borang opsyen menjelang tarikh itu dianggap memilih kelayakan sekarang," katanya semalam.
Sementara itu, Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata kesatuan akan mengadakan perjumpaan dengan Ismail hari ini untuk membincangkan perkara itu selain isu relevan. � Bernama
Post Top Ad
Your Ad Spot
12 December 2008
CUTI KAKITANGAN AWAM DIKURANG
Tags
# Info Kakitangan Awam
About ammboi
Templatesyard is a blogger resources site is a provider of high quality blogger template with premium looking layout and robust design. The main mission of templatesyard is to provide the best quality blogger templates which are professionally designed and perfectlly seo optimized to deliver best result for your blog.
Info Kakitangan Awam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
Your Ad Spot

No comments:
Post a Comment